Sunday, May 13, 2007

hmm..pelik haa

Harimau tinggalkan anak di beranda rumah
Oleh SUNARTI KIBAT



Anak harimau yang ditinggalkan di beranda rumah di Kampung Belahan Tampok, Batu Pahat, Johor, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



BATU PAHAT 12 Mei – Seorang suri rumah terkejut apabila apa yang disangkanya anak kucing yang ditinggalkan di beranda rumahnya di Kampung Belahan Tampok, Rengit dekat sini rupa-rupanya anak harimau yang baru dilahirkan.

Yuniar Saiman, 41, dan suaminya yang baru pulang dari membeli-belah barang dapur kira-kira pukul 11 malam kelmarin terlihat sebuah objek kecil bergerak-gerak di beranda hadapan rumahnya lalu menyuluhnya dengan lampu kereta.

Apabila didekati rupa-rupanya ia adalah seekor binatang kecil berwarna coklat muda menyerupai anak kucing yang baru lahir serta ditinggalkan oleh ibunya.

Menurut Yuniar, beliau dan suaminya mengambil keputusan meninggalkannya di luar beranda rumah dan menghidupkan lampu di bahagian itu dengan harapan ibu kepada anak binatang itu akan datang kembali dan mengambil anaknya.

Beliau berkata, bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila tidak lama selepas itu mereka mendengar bunyi haiwan mengaum dengan kuat seperti suara harimau.

Katanya, kerana bimbangkan keselamatan, mereka tidak membuka pintu kerana yakin harimau memang wujud di sekitar kawasan rumah mereka yang sebelum ini memang semak samun.

“Sebelum ini pun, anak lelaki kami pernah terserempak dengan tiga ekor harimau kumbang di belakang kebun kami kira-kira dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka petang semalam.

Yuniar memberitahu, penemuan haiwan itu telah dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berdekatan dan kemudian mengesahkan ia adalah anak harimau

No comments: