Thursday, March 19, 2009

A mum of three mohd said....

Siapa yang akan menerajui Malaysia selepas selesai perhimpunan UMNO pada akhir bulan Mac ini?? Mengikut pelan peralihan UMNO.... Pak Lah akan serah takhta kepada Najib! So, maknanya Najiblah PM Malaysia kita yang ke 6... Tak gitu....

Sejak kita merdeka, sampailah ke hari ini... negara kita telah diperintah oleh UMNO/BN. Lama tu weh.... Sebab itu, dalam kepala otak orang-orang UMNO, telah tertanam anggapan yang Malaysia ni deme punya.... UMNO/BN pikir... mereka lah yang layak memerintah negara.... orang lain tak payah susah-susah..... Itu yang main-main serah-serah jer tampuk pemerinthan negara pada sesiapa saja dalam kalangan mereka, ikut suka hati deme jer.... ikut kepentingan deme jer....

Kalau dulu, budaya bertanding secara demokrasi subur dalam UMNO tapi sejak Madey memegang tampuk pemerintahan UMNO, sampai ke hari ini.... amalan demokratik dalam UMNO sudah semakin diketepikan... Dalam 'vocabulary' orang UMNO masih ada perkataan demokrasi tetapi dari segi praktik nyer.... sudah hampir pocikkkkk!!! Sebab tu... sekarang, jawatan PM, seolah-olah diperturunkan melalui wasiat dan bukan lagi... dilakukan melalui pemilihan... Itu sebabnya, amalan bodek membodek... jilat menjilat.... semakin menebal dalam UMNO. UMNO dilihat sudah jauh meninggalkan demokrasi dan menuju ke arah autokrasi dan kuku besi!!! UMNO bukan bergerak menuju cahaya tetapi berpatah balik kembali ke arah kegelapan.... Akibatnya... rakyat terutama orang muda, mula menjauhi dan menghindari UMNO!!

Inilah salah satu elemen negatif yang menyebabkan UMNO kehilangan WOW dan 'umph'nya.... Dari survey yang dibuat oleh Merdeka Centre.... hanya 19% sahaja orang Melayu yang masih menyokong UMNO/BN. Faktor kepimpinan, memburukan lagi masalahUMNO. Para pemimpin UMNO.... terutama top brass nya dilihat kurang aura dan tiada charisma.... tidak kredibiliti.... tidak berwibawa... tidak telus dan tidak bersih.... Lantaran itu......, bakal PM kita tak terkecuali..... Dia dilihat sebagai orang yang tidak sesuai dan tidak layak untuk memimpin Malaysia... Kerana masalah-masalah yang dihadapinya, dia dianggap sebagai bebanan. Satu Malaysia ....malah satu dunia, tahu masalah Najib. Jadi... macam mana rakyat nak terima orang macam ni sebagai PM.... Malu kita oi......!!!

Sekarang.... suara-suara lantang sudah kedengaran....menggesa agar Najib tidak dilantik sebagai PM. Suara-suara datang dari para pemimpin pembangkang.... segelintir yang berotak dalam UMNO, bekas UMNO seperti Zaid Ibrahim.... malah rakyat, melalui srvey-survey yang dibuat... tidak mahu Najib menjadi PM . Mantan PM, Tun Madey pun telah memberi gambaran yang kurang memberangsangkan tentang prestasi Najib.... Semuanya menggesa samada Pak Lah kekal sebagai PM buat beberapa ketika lagi dan ada pula yang memohon agar Agong kita sendiri..... ambil pusing kehendak rakyat dan tidak melantik Najib sebagai PM. Ada ruang dan ada lubang, yang membolehkan Agong bertindak demikian...

Pendek kata.... umum, tidak mahu Najib Razak menjadi PM Malaysia yang ke6. Orang berpendapat, politik dan ekonomi Malaysia akan menjadi lebih tak keruan sekiranya Najib menerajui negara....

No comments: