Thursday, December 22, 2011

Balik kampung...


Alhamdulillah permohonan cuti aku lulus so.. dapat lah jugak aku balik kampung.. selesai je wife aku exam pada hari sabtu, hari ahad kami pun bergerak balik ke utara...keesokkan harinya mertua aku ajak ke Jitra/kepala batas pi cat rumah sewa sebab ada orang nak duduk.. so bergerak pula ke utara lagi.. tidur sana semalam dan sempat juga pi jejalan ke pekan Jitra dan IPDA.. mengin=mbau balik kenangan lalu hehehe.. banyak yang dah berubah pun kat IPDA.. maklom la dah 11 tahun dah tinggai.. selasa.. pi jalan2 bukit kayu hitam dan terus balik baling.. hmmm cuti la katakan..

Thursday, December 15, 2011

15 Disember

hari ni ke opis macam biasa.. tiada apa yang menarik namun pepagi aku jumpa ngan KU aku untuk membuat pengesahan gaji hehehehe adalah hal sikit.. selain itu cam biasa buka face book lepak ushar2 apa yang patut sebelum menulis kat sini.. sambil tu aku ada baca satu artikel berkaitan dengan pemakaian tudung.. hmm teruk sangat sekarang ni.. pakai tudung bukannya nak menutup aurat tetapi untuk fesyen.. tu yg aku tak berkenan sangat dan dok tegur juga wife aku berkaitan dengan perkara sebegini. aku nak share sikit blog ni.. memang lawak la dia buat bab tudung ni hahaha namun lawak2 tu kena ingat juga hukum hakam ..
http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/11/koleksi-jenis-jenis-dan-fesyen-tudung.html

Wednesday, December 14, 2011

Sukan Piala KPP BTPN Selangor




November hari tu tempat aku reja ni buat sukan.. ala macam sukan tahunan sekolah le tapi ia dipanggil Piala KPP sempena KPP kita orang la.. banyak acara yang ditawarkan.. hehehe so apa lagi aku dilantik menjadi pengelola untuk acara futsal. semua dah ejas cantik, gelanggang dah dibooked namun oleh kerana paginya tu aku terlampau letih sbb main pingpong ngan takraw, pastu tak makan pulak, masa nak sembahyang jumaat aku nak tumbang.. terus tak ke futsal sebaliknya ke klinik.. doktor pesan suruh rehat, darah pun naik dan baru sekali aku dapat diabetes.. adoi.. macam2 bersangkut.. hehehe.. kena diet la.. jaga pemakanan yang sihat je.. esok tu layan bola tampar pulak.. Alhamdulillah setakat hari ni kesihatan aku amat mengizinkan.. semoga diberikan aku kesihatan yang sihat dan dipanjangkan umur sebb aku nak tengok anak2 aku membesar sebelum aku tutup mata,.. insyaAllah... amin

Monday, December 05, 2011

Lama tak menulis

Di saat aku menulis ni aku kini sedang bekerja di BTPN Selangor setelah mendapat 32 hakiki.. kini aku bertugas di unit media BTPN dengan memakai tugas pegawai menguruskan audio.. so far ok je walaupun dah dua kali kena gi check darah kat klinik.. apo nak buat sampai doktor sahkan aku ada diabetes.. kena la kurangkan makan gula dan diet untuk makanan yang berkhasiat saja.. itu laaa nasib tak beringat dari awal.. asyik belasah je makan so sekarang kena banyak pantang dan makan ubat.. namun aku bersyukur dan berharap dipanjangkan usia ku .. amin

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri dari PKG 2011


Video PKG Subang Jaya 2011

Suasana Hari Raya


Khas aku buat sempena Raya geng ICTL suatu masa dahulu... kenangan bersama kalaian semua memang best.

Wednesday, August 17, 2011

Facebook dah kena block?


hmm kenapa tetiba tengahhari ni FB aku tak leh buka.. siap kena blog lagi.. Domain stop.. adakah ini pengakhirannya FB di dunia ini hehehehe.. apapun kita tunggu kenapa tetiba jadi cam ni.. adehhhh..

