Friday, June 22, 2012

Belasah Anak Kekasih

Topik hari ni terbaca aku dalam surak khabar Metro yg mana dua kanak-kanak diseksa oleh kekasih ibunya sampai patah tangan.. Budak budak baru berusia antara satu dan empat tahun.. Bayangkan kena belasah macam hantu oleh KEKASIH ibu mereka kerana tak nak tidur.. Haram jadah sungguh.. baru kekasih.. pukul dan gigit tanpa kasihan.. ish Kalau aku ada kat situ mau aku tempeleng mamat ni belasah macam dia buat kat budak2 tu.. apa raaa.. takdak akai kaa.. budak .. mana la depa tau.. memang la kadang2 tu kita rasa marah tapi kena la cepat2 beristighfar dan ingat Allah banyak2..   elok tangkap dan masukkan ke dalam jail je .. bagi kena belasah plak dalam tu.. baru padan dengan muka dia. hehehehe.. moga2 kanak2 tersebut cepat sembuh dan kembali seperti biasa.. Kita kena ingat,.. anak-anak ini adalah amanah Allah kepada kita.. aku sendiri terpaksa menunggu selama 4 tahun baru Allah kurniakan zuriat.. Ya Allah.. bersyukurnya aku.. malah anak-anak ini juga merupakan penyejuk mata kita.. Balik kerja je dapat jumpa anak-anak.. hilang rasa kepenatan.. Nikmatnya.. Maka.. janganlah sesekali kita mendera mereka..  tegur dan rotan bertujuan untuk pengajaran tak aper la.. ni mendera macam nak membunuh..

No comments: