Tuesday, October 20, 2015

Monday, October 12, 2015

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun

Bismillah..... Minggu ini bermulanya peperiksaan akhir tahun yang mengambik masa selama 2 minggu. Serentak juga dengan peperiksaan PT3 untuk murid tingkatan 3. All the best cikgu ucapkan dan macam biasa laa.. Lepas ni sibuk plak menan da kertas jawapan.. 

Monday, October 05, 2015

Cuti jerebu

Bismillahirrahmanirrahim... Hari ini masih lagi diberi kekuatan oleh Allah swt untuk terus menulis. Hari ini cuti kerana Malaysia masih diselubungi dengan masalah jerebu yang teruk. Dua hari cuti khas telah diberikan oleh KPM supaya semua sekolah di semenanjung ditutup. Hmmm... Di mana silapnya? Kenapa dulu tak ader cerita jerebu jerebu nih? Kenapa sekarang ni dah menjadi bencana rutin setiap tahun datang melanda negara kita? Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri.. Manusia yang rakus dan hanya memikirkan keuntungan poket sendiri sahaja yg sering melakukan perkara sebegini. Semoga kita dilindungi dari bencana ini dan mereka yg suka membakar hutan itu segera insaf dan juga kita diberi petunjuk oleh Allah di dalam menangani isu ini. Amin. Yang penting .. Hari ni cuti dan rehat.. Hehehe...
    Walaupun cuti, namun hakikatnya kerja guru tiada istilah cuti. Biarpun kelas di tutup namun kerja mengisi online tetap terpaksa djalankan. Pepagi rerakan sekerja masing masing menyibukkan diri mengisi kerja online berbanding memasak untuk sarapan pagi. Inilah antara rencah tugas cikgu zMan sekarang.. Mengejar kecanggihan kekadang itu terlupa keutamaan yang sebenar dan hakiki ialah kejayaan kemenjadian murid yang kita ajar... Itulah yang sepatutnya dilaksanakan oleh seorang pendidik.. Bukannya sibuk mengisi pelbagai birang secara online yg seringkali taliannya seperti siput..
    Apapun.. Redha itu lebih baik.. Jom hari ini layan polis evo dengan anak anak. Semallam dah ke TGV bukit raja namun penuhhhh... InsyaAllah hari ini tak ramai kot. Boleh la tengok... Assalammualaikum (atas sofa ruang tamu)

Sunday, October 04, 2015

04/10/2015 Happy Birthday Alif Naufal

Bismillahirrahmanirrahim.. Di pagi yang mulia ini aku bersyukur kerana masih lagi mampu menaip dan berbicara di tinta maya ini. Hari ni genap 6 tahun umur anak lu yang kedua Alif Naufal. Alhamdulillah dia semakin membesar nak mcm2 perangai yang dibuatnya namun itulah rencah mendidik dan membesarkan anak terutama anak lelaki. Semalam dia agak kurang sihat dengan seharian muntah muntah sehingga terpaksa ke klinik dan alhamdulillah dia semakin sihat dan kembali menjadi lincah. Hmmm.. Apa plan hari ni ye.. Ibunya merancang untuk keluar makan makan sambil menonton wayang filem polis evo. Boleh la kot. Lagipun belum pernah lagi kami sekeluarga menjejakkan kaki ke panggung wayang. Bukan nak membudayakannya tetapi nak menjadikan satu pengalaman buat mereka anak anak. 
     Alhamdulillah, hari ni juga ipu jerebu dah semakin berkurangan. Dugaan demi dugaan diturunkan di bumi Malaysia ini. Semoga kita sentiasa mengingati Allah yang maha kuasa dan segala yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Menutup lembaran kali ini di selitkan sepotong ayat dari surah Ar-Rad.

Ar-Ra'd (13:11)

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Mohon undur diri dulu.( atas sofa ruang tamu )