Tuesday, October 19, 2021

18 Oktober 2021

Hari ini berlalu seperti biasa. Bangun pagi bersarapan ala kadar. Hari ni aku buat roti bakar kegemaran Aiman dan Naufal. Hari ni juga merupakan hari kelepasa am iaitu hari cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul. Allahumasoliala Saidina Muhammad. Junjungan besar nabi kesayangan kita. 
Selepas Zohor, aku bergegas keluar  bersama isteri ke Mydin yang berdekatan untuk membeli barangan untuk sekolahnya.. Banyak juga barangan yang kami beli. Kemudian kami bergerak balik. 
Pada sebelah petang pula seperti biasa, aku akan bermain sepak raga tuju  bersama teman teman setaman perumahan. Letih juga hari ini kerana hanya bermain 4 orang sahaja. kami berhenti apabila azan maghrib berkumandang di ruang udara. Sampai di rumah, aku terus mandi, solart dan melakukan aktivit kebiasan apabila tiba waktu malam. 

No comments: