Wednesday, November 11, 2015

Masih di Selangor

Hmmm... Nampaknya keinginan aku untuk pulang berhijarah ke kampung masih lagi terhalang dengan ketidak lulusan aku untuk berpindah. Nampaknya terpaksalah aku masih kekal mencari rezeki di selangor. Apakan daya... Redha je la. 

Tuesday, October 20, 2015

Monday, October 12, 2015

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun

Bismillah..... Minggu ini bermulanya peperiksaan akhir tahun yang mengambik masa selama 2 minggu. Serentak juga dengan peperiksaan PT3 untuk murid tingkatan 3. All the best cikgu ucapkan dan macam biasa laa.. Lepas ni sibuk plak menan da kertas jawapan.. 

Monday, October 05, 2015

Cuti jerebu

Bismillahirrahmanirrahim... Hari ini masih lagi diberi kekuatan oleh Allah swt untuk terus menulis. Hari ini cuti kerana Malaysia masih diselubungi dengan masalah jerebu yang teruk. Dua hari cuti khas telah diberikan oleh KPM supaya semua sekolah di semenanjung ditutup. Hmmm... Di mana silapnya? Kenapa dulu tak ader cerita jerebu jerebu nih? Kenapa sekarang ni dah menjadi bencana rutin setiap tahun datang melanda negara kita? Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri.. Manusia yang rakus dan hanya memikirkan keuntungan poket sendiri sahaja yg sering melakukan perkara sebegini. Semoga kita dilindungi dari bencana ini dan mereka yg suka membakar hutan itu segera insaf dan juga kita diberi petunjuk oleh Allah di dalam menangani isu ini. Amin. Yang penting .. Hari ni cuti dan rehat.. Hehehe...
    Walaupun cuti, namun hakikatnya kerja guru tiada istilah cuti. Biarpun kelas di tutup namun kerja mengisi online tetap terpaksa djalankan. Pepagi rerakan sekerja masing masing menyibukkan diri mengisi kerja online berbanding memasak untuk sarapan pagi. Inilah antara rencah tugas cikgu zMan sekarang.. Mengejar kecanggihan kekadang itu terlupa keutamaan yang sebenar dan hakiki ialah kejayaan kemenjadian murid yang kita ajar... Itulah yang sepatutnya dilaksanakan oleh seorang pendidik.. Bukannya sibuk mengisi pelbagai birang secara online yg seringkali taliannya seperti siput..
    Apapun.. Redha itu lebih baik.. Jom hari ini layan polis evo dengan anak anak. Semallam dah ke TGV bukit raja namun penuhhhh... InsyaAllah hari ini tak ramai kot. Boleh la tengok... Assalammualaikum (atas sofa ruang tamu)

Sunday, October 04, 2015

04/10/2015 Happy Birthday Alif Naufal

Bismillahirrahmanirrahim.. Di pagi yang mulia ini aku bersyukur kerana masih lagi mampu menaip dan berbicara di tinta maya ini. Hari ni genap 6 tahun umur anak lu yang kedua Alif Naufal. Alhamdulillah dia semakin membesar nak mcm2 perangai yang dibuatnya namun itulah rencah mendidik dan membesarkan anak terutama anak lelaki. Semalam dia agak kurang sihat dengan seharian muntah muntah sehingga terpaksa ke klinik dan alhamdulillah dia semakin sihat dan kembali menjadi lincah. Hmmm.. Apa plan hari ni ye.. Ibunya merancang untuk keluar makan makan sambil menonton wayang filem polis evo. Boleh la kot. Lagipun belum pernah lagi kami sekeluarga menjejakkan kaki ke panggung wayang. Bukan nak membudayakannya tetapi nak menjadikan satu pengalaman buat mereka anak anak. 
     Alhamdulillah, hari ni juga ipu jerebu dah semakin berkurangan. Dugaan demi dugaan diturunkan di bumi Malaysia ini. Semoga kita sentiasa mengingati Allah yang maha kuasa dan segala yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Menutup lembaran kali ini di selitkan sepotong ayat dari surah Ar-Rad.

Ar-Ra'd (13:11)

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Mohon undur diri dulu.( atas sofa ruang tamu )

Thursday, September 24, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Alhamdulillah pagi yang syahdu.. Takbir bergema di masjid... Allahu Akbar.. Allahu Akbar walillah ilham... Syukur kehadrst ilahi dapat jua aku menyambut Aidil adha pada thun ini.. Cemburu aku kepada mereka yang dapat pergi menunaikan haji.. Aku ni bila entah berpeluang namun tetap berhajat dan bermohon padaNya di beri peluang menjadi tetamu Allah di sana.. Semoga diperkenankan doa ku ini. 
      Seperti biasanya pepagi lepas solat subuh.. Terus baca surah Al- Mulk..msarapan dan siap sedia nak ke masjid..tahun ni balik beraya pertama di penaga dahulu.. Malam tadi ramai2 tidur di rumah makcik... Oh sebelum tu hampir terlupa, kelmarin aku culup sibuk di rumah kak chah.. Kakak aku yang sulung kerana abang ipar ku telah pulang ke rahmatullah .. Innalillah.. Abg lah pergi pada usia 75 tahun pada jam 1.15 pagi sehari sebelum kita menyambut aidiladha. Alhamdullah arwah telah selamat dikebumikan jam 3 pada petang itu.  Semoga arwah ditempatkan bersama dengan org2 yang beriman... Amin.
      Selesai bab tu, balik semula cerita hari ni.. Lepas solat raya, terus balik ke rumsh .. Melepak saja hari ni di rumsh mskcik.. Menu hari ni nasik tomato daging dengan mee kuah...mterbsik.. Kenyang swngat. Alhamdulillah... Malam plak bergerak balik baling pulak... Turn raya di sana pulak.. Hmmm... Mata pun dah lali.. Jom nak beradu dulu... Assalammualaikum..

Tuesday, September 22, 2015

Balik Baling

Di saat jari ini menaip, aku berada nun di Baling di rumah mertua aku.. Hari ini tiada yang menarik cuma seperti biasa rutin seharian waktu cuti... Pepagi je auntie cermin ngan husband dia datang rumah untuk pasang cermin.. Alhamdulillah satu bab dah selesai. Lepas itu, terus siap2 untuk balik Baling namun sempat singgah jap ke OSK menghantar borang defect rumah. Terus selepas itu balik ke Baling.. Rest je pun kat sini.. Relax le.. Malam malam biasa di sini.. Jom.. InsyaAllah esok puasa sunat Hari Arafah... Insya Allah..

21/09/2015

Bismillah... Hari ni mcmam biasa bangun waktu cuti cuti sekolah ni...sedikit lewat macam biasa. Planning hari ni pertams nak settle duit renovate rumah. Alhamdulillah jam 10 mr Loo tu mai.. Settle semua.. Alhamdulillah abis 50k juga... Rezeki Allah semuanya. Lepas a tu teruih pi penang. Jumpa huzaid minta tolong ejas transfer nak balik penang.. Harap hArap semuanya berjalan seperti yang dirancang. Amin ya Allah.. Semoga urusan ku itu dipermudahkan oleh Mu. Habis ja di ppd timur laut.. Apa lagi, meronda sakan la kat penang. 3D art museum la, ghost museum la dan upside down museum.. Ok laaaa yg penting anak anak suka.. Lepas maghrib terus balik.. Singgah tesco sat beli barang masak.. Sampai rumah teruih bummmmmmm..... Alhamdulillah biarpun penat seharian namun semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Nya...

Monday, September 21, 2015

20/09/2015

Bertemu lagi diruangan ini. Alhamdulillah dspat bertemu lagi sebelum melabuhkan diri untuk tidur. Alhamdulillah hari ini berjalan dengan lancar dengan izinnya. Hari ni bermula dengan keluar pergi pekan sp membeli sedikit barangan rumah.. Hahah sedikit pun abis dekat 4k.. Huhu apa nak buat. Janji selesa. Petang ni dapat bermain sepak raga dengan kawan staman.. Terbaik.. Malam pula berjumpa dengan rakan lama semaktab di subaidah sp. orait.. Jom tidur...jumpa lagi esok pagi.. Insya Allah...

Sunday, September 20, 2015

Cuti penggal persekolahan

Alhamdulillah hari ni start balik kampung aka balik rumah sendiri di sp. Betapa riangnya di hati apabila dapat balik ke kampung bercuti bersama keluarga. Abis je meeting hari ni aku terus berkemas dan bertolak balik menyusuri highway utara selatan... Alhamdulillah sepanjang perjalanan yang lancar aku bertolak jam 2 petang dan tiba di sp pada jam 6.00 petang. Hujan sekejap sekejap namun semuanya berjalan lancar biarpun seketika tiba tiba lampu enjin exora menyala. Tiba sahaja di sp singgah makan dulu di big mouth restoran.. Terbaik juga makanan di situ. Beli sedikit kelengkapan terus kami sekeluarga menuju ke bandar puteri aka puteri residen. Syukur ya Allah kerana kami selamat tiba... Jom dah nak tidur.. Rest penat memandu.. Jumpa lagi esok hari insyaAllah...

Saturday, September 19, 2015

19/09/2015

Allhamdulillah hari ini masih dapat menghirup udara yang segar milik Allah. Mama biasa hari sabtu dapat membaca al quran selepas solat. Hari ni last day meeting kat dewan bahasa dan pustaka. Pembikinan buku teks digital yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Allahu Akbar... Moga dengan semangat ini dapat aku menulis kembali bicara hidup aku setiap hari di atas tinta maya ini. Semoga ianya menjadi rutin seharian aku sebagai satu muhasabah diri aku setiap hari. Semoga aku dapat terus istiqamah dalam melakukannya. Amin. 
( tingkat lapan DBP)

Thursday, July 30, 2015

Percubaan UPSR 2015

Melihat pelajar yg akan menduduki pepriksaan upsr mengimbau kembali suatu ketika aku pernah menghadapi situasi sebegini. Cuma aku dulu penilaian darjah 5

Saturday, July 25, 2015

Wednesday, July 22, 2015

Idulfitri 2015

Raya ke-enam

Hari raya ke enam dah start kerja... Huhuhuhu apakan daya.. Symp...boleh bilang je budak yang datang ke sekolah...

Saturday, July 18, 2015

Salam aidilfitri 2015

Selamat hari raya aidilfitri... Maaf zahir dan batin

Monday, June 22, 2015

Kelas TMK 5 Topaz


Kelas TMK tahun 5 Topaz

Thursday, June 18, 2015

Kelas TMK 5 Delima


Kelas TMK tahun 5 Delima. Lepas ini akan belajar topik menghasilkan laman blog masing-masing.

Wednesday, June 17, 2015

1 ramadhan 1436h 2015


Malam ini malam satu ramadhan tahun 2015. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan diterima oleh Allah s.w.t. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk mengharungi bulan ramadhan dan hari hari berikutnya. Amin...

Tuesday, June 16, 2015

40

2015... Tahun umur ku yg ke 40. Semoga aku berubah menjadi insan yang lebih dekat dengan Allah. Semoga aku terus tabah menghadapinhidup ini dan memperbannyakkan amal ibadat aku semoga aku tergolong dalam insan yang akan ke syurga Alllah. Amin