Sunday, May 27, 2007

cuti penggal persekolahan


hmmm sedar tak sedar cuti sekolah datang lagi...yahooo...dapat la lepak dan balik kampung..hehehe..namun dalam sedang bergumbira, AB dapat faks...kena kursus kay sepang. 28hb.sampai 30hb ni...alahai..terpaksa la nak buat camna..amanah dan tanggung jawab perlu di utamakan...itulah antara pengorbanan seorang guru...sapa kata guru banyak cuti!!!
hehehehe...
petang tadi sepetang jadi pengadil futsal kat sekolah..adoi letih gak..tapi yang menghiburkan ialah apabila mengadili futsal team perempuan...hahahaha laawak giler ...hehehe depan gol pun belum tentu masuk..hehehe..semangat main bolam cam itik ribu...bola ke situ, semua serbu...hehehe..tapi AB puji semangat dia orang yang bermain bersungguh-sungguh...

Wednesday, May 16, 2007

selamat hari guru


ari ni dapat banyak wish hari guru..terima kasih kawan2 diatas ucpan kalian...hmm seronok kan ader orang ingat kat kita..aku pun nak ucapkan selamat hari guru pada semua guru dan juga guru - guru yang mengajar aku..i love you all

Tuesday, May 15, 2007

test lagi

test masukkan slide show

hmm..tak sabar menunggu masanye tiba


hmm. tak sabar rasanya menunggu masanya tiba hari perlawanan tersebut maklumla pasukan feberet aku main..adakah akan berulang kejayaan 2005..hahaha..sama2 lah kita tunggu..

apa..laa buat malu ja si mazidul ni


JOHOR BAHRU 14 Mei — Pengacara TV3, Mazidulakmal Sidik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh menyalah guna dadah.

Mazidulakmal, 40, bersama Fadzli Ramli, 40; Johari Sarkon, 34; dan dua wanita, Tumijah Adras, 34; dan Umaisyah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah methamphetamine ke dalam tubuh mereka di Bilik 88, Groove City Sdn. Bhd., Nombor 19, Jalan Abdullah Tahir di sini, pada 2.45 pagi Sabtu lepas.

Majistret Rasidah Roslee membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept. untuk perbicaraan.

Dakwaan mengikut Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman denda sehingga RM3,000 seorang, jika sabit kesalahan.

Mazidulakmal dan Fadzli diwakili peguam, A. Vimala, manakala Tumijah dan Umaisyah tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Insp. David Chong Seng Yong. - Bernama

Sunday, May 13, 2007

lagu tersedap yang di bawa oleh aswad

dinner kat nelayan restoran titiwangsa


hmm..20 april lalu aku dan keluarga ke nelayan restoran ttiwangsa untuk jamuan makan malam sempena perpisahan kdpoum ambilan januari 2007..hmm.menarik juga tempat ni..makan steamboat..ok laa..sampai san lebih kurang jam 8.00 malam..biasala jam kat kl ni..tapi ok . enjoy semua ngan pensyarah...semoga kita semua dapat berjumpa lagi.

hmm..pelik haa

Harimau tinggalkan anak di beranda rumah
Oleh SUNARTI KIBAT



Anak harimau yang ditinggalkan di beranda rumah di Kampung Belahan Tampok, Batu Pahat, Johor, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



BATU PAHAT 12 Mei – Seorang suri rumah terkejut apabila apa yang disangkanya anak kucing yang ditinggalkan di beranda rumahnya di Kampung Belahan Tampok, Rengit dekat sini rupa-rupanya anak harimau yang baru dilahirkan.

Yuniar Saiman, 41, dan suaminya yang baru pulang dari membeli-belah barang dapur kira-kira pukul 11 malam kelmarin terlihat sebuah objek kecil bergerak-gerak di beranda hadapan rumahnya lalu menyuluhnya dengan lampu kereta.

Apabila didekati rupa-rupanya ia adalah seekor binatang kecil berwarna coklat muda menyerupai anak kucing yang baru lahir serta ditinggalkan oleh ibunya.

Menurut Yuniar, beliau dan suaminya mengambil keputusan meninggalkannya di luar beranda rumah dan menghidupkan lampu di bahagian itu dengan harapan ibu kepada anak binatang itu akan datang kembali dan mengambil anaknya.

Beliau berkata, bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila tidak lama selepas itu mereka mendengar bunyi haiwan mengaum dengan kuat seperti suara harimau.

Katanya, kerana bimbangkan keselamatan, mereka tidak membuka pintu kerana yakin harimau memang wujud di sekitar kawasan rumah mereka yang sebelum ini memang semak samun.

“Sebelum ini pun, anak lelaki kami pernah terserempak dengan tiga ekor harimau kumbang di belakang kebun kami kira-kira dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka petang semalam.

Yuniar memberitahu, penemuan haiwan itu telah dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berdekatan dan kemudian mengesahkan ia adalah anak harimau

bersiar di taman shah alam



hari ahad selalu bawa aiman jalan jalan di taman tasik shah alam..main2 kat sana..seronok betul si aiman kalau dapat main. sampai nak balik pun taknak..