Monday, November 18, 2013

lensa mata ku

masjid jamek sri petaling

Saturday, August 24, 2013

Sekolah Ganti

Hari sekolah ganti.. Adoi.. malasnyee.. hehehe maklom la malam tadi dah belasah main futsal. Pagi ni mula la rasa macam2 namun tugas tetap perlu dilaksanakan. Cam biasa kalau Sabtu sekolah mestinye budak tak ramai yang datang.. mcam sekarang la ni.. hehehe kelas moral aku sorang je yang datang.. heheh semangat.. tahniah.. yang lain.. hampeh..
HAri ni bermula juga aku memikul tugas sebagai cameraman.. tu lah.. nak buat camna .. ingat nak dok diam2 je kat sekolah tapi tu lah.. susah.. moga2 aku dapat laksanakan amanah yang di beri dengan sebaiknya. amin.. so.. jom.. sampai sini dulu.. tunggu aku dah dapat tugasan yang baru juga.. next episod aku cerita.. da da

Sunday, August 18, 2013

Balik Ke Sekolah

Punya lah lama aku tak menulis kat sini.. Emm untuk pengetahuan semua . aku dah balik ke sekolah untuk melayakkan aku mendapat lantikan dg41 aku..Mungkin sebab tu aku lama tak masuk sini.. tak sempat walaupun banyak masa.. hehehe Bulan Ramadhan pun belalu macam tu sahaja tanpa sempat aku nak coretkan dalam blog ini.. kini dah Syawal dah dan esok dah abis cuti dan perlu kembali ke sekolah..
Sini Nak story sikit lah.. seminggu sebelum puasa, aku dah menerima panggilan dari pihak jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang mengatakan telah terima surat untuk aku di lantik menerima gred dg41 di sekolah. Malah kerani JPS dah call dan meletakkan aku di sekolah SK Seksyen 9 Shah Alam. Sekali sekolah anak daa.. tak per lah.. senang sikit.. cuma masalahnya anak aku sekolah petang tapi aku kena mengajar sekolah pagi.. nasib laa.  petang2 kena ke sekolah semula nak ambil dia balik sekolah. Di sini aku mengajar BM tahun 4 da 5, matematik dan moral tahun 3. Guru kelas tahun 4 Delima.. masa mengajar full.. penuh.. nasib lah.. malas nak demand2 terima je laa.. tahun depan boleh la kot.. biasa la.. lupa nak cakap yang sekolah ni sekolah SBT.. Sekolah Berprestasi Tinggi... banyak kerjaa oooiii.. hehehe.. ambil habuan.. sambil tu planning nak balik kampung dah.. dah boleh isi borang pindah ke utara.. moga2 di luluskan...
Raya tahun ni?.. walaupun cuti panjang tapi macam tak best je.. entah kenapa? heemmm.. panjang ceritanya.. biarlah rahsia.. terusnya aku terus redha dan bersyukur... semoga aku terus kuat sehingga akhir hayat aku..
Esok?  ..dah start sekolah balik.. moga aku terus kuat untuk terus mendidik anak didik aku menjadi orang yang berguna... amin

Tuesday, July 02, 2013

Mesyuarat Di Selesa BEach Resort

BAru je balik dari Port Dicson sempena program Outreach di 3 buah hotel di sini, minggu ni aku datang lagi untuk bermesyuarat bersama pasukan latihan di seluruh btpn di Malaysia.. Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar.. cuma berita dari wife tercinta yang seringkali kurang sihat.. Moga2 semua nya tidak ada apa2 dan segera pulih seperti sedia kala.. Dalam pada itu hari ini, pihak Jabatan Pelajaran Selangor dah telefon berkaitan dengan perpindahan aku kembali ke sekolah. Alhamdulillah surat dari BSM telah pun tiba di meja JPS dan sedang diambil tindakan.. MOga2 semuanya juga berjalan dengan lancar. aminnn... InsyaAllah

Friday, June 28, 2013

international conference learning and teaching

seminar 2 hari di hotel blue wave shah alam.. letih oiii.. ke sana kemari..keluarga datang dari kampung..jom..esok jalan2 Kay el...

Wednesday, June 26, 2013

Hello Port Dickson

Hari ni 26 June 2013.. hari kedua di PD.. setelah bergerak dari Impiana Ipoh.. kini aku berada di tanah Prt Dickson untuk menguruskan kursus ICT yang melibatkan 3 buah hotel di sekitar Port Dickson.. Sibuk sangat.. macam macam karenah orang dapat aku jumpa. Urusetia pun boleh kondem urusetia.. hahaha sepatutnya bekerjasama malang nya jadi terbalik . hehehe Apapun nawaitu kena betul.. Semuanya kerana Allah.. apa yang berlaku adalah rancangan dari Nya.. aku tetap bersyukur terus diberi peluang oleh Nya untuk terus bernafas dimuka bumiNya. amin...

Saturday, June 22, 2013

Pembelian Liverpool terkini

Reds Officially Agree to Deal with Alberto. http://goo.gl/mag/cp37ykl

JEREBU

Jerebu datang lagi...Adoiii...Indonesia sekali lagi membuat onar. dengan pembakaran terbuka di sumatera telah menyebabkan jerebu teruk di selatan malaysia dan singapura..Hari ni telah melarat ke KL dan Shah Alam..Sepanjang hari aku dan family hanya melepak di rumah.

Tuesday, June 18, 2013

Malam di Pangkor

Malam kedua menyusul di Pangkor.. taklimat terus disampaikan oleh wakil dari arkib negara. Kedinginan hawa dingin terus cuba membeku tubuh.. ku gigit bibir menahan kesejukan. Malam yang menjelma menandakan dah dua hari aku memijakkan kaki di pulau ini. Peserta kursus terus memberi tumpuan pada slide slide yang dipersembahkan di dinding dewan. kekadang kedengaran suara peserta menyoal penceramah. Aku?.. terus menulis melayani diri di dalam blog ini.. Nampaknya waktu aku untuk berkhidmat di BTPN dah semakin hampir ke penghujung.. hanya kini menunggu masa untuk pulang ke sekolah.. emm.. apakan daya .. hidup tetap perlu diteruskan. Semoga hidup aku terus bahagia dan sentiasa mendapat rahmatNya.. amin...

Hari Kedua di PAngkor

Sejukkkk... emm.. ye dingin bangat dalam dewan kurusu ni.. hehehe malam tadi panas sangat tapi pagi ni sejuk plak.. Dah la duduk di bawah betul betul lubang aircond sambil mengikut kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo berkualiti yang di sampaikan oleh penceramah. memang menarik apa yang disampaikan olehnya. Banyak ilmu yang dapat ditimba dan banyak berkaitan dengan kerja aku yang seringkali menulis surat rasmi ke bahagia kewangan. Tangan semakin sejuk.. hehehe perut dah kenya .. mata pun mulalah layu dan nampak bantal.. hehehe

Monday, June 17, 2013

Kursus di Coral Bay Resort Pangkor

Hari ni 17hb  sampai 20hb Jun aku bergerak dari pejabat aku di BTPN Selangor menuju ke Pangkor untuk menguruskan kursus pemantapan pengurusan pejabat menggunakan aplikasi ICT dibawah anjuran UPPPK. bergerak dengan menaiki bas yang pada mulanya aku nak pergi dengan kereta namun last minit aku decide naik bas lahh.. Senang sikit agi pun tak perlu nak fikir tentang parking kereta nnt di Lumut.
Agak lama aku tak kunjungi Pulau Pangkor ni.. Rasanya last pada tahun 2006 bersama dengan JPS dibawah ICTL bersama dengan en. Razak ICT dari JPS. Kini aku kembali lagi sebagai pegawai pakej yang menguruskan pakej dan latihan bagi BTPN Selangor. Ini merupakan trip yang keberapa tah selepas Ipoh, Cameron Highland dan Port Dickson... ok .. nnt sambung lagi.. seronok pula menulis dalam blog ni

bercuti di pd sempena cuti sekolah

beli baju dan print nama sekali

Tuesday, February 19, 2013

balik kampunggggg

Feb 19, 2013
bebaru ni raya cina balik kampung... besttt...gi jalan2 langkawi shopping sakan ngabiskan bonus..hehehehe apa pun enjoy.. balik singgah ronda perlis plak,..and last..paling best balik kampung penaga...

Friday, February 15, 2013

Bawa anak anak jalan jalan ke library

Hari ni saja boring dok rumah so bawa la aiman dan naufal ke library. Lagi pun ibu depa ada exam. So lepas hantar ibu ke oum, kami pun bergerak le ke library... Seronok aiman dan naufal.. Nak membiasakan mereka dengan buku...