Friday, June 28, 2013

international conference learning and teaching

seminar 2 hari di hotel blue wave shah alam.. letih oiii.. ke sana kemari..keluarga datang dari kampung..jom..esok jalan2 Kay el...

Wednesday, June 26, 2013

Hello Port Dickson

Hari ni 26 June 2013.. hari kedua di PD.. setelah bergerak dari Impiana Ipoh.. kini aku berada di tanah Prt Dickson untuk menguruskan kursus ICT yang melibatkan 3 buah hotel di sekitar Port Dickson.. Sibuk sangat.. macam macam karenah orang dapat aku jumpa. Urusetia pun boleh kondem urusetia.. hahaha sepatutnya bekerjasama malang nya jadi terbalik . hehehe Apapun nawaitu kena betul.. Semuanya kerana Allah.. apa yang berlaku adalah rancangan dari Nya.. aku tetap bersyukur terus diberi peluang oleh Nya untuk terus bernafas dimuka bumiNya. amin...

Saturday, June 22, 2013

Pembelian Liverpool terkini

Reds Officially Agree to Deal with Alberto. http://goo.gl/mag/cp37ykl

JEREBU

Jerebu datang lagi...Adoiii...Indonesia sekali lagi membuat onar. dengan pembakaran terbuka di sumatera telah menyebabkan jerebu teruk di selatan malaysia dan singapura..Hari ni telah melarat ke KL dan Shah Alam..Sepanjang hari aku dan family hanya melepak di rumah.

Tuesday, June 18, 2013

Malam di Pangkor

Malam kedua menyusul di Pangkor.. taklimat terus disampaikan oleh wakil dari arkib negara. Kedinginan hawa dingin terus cuba membeku tubuh.. ku gigit bibir menahan kesejukan. Malam yang menjelma menandakan dah dua hari aku memijakkan kaki di pulau ini. Peserta kursus terus memberi tumpuan pada slide slide yang dipersembahkan di dinding dewan. kekadang kedengaran suara peserta menyoal penceramah. Aku?.. terus menulis melayani diri di dalam blog ini.. Nampaknya waktu aku untuk berkhidmat di BTPN dah semakin hampir ke penghujung.. hanya kini menunggu masa untuk pulang ke sekolah.. emm.. apakan daya .. hidup tetap perlu diteruskan. Semoga hidup aku terus bahagia dan sentiasa mendapat rahmatNya.. amin...

Hari Kedua di PAngkor

Sejukkkk... emm.. ye dingin bangat dalam dewan kurusu ni.. hehehe malam tadi panas sangat tapi pagi ni sejuk plak.. Dah la duduk di bawah betul betul lubang aircond sambil mengikut kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo berkualiti yang di sampaikan oleh penceramah. memang menarik apa yang disampaikan olehnya. Banyak ilmu yang dapat ditimba dan banyak berkaitan dengan kerja aku yang seringkali menulis surat rasmi ke bahagia kewangan. Tangan semakin sejuk.. hehehe perut dah kenya .. mata pun mulalah layu dan nampak bantal.. hehehe

Monday, June 17, 2013

Kursus di Coral Bay Resort Pangkor

Hari ni 17hb  sampai 20hb Jun aku bergerak dari pejabat aku di BTPN Selangor menuju ke Pangkor untuk menguruskan kursus pemantapan pengurusan pejabat menggunakan aplikasi ICT dibawah anjuran UPPPK. bergerak dengan menaiki bas yang pada mulanya aku nak pergi dengan kereta namun last minit aku decide naik bas lahh.. Senang sikit agi pun tak perlu nak fikir tentang parking kereta nnt di Lumut.
Agak lama aku tak kunjungi Pulau Pangkor ni.. Rasanya last pada tahun 2006 bersama dengan JPS dibawah ICTL bersama dengan en. Razak ICT dari JPS. Kini aku kembali lagi sebagai pegawai pakej yang menguruskan pakej dan latihan bagi BTPN Selangor. Ini merupakan trip yang keberapa tah selepas Ipoh, Cameron Highland dan Port Dickson... ok .. nnt sambung lagi.. seronok pula menulis dalam blog ni

bercuti di pd sempena cuti sekolah

beli baju dan print nama sekali