Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009


Alhamdulillah ketika menulis blog ini aku masih di kampung bercuti sempena menyambut hari lebaran pada tahun ini. Tahun ini sambut raya pertama di Penaga dan pada malam tu terus balik rumah mertua pula di Baling Kedah. Alhamdulillah juga semua berjalan dengan lancar dan teratur. cuma aku jer kena selsema dan batuk sikit.. hmm banyak sangat minum air batu kot dan tentunya terlebih sedut asap rokok.. hehehe bila nak berhenti pun tak tau. hari ni cam biasa pusing kampung pi beraya rumah sedara oarng rumah. ok la pekena nasi ulam sampai kenyang. so semoga kehadiran lebaran ini akan terus memancar kebahagian buat kami sekeluarga hendakNya. esok kenduri rumah abang aku (awang).. so kena pi la tolong2 sikit. dan di hari lebaran tu sempat juga la aku ambil gambar keluarga aku ni... hehehe InsyaAllah bulan depan tambah lagi sorang.

No comments: