Thursday, September 04, 2008

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

DI LEMBAH URANAH,
GUNUNG 'ARAFAH


"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu
semua selepas tahun ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah
ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota
ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang
Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti
kamu pula.

Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu
dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang
melibatkan riba'hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara
perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri
kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.

Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka
mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana
kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan
pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah
mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini.
Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah
di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu
dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim
yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang
lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan.

Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali
kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,
nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah
disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini
menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah
orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang
lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami
kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu
kepada hamba-hamba- Mu. "

No comments: