Monday, November 28, 2022

Wednesday, October 27, 2021

Kemenangan 0-5

Cukup mengujakan apabila minggu ini LIverpool telah menewaskan musuh ketatnya MU dengan jaringan 5 berbalas kosong di tempat lawan... Terbaiklahhh`

Thursday, October 21, 2021

20 Oktober 2021

Seperti biasa hari ini berlalu dengan pantasnya. Bagun awal hari ini. Selepas Subuh siapkan diri untuk bawa Aiman pergi cucuk vaksin dos kedua di Padang Serai. Sambil menunggunya kami berdua bersama Naufal pergi sarapan roti canai dan teh tarik mamak yang berdekatan. Seusai urusan Aiman, kami pn bergegas pulang kerana selepas itu aku mempunyai urusan untuk menyediakan teknikal program Kem Bestari Solat Perdana SKSU di youtube. Tepat 1 tgh hari selesai acara live tersebut aku pun bergegas pula mendapatkan makanan untuk dijamah pada waktu tengah hari ini. Hari ini menu aku hanyalah sekadar bubur nasi namun amat menyelerakan. Selesai makan tengah hari dan solat zohor, aku ada pula satu lagi mesyuarat secara maya yang perlu aku ikuti iaitu berkenaan dengan sistem iPBD yang baharu di beli oleh boss aku. Entah la apa keperluannya pun aku tak tahu namun sudah menjadi tugas aku untuk membuat penilaian dan mempelajarinya. ikut sahajalah. 
Sebelah petang pula hujan lebat mencurah curah bumi Allah ini. Dalam pada itu isteri ku ajak pula keluar membeli barangan untuk sekolahnya.. Dalam hujan lebat kami bergerak menaiki kereta ke pekan bandar puteri jaya. setelah selesai membeli kami pun balik lah.. 

Tuesday, October 19, 2021

18 Oktober 2021

Hari ini berlalu seperti biasa. Bangun pagi bersarapan ala kadar. Hari ni aku buat roti bakar kegemaran Aiman dan Naufal. Hari ni juga merupakan hari kelepasa am iaitu hari cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul. Allahumasoliala Saidina Muhammad. Junjungan besar nabi kesayangan kita. 
Selepas Zohor, aku bergegas keluar  bersama isteri ke Mydin yang berdekatan untuk membeli barangan untuk sekolahnya.. Banyak juga barangan yang kami beli. Kemudian kami bergerak balik. 
Pada sebelah petang pula seperti biasa, aku akan bermain sepak raga tuju  bersama teman teman setaman perumahan. Letih juga hari ini kerana hanya bermain 4 orang sahaja. kami berhenti apabila azan maghrib berkumandang di ruang udara. Sampai di rumah, aku terus mandi, solart dan melakukan aktivit kebiasan apabila tiba waktu malam. 

Saturday, October 09, 2021

Just Me..

Lama tak berkarya,, haha sekali sekala main berus ok la jugak.. dulu dulu masa sekolah rajin juga melukis namun minat tersebut semakin terkubur namun semenjak ada tab s7 ni tiba tiba minat melukis kembali muncul. Namun teknologi kini memainkan peranan penting untuk menjadikan sesuatu hasil karya menjadi lebih baik.

Thursday, October 07, 2021

Studio Jamming

akhirnya siap juga setting studio jamming di rumah. Walaupun alatan ala kadar sahaja namun janji hati mau puas. Jadi lah sekadar hobi aku masa dulu hingga sekarang. Dapat juga tempat untuk melalak dan meluahkan perasaan di kala usia tua ini. Dulu tak mampu nak memiliki semua ini namun bersyukur di saat ini aku mampu untuk menyediakannya walau lah hanya sesimple ini. Nnt ada reseki kita tambah drum set dan gitar bass.. hehehe

Secangkir kopi

Pagi ini hujan masih membasah bumi.. Alhamdulillah atas nikmat Mu.. Dengan secangkir kopi di atas meja aku merenung ke luar. memerhatikan alam yang indah ini. Menghirup kopi cap gantang pagi pagi amatlah nikmatnya ditambah pula dengan hujan yang mencurah. Fuh.. Hari ini seperti biasa sebagai rutin untuk menyiapkan segala kerja yang perlu diberskan. RPH perlu disiapkan dan dihantar.