Monday, June 25, 2012

Suku Kaum Temiar


Pengenalan
            Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum yang tinggal di dalamnya. Rakyatnya hidup harmoni dan sejahtera. Terdapat tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Namun masih terdapat kaum – kaum lain yang tinggal di Malaysia terutamanya etnik – etnik lain atau lebih deknali sebagai kaum bumiputera. Terdapat kira kira 80 kaum etnik yang menetap di Malaysia terutama di Sarawak dan Sabah.
            Di kawasan Malaysia Barat, kaum etnik di sini lebih dikenali sebagai kaum orang Asli. Orang asli atau penduduk pribumi biasanya merujuk kepada masyarakat asal yang terdapat dalam sesebuah negara. Merujuk kepada laman web Wikipedia di http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_asli, Orang asli ditakrifkan sebagai masyarakat pribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat. Mereka juga telah mendiami sesuatu tempat itu sama ada sebelum ia dijajah atau diilhak, bersama – sama dengan kumpulan budaya lain semasa pembentukan negara bangsa, sebahagian besarnya terasing dari pengaruh pemerintahan sebuah negara, masih mengekalkan sebahagiam ciri – ciri linguistik, budaya dan masyarakat yang brbeza, dan dengan itu kekal berbeza sedikit sebanyak daripada penduduk di sekita dan budaya dominant negara tersebut.
            Terdapat kira – kira 140000 orang asli di Malaysia. Kebanyakan orang asli ni bertumpu di kawan semenanjung Malaysia. Terdapat tiga kumpulan utama orang asli di Malaysia iaitu :
  • Orang asli Negrito
  • Orang asli Senoi
  • Orang asli pribumi
 Melalui ketiga – tiga kumpulan ini terdapat pula pecahan masing masing antaranya :
  • Negrito
    • Kensiu
    • Lanoh
    • Mendriq
    • Kintak
    • Bateq
    • Jahai
  • Senoi
    • Semai
    • Temiar
    • Mahmeri
    • Che wong
    • Jah Hut
    • Semoq Beri
  • Melayu Proto
    • Jakun
    • Orang Kuala
    • Kanaq
    • Temuan
    • Orang Seletar
    • Semelai
Inilah antara senarai kaum orang asli yang terdapat di dalam negara Malaysia. Di Malaysia juga terdapat sebuah jabatan yang menguruskan hal ehwal orang asli iaitu dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang beralamat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

             Di sini, kebajikan orang asli di Malaysia dijaga. Mereka juga menyediakan berbagai jenis program kepada orang asli. Antara objektif di jabatan ini ialah:
·         Membasmi kemiskinan di kalangan Orang Asli menjelang tahun 2020.
·         Mengurangkan jurang perbezaan pendapaan, pendidikan, kesihatan dan akses kepada kemudahan – kemudahan asas antara Orang Asli dan masyarakat umum di Malaysia.
·         Meningkatkan keupayaan, keyakinan diri, ketabahan, ketrampilan dan imej, disiplin, daya tahan dan daya saing masyarakat Orang Asli serta menghapuskan segala bentuk pandangan dan tanggapan negatif serta penyisihan oleh masyarakat umum ke atas masyarakat Orang Asli.
·         Meningkatkan tahap kesihatan Orang Asli dan menghapuskan segala jenis penyakit berjangkit.
Dapat disimpulkan di sini sebagai rumusan pengenalan bahawa kaum Orang Asli merupakan kumpulan minoriti yang ketinggalan di negara ini berbanding dengan kumpulan kaum yang lain. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan hutan dan serba kekurangan terutama dari segi teknologi namun usaha kerajaan kini membela nasib mereka melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang ditubuhkan sedikit banyak dapat membantu mereka menikmati arus kemodenan negara kita malah terdapat juga anak Orang Asli yang menjejakkan kaki di menara gading.

Sejarah Asal Usul
            Dipercayai bahawa Orang Asli berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Mereka berpindah pada Zaman Batu Baru (2500 sebelum Masihi) ke Asia Tenggara. Kumpulan yang pertama berhijrah ini dikenali sebagai Melayu Proto. Melalui kumpulan tersebut telah berpecah kepada tiga kaum kumpulan iaitu kaum Senoi, Negrito dan Melayu Proto.


















Gambar 1.1 : Carta Alir Asal Usul Orang Asli

            Ketiga – tiga kumpulan utama ini dibezakan melalui bahasa kebudayaan dan fizikal. Kebiasaan sesebuah penempatan kumpulan kecil  Orang Asli terdiri daripada 10 hingga 50 kelamin. Kehidupan mereka sering berpindah randah dan tinggal di dalam hutan belantara dan tanah tinggi di antara 2,000 hingga 6,000 kaki dari aras laut, namun kini, terdapat 80 hingga 90 peratus yang sudah menetap tetap di kampung – kampung. Kajian saya kali ini adalah tertumpu kepada suku kaum Temiar yang tergolong di dalam rumpun kaum Senoi.
Apakah asal usul kaum Temiar ini? Kaum temiar tergolong di dalam suku kaum orang asli Senoi. Kebiasaannya mereka tinggal di lereng – lereng bukit terutamanya di banjaran Titiwangsa, di negeri Perak, kelantan dan Pahang. Orang Temiar adalah antara masyarakat pribumi yang terawal mendiami negara Malaysia ini. Mereka tinggal di hutan – hutan terutama di kawasan lereng – lereng bukit. Makanan mereka ialah hasil cucuk tanam dan hasil buruan.

Gambar 1.2 Kawasan Suku kaum Senoi
Sumber : www.jheoa.gov.my
Suku kaum Temiar tidak membuat penempatan di kawasan berair iaitu kawasan takungan air kerana ditakuti berpenunggu begitu juga di kawasan air terjun dan sungai besar kerana ditakuti puteri sungai akan menggangu. Kebanyakkan kaum Temiar di Malaysia terdapat di negeri Kelantan, Perak, selangor dan Pahang.
Persekitaran Fizikal
            Persekitaran fizikal dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu persekitaran fizikal penempatan suku kaum Orang Asli dan persekitaran fizikal merujuk kepada tubuh badan mereka. Kita lihata pada aspek yang pertama, oleh kerana kita tahu bahawa Orang Asli gemar hidup di hutan dan suka berpindah – randah, maka struktur penempatan mereka adalah kepada yang mudah diubah. Mereka juga gemar mendirikan penempatan mereka di lereng – lereng bukit agar mudah untuk bercucuk tanam.










Gambar 1.3 : Kampung Orang Asli
Kampung Orang asli biasanya wujud secara tidak terancang yang mempunyai identiti tersendiri. Kebiasaanya ia jauh di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi oleh sistem pengangkutan. Lazimnya, kampung ini terletak di kawasan yang berdekatan dengan sungai-sungai dan bukit bukau.
Corak petempatan adalah berselerak mengikut suku kaum dan terdapat juga penduduk orang asli yang hidup secara berpindah randah. Ini menyebabkan petempatan tidak statik pada sesuatu kawasan sahaja dan menyukarkan orang asli membentuk corak petempatan yang jelas. Aktiviti pekerjaan seharian adalah untuk sara diri sahaja seperti pertanian, mencari hasil hutan, memburu dan menangkap ikan. (sumber : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Unit7,2006)
            Bagi suku kaum Temiar pula, pemilihan penempatan mereka adalah ditentukan oleh Penghulu kaum tersebut. Mereka akan melakukan upacara ‘Berhalaq’ iaitu jampi atau mimpi. Mimpi bermaksud jika penghulu mereka bermimpi berpindah ke kawasan lain maka mereka semuanya akan berpindah menurut firasat mimpi tersebut. Selain  itu, tempat tersebur mestilah tidak di kawasan perkuburan dan bebas daripada kawasan yang mempunyai kayu ‘merbau’. Seperti yang diterangkan di atas, suku Temiar tidak akan membuat penepatan di kawasan takungan air dan berpaya kerana ditakuti kawasan itu berpenunggu.
            Mereka membina rumah daripada kayu secara bergotong – royong. Pada peringkat permulaan, mereka akan membina rumah panjang yang boleh didiami sebahagian kaum mereka. Setelah beberapa lama tinggal di rumah tersebut, keluarga masing – masing akan keluar dan membina rumah masing – masing tidak jauh dari kawasan rumah panjang tersebut.










Gambar 1.4: Rumah Kaum Temiar
Suku kaum Temiar menyara keluarga mereka dengan bercucuk tanam dan mencari tumbuh – tumbuhan di hutan.


            Aspek persekitaran fizikal yang kedia ialah berkaitan dengan keadaan tubuh badan orang Temiar. Umumnya tubuh bada mereka adalah sama seperti Orang Asli kaum Senoi yang lain iaitu bertubuh gelap ‘sawo matang’. Bentuk fizikal mereka adalah sama seperti keadaan fizikal orang asia.

Gambar 1.5 : Kaum Temiar di Kelantan












Sistem Sosial
            Kehidupan sosial Orang Asli hanya tertumpu kepada kaum mereka sahaja kerana mereka lebih suka hidup di dalam kawasan mereka sahaja. Lagi pun, kawasan penempatan mereka terletak jauh ke pedalaman, ini menyukarkan untuk mereka bergaul dengan masyarakat lain. Secara umumnya, Orang Asli tidak mempunyai agama iaitu fahaman ananisme. Namun terdapat juga yang telah menganut agama Islam atau Kritian. Namun begitu, mereka masih lagi kuat dengan pantang larang nenek moyang mereka dari segi cara  berhubung dengan manusia dan alam. Masih lagi terdapat penyembahan atau ‘semahan’ yang dilakukan untuk menghalau mahkluk halus.
            Seperti juga dengan suku kaum Temiar, kehidupan sosial mereka hanya tertumpu di dalam lingkungan masyarakat mereka sahaja. Dari segi fahaman agama dan cara berpakaian, masih lagi mengikut turunan nenek moyang mereka. Dari segi perkahwinan pula, mereka hanya berkahwin sesama kaum mereka sahaja. Begitu juga dari aspek pendidikan, kaum Temiar kurang mendapat pendidikan yang secukupnya.
            Namun kini, Jabatan hal Ehwal Orang Asli telah melakukan berbagai kebajikan untuk memberikan kehidupan sosial yang lebih baik kepada kaum Orang Asli. Program Penempatan Semula dan Program Penyusunan Semula Kampung (PSK) telah diperkenalkan di dalam Rancangan Malaysia ke-7 telah digariskan bagi bertujuan menyusun semula kampung – kampung orang Asli yang sedia ada agar dapat disalurkan segala kemudahan asas untuk mempertingkatkan kualiti hidup mereka.
            Kementerian Pendidikan juga telah memainkan peranan di dalam memberikan pendidikan kepada kaum Orang Asli. Terdapat 5 buah asrama telah dibina dan diserahkan kepada JHEOA untuk digunakan oleh anak – anak orang asli bersekolah. Selain itu, mereka juga dibekalkan dengan segala peralatan pendidikan dengan secara percuma.



Sistem Ekonomi
            Secara umumnya sumber pendapatan Orang Asli adalah berlandaskan kepada persekitaran sekeliling mereka iaitu pertanian sara diri, berburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Sehingga kini ada diantara kaum Orang Asli yang masih mengamalkan sistem barter iaitu pertukaran barang dengan barang namun jumlahnya hanya sedikit. Kini Orang Asli telah juga tahu untuk menggunakan wang untuk membeli barang – barang.
            Orang Temiar terkenal dengan hasil cucuk tanam dan hasil hutan. Mereka menanam padi huma atau padi bukit di kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu mereka juga terkenal dengan kepandaian mencari hasil – hasil hutan contohnya seperti rotan, buluh, kayu cendana, damar dan akar kayu. Hasil – hasil makanan hutan seperti petai, kerdas, jering dan madu juga adalah antara punca pendapatan mereka.










Gambar : 1.6: Kawasan tanaman Kaum Temiar
Namun kini, oleh kerana pembalakan secara haram yang berleluasa di hutan – hutan, maka hasil sumber hutan dan punca ekonomi suku kaum Temiar sudah terancam. Hasil buruan jua semakin berkurangan dan pokok – pokok kayu yang boelh dijadikan herba ubat – ubatan banyak yang telah di tebang. Ini sedikit sebanyakj memberi kesan kepada pendapatan mereka.










Gambar 1.7 : Pembalakan di Kampung Temiar
            Merujuk kepada gambar di atas yang diambil oleh Colin Nicholas pada tahun 2004, menunujukkan bagaimana lori lori balak yang melintasi kampong suku kaum Temiar di Kampung Komris, RPS Legap membawa keluar balak – balak yang di ambil di hutan. Inilah aktiviti – aktiviti yang mengganggu ekonomi kaum orang Asli terutama kaum Temiar.
            Namun begitu, pihak JHEOA telah menbambil langakh – langkah untuk membantu kaum orang asli dari segi ekonomi mereka. Antaranya ialah dengan membangunkan tanah di luar RPS dengan tanaman seperti getah, kelapa sawit dan juga tanaman jangka pendek untuk diusahakan oleh golongan orang asli. Bantuan sabsidi juga di berikan kepada mereka seperti subsidi peralatan pertanian, alat torehan, baja dan sebagainya. Kerajaan juga telah membantu golongan orang asli dengan memberi peluang dan modal kepada mereka untuk menjalankan perniagaan. Contohnya jika anda melalui lebuh raya utara selatan (PLUS) anda akan dapat melihat golongan Orang Asli terutamanya kaum Temiar yang berniaga di hentiah Rehat dan Rawat Sungai Perak.
            Kesimpulannya, ekonomi Orang Asli kini bertambah maju dan kehadapan. Mereka tidak lagi berada di bawah tempurung malah terpaksa akur dengan arus kemodenan.
Adat Resam dan Budaya
            Sesungguhnya adapt dan budaya Orang Asli masih lagi menebal di kalangan mereka terutamanya kaum Temiar. Contohnya upacara sewang. Sewang merupakan satu jenis tarian tradisional yang dilakukan apabila menyambut tetamu, perubatan dan kesyukuran. Terdapat banyak adapt resam dan budaya kaum Temiar kalau hendak dibincangkan satu persatu.
            Di sini biarlah kita melihat contoh adapt dan budaya menyambut kelahirasn anak suku kaum Temiar. Sewaktu mengandung, mereka telah menempah seorang bidan. Bidan tersebut akan melakukan adapt ‘melenggang perut’. Kemudian, bidan tersebut akan menjampi ibu hamil tersebut untuk menghalau semangat jahat. Semasa mengandung juga, ibu tidak dibenarkan mentertawakan haiwan seperti monyet, dilarang memakan ikan berwarna merah, dilarang bekerja pad waktu subuh dan maghrib dan mengetuk paku pada kayu pada waktu sebelah petang.
            Selepas bayi dilahirkan pula, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan serpih buluh yang tajam. Uri bayi tersebut mestilah ditanam dengan sempurna kerana mereka menganggap ia sebagai abang atau kakak kepada bayi tersebut. Lampu akan dipasang pada tempat uri ditanam selama tujuh hari.
            Selepas itu pula, adat memberi nama. Biasanya mereka akan memberi nama mengikut nama pokok, ikan, tumbuhan dan sebagainya. Adakalanya nama tersebut tidak sesuai di mana bayi tersebut akan jatu sakit. Ibubapanya akan ‘menjual ‘ anak mereka kepada ibubapa lain di mana mereka akan menukarkan nama bayi tersebut, kemudian ibubapa baru itu akan menyerahkan semula bayi itu kepada ibubapa sebenarnya. Jamuan kecil – kecilan akan diadakan sempena penukaran nama bayi itu.
Gambar 1.8 : Anak Kaum Temiar


Rumusan
            Kesimpulannya, Orang Asli terutamanya suku kaum Temiar adalah merupakan sesuatu masyarakat yang unik dari segi cara hidup dan budaya. Namun begitu, kita tidak seharusnya mengabaikan  dan melupakan mereka dari mengecapi dan menikmati arus kemajuan dan pembangunan negara. Mereka sebenarnya amat penting kepada kita sebagai penghubung sejarah dan ketamadunan awal bangsa dan negara kita. Usaha kerajaan menubuhkan satu jabatan iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli amatlah sesuai dan betul. Kebajikan mereka haruslah dijaga kerana merekalah penduduk awal negara kita. Justeru, marilah kita sama – sama berganding bahu membantu merka dan berharap suatu hari nanti mereka tidak lagi ketinggalan jauh di belakang kita.
 

BIBLIOGRAFI

________, 2003, Kenali Kami Masyarakat Orang Asli, Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn. Johor

Arkib Negara Malaysia, , Orang Asli ‘Sehari Bersamamu’, Diperolehi pada 26

Bernama.com, Orang Asli Perlu Diberi Hak Corak Masa Depan Sendiri,
diperolehi pada 26 Oktober dari

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Kaum Orang Asli, Diperolehi pada 26
Oktober 2007, http://www.jheoa.gov.my

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Program Jabatan, Diperolehi pada 26
Oktober 2007, http://www.jheoa.gov.my

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Unit7,2006), Kampung Orang Asli,

Nik Safiah Karim, Carta Alir Asal Usul Orang Asli, diperolehi pada 26 Oktober

The Temiars, diperolehi pada 03 Oktober 2007,



Warisan Budaya Malaysia, Adat Resam Masyarakat Orang Asli, diperolehi
pada 26 Oktober 2007,

Wikipedia, Orang asli, diperolehi pada 25 Oktober 2007 dari

1 comment:

Mohd Fazli bin Abdullah said...

Info yang baik dan bermanfaat. Tapi sayang sedikit penyunting tak berhati-hati menyusun fakta. Takut jika dirujuk, orang yg merujuk itu terus ambil tanpa silang semak dengan info yg lain.

Ia berkaitan dengan Asal Usul Orang Asli. Dari tiga ras Orang Asli ini, hanya Melayu Proto saja dari rumpun Austronesia. Dua yg lain dari kumpulan Austroasiatik. Apa beza kedua rumpun ini? Bezanya ialah bahasa. Austronesia menurunkan bahasa-bahasa yg dominan di pulau-pulau Asia Tenggara, termasuk Melayu. Austroasiatik menurunkan bahasa-bahasa yg dominan di daratan Asia Tenggara, termasuk Siam, Khmer dan Viet. Kedua-dua bahasa ini berbeza tatabahasa dan ciri. Antara yg menonjol ialah perbezaan kita dan kami (dlm bahasa Austronesia) tak ada pada bahasa Austroasiatik. Juga, bahasa Austronesia boleh ditambah imbuhan di depan dan belakang untuk membentuk satu kata terbitan lain, tapi ciri ini tak ada pada mana-mana bahasa Austroasiatik. Jadi ini membuktikan bukan kesemua Orang Asli itu terdiri dari rumpun Austronesia. Jika ia sekalipun, tak mungkin dua kumpulan orang Asli yg lain boleh terubah jadi bahasa Auatroasiatik kerana Semenanjung Malaysia bukan tempat dominan untuk bahasa itu, jadi tak mungkin mereka mendapat pengaruh.

Seperkara lagi, Austronesia bukan berasal dari Yunan kerana tak ditemui bukti atau sebarang peninggalan yg masih ada di sana yg dapat dikaitkan dengan Austronesia. Yunan lebih dekat dengan rumpun Tai-Kadai dan Austroasiatik berbanding Austronesia yg lebih dominan di selatan Indochina