Saturday, August 06, 2011

Helloween - Dr. Stein



antara jenis muzik yang aku minat dari dulu sampai la.. hehehehe layannnn

Friday, August 05, 2011

Cyber Security Part 3

Selain itu, setelah penggodam berjaya memasuki akaun data, mereka akan menyelonggar kesemua data anda termasuk myspace, photobucket, facebook dan segala mecam akaun dengan membuat permintaan kata laluan kembali ( Request Forgot Password). Kemungkinan data yang dapat diperolehi oleh penggodam berupa nombor akaun bank atau gambar-gambar peribadi turut juga diceroboh. Akaun yang diceroboh mungkin akan digunakan untuk menipu kawan si mangsa dan menggunakan cara yang sama bagi mendapatkan kata laluan. Ini mungkin akan lebih menyenangkan kerana kawan si mangsa tidak akan mengetahui bahawa akaun kawannya sudah digodam dan mangsa seterusnya adalah dia. Ada juga sesetengah penggodam menjual akaun-akaun seperti rapidshare, megaupload dan lain lain bagi mendapatkan keuntungan sendiri. Bagi kes yang melibatkan gambar peribadi, kemungkinan para penggodam akan menyebarkan gambar tersebut kepada umum dan ianya akan memalukan si mangsa.

Wednesday, August 03, 2011

Cyber Security Part Two

salah satu cara lagi penggodam menggodam mangsanya adalah dengan meneka kata laluan secara random. bagi penggodam, mereka mempunyai daya kemampuan pemikiran diluar batas bagi meneka kata laluan si mangsa dan tidak sesekali pernah berputus asa untuk berbuat demikian. Meneka kata laluan ini boleh diambil dari kata nama atau kata laluan yang biasa orang guna untuk mengcrack sesebuah akaun seperti 123, 123456, abc, abc123, password ataupun dari maklumat peribadi yang digunakan mungkin dapat dibuah sedikit dari katanya dan ditambah dengan bilangan nombor dan abjad akhirnya. Ini sememangnya memerlukan kemahiran untuk anda berfikir dan kesabaran yang tinggi bagi meneka kata laluan si mangsa dengan betul. Jika cara ini tidak berkesan, penggodam akan mencuba helah dengan cara yang lain bagi memastikan akaun tersebut berjaya juga dicerobohi.

Cara yang lain ialah menggunakan 'Forgot Your Password". cara ini merupakan cara yang paling senang untuk digunakan oleh seseorang penggodam yang bias melakukan kerja-kerja menceroboh akaun seseorang. Di sini, segala maklumat dan data yang diperolehi akan digunakan sepenuhnya bagi proses mengembalikan password si mangsa dengan meneka soalan keselamatan yang kebiasaannya tidak diambil berat oleh sesetengah individu. Penggodam memasukkan segala data yang diperlukan untuk mengembalikan password dengan perkataan dan benda yang mudah diperolehi berdasarkan sifat dan tingkah laku si mangsa samada dari segi perwatakan, kegemaran dan sebagainya. Dengan berbekalkan maklumat yang diperoleh, soalan keselamatan yang selalunya diminta seperti tarikh lahir, poskod dan tempat tinggal dapat dijawab dan sekali gus dapat menukarkan kata laluan mangsa. Walaupun kdangkala penggodam tidak dapat menjawab soalan dengan tepat, mereka akan mencuba pada keesokan harinya kerana sistem yang terdapat seperti pada Yahoo membenarkan pengguna memasukkan 10 kali cubaan dan setelah gagal, sistem ini akan block akaun selama 24 jam. Jadi, penggodam akan cuba mencari lagi segala maklumat yang memungkinkan mereka untuk mencerobohi akaun peribadi anda.

.. To be continue...

Monday, August 01, 2011

Cyber Security

Hari ni aku nak menulis tentang cyber security.. apa dia cyber security? ianya melibatkan social engineering ataