Thursday, October 21, 2021

20 Oktober 2021

Seperti biasa hari ini berlalu dengan pantasnya. Bagun awal hari ini. Selepas Subuh siapkan diri untuk bawa Aiman pergi cucuk vaksin dos kedua di Padang Serai. Sambil menunggunya kami berdua bersama Naufal pergi sarapan roti canai dan teh tarik mamak yang berdekatan. Seusai urusan Aiman, kami pn bergegas pulang kerana selepas itu aku mempunyai urusan untuk menyediakan teknikal program Kem Bestari Solat Perdana SKSU di youtube. Tepat 1 tgh hari selesai acara live tersebut aku pun bergegas pula mendapatkan makanan untuk dijamah pada waktu tengah hari ini. Hari ini menu aku hanyalah sekadar bubur nasi namun amat menyelerakan. Selesai makan tengah hari dan solat zohor, aku ada pula satu lagi mesyuarat secara maya yang perlu aku ikuti iaitu berkenaan dengan sistem iPBD yang baharu di beli oleh boss aku. Entah la apa keperluannya pun aku tak tahu namun sudah menjadi tugas aku untuk membuat penilaian dan mempelajarinya. ikut sahajalah. 
Sebelah petang pula hujan lebat mencurah curah bumi Allah ini. Dalam pada itu isteri ku ajak pula keluar membeli barangan untuk sekolahnya.. Dalam hujan lebat kami bergerak menaiki kereta ke pekan bandar puteri jaya. setelah selesai membeli kami pun balik lah.. 

No comments: