Wednesday, August 26, 2009

Balik Kampung...

Sempena cuti penggal persekolahan aku pun balik kampung laa.. selepas menjalani peperiksaan PTK di SMK Jeram.. terus bergegas membayar segala bil2 dan htg2 bank. terus aku ke puchong ngan family melawat biras aku yang baru selamat melahirkan anak yang keempat.., . alhamdulillah semuanya sihat. kami pun terus menuju ke utara.. berbuka ngan burger king je tapi alhamdulillah kenyang ya amat. aiman tidur je kat belakang... singgah tapah makan aiskrim pulak.. melayan si aiman yang dah terjaga tu. hehehe tapi sedap jugak ye la.. harganya pun boleh tahan. apa namaya ..baskin robin ke apa tah. then.. terus meluncur ke utara.. sampai seberang jaya layan roti canai pulak kat retoran subaidah. hehehe asyik makan dan minum jer.. al maklomlah.. setelah penat sehari berpuasa dan drive.. lebih kurang jam 12 mlm kami pun selamat sampai di rumah mertua aku kat baling..

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan


hmm.. hari ni dah masuk hari yang ke 3 ramadhan. baru aku nak menaip balik. bukan apa dok buka selalu cuma malas nak masuk sini ja.. hehehe perangai lama. apapun aku masih lagi di klang walaupun sekarang ni musim cuti sekolah. awat aku tak balik kampung lagi??? heheh esok exam PTK laaa.. lepas tu baru laa nak balik kampuung... Sempena ramadhan yang mulia ini aku berharap dapat meneruskannya sampai habis serta juga dengan keluarga aku dan semoga ibu dapat terus mengandung dan tidak membvawa kemudaratan jika berpuasa.. amin. hari ni juga aku pi servis keta waja. bukan apa dah 90,000 dah meter pun. ni nak balik kampung lagi.. so.. semoga ramdhan kali ini terus membawa berkat dan rezeki kami anak beranak teerus bertambah.. amin.

Monday, August 03, 2009

exam OUMM3203

adusss... hari ni exam paper profesional ethics... susahnyaa.. walaupun dalam bentuk MCQ tapi susuahnyaaa... pening gilaaa... apapun belasah jaa.. harap harap banyak yang betul. kali ni aku target harap dapat C pun jadi laaa. Hari aku cuti sebab ada exam laa.. lepak rumah ngan aiman je. tak buat apa selain daripada mentelaah buku.