Friday, March 20, 2009

kemelut politik negara

aku menulis ni pun bukan apa.. saja terpanggil dengan masalah yang sedang melanda sekarang. mungkin masih tak terlewat untuk aku menulis tentang msalah politik yang melanda sekarang ini. apa ceritanya di Perak? hmm senyap sunyi jer.. apa sudah jadi? akibat kerakusan sebauh barisan tela memperkotak katikkan sebuah negeri yang dulunya aman damai.. sekarang ni apa dah jadi.. huru hara.. siapa yang menjadi mangsa? rakyat jugak.
senyap jer di perak, muncul pula cerita Ketua Menteri mengamalkan rasuah. hari ni cerita dia jadi kambing hitam pulakk. rakyat dah muak laa. dah terbukti dan dibuktikan lagi oleh lembaga displin korang sendiri, terbukti. camni ke pemimpin yang nak kita sanjung. maka selamani rasuah dah menjadi amalan mulia korang. camna nak pimpin rakyat niii? kesian orang Melaka. kita tahu dadah musuh no. 1 negara dan rasuah no. 2, so ambilla iktibar.. elakkan lah amalan rasuah kerana ia menidakkan hak yang sepatutnya. Politik di Malaysia sekarang ni dah bermacam2. kesianlah kat rakyat.. dah muak dah dengan cerita kepimpinan yang semakin merepek ni. kembalikanlah keadilan dan carilah pemimpin yang sejati.
selagi masalah politik ni tak selesai, rakyat terus menderita. keadaan ekonomi dah tak stabil ni ditambah pulak dengan kemelut politik yang semakin meruncing, bila nak membela nasib rakyat ni...sedih walaupun masih lagi boleh ke pasaraya untuk membeli belah namun aku terkenangkan pak mat yang menoreh di kampung, nak beli ikan pun tak cukup duit. pak teh yang buka kedai makan pun kena tutup kedai sebab pelanggan tak ramai.. kesian.. yang pemimpin sibuk dok rebut jawatan dan makan suap. apa cerita.
cuba la masuk kampung2 nu tengok masalah orang kita. daripada kasi duit pada sesama korang ada baiknya korang kasi kat mereka yang memerlukan tu. itu lebih bermaruah.
saat ini aku terus berharap segala kemelut yang melanda ini segera tamat.

No comments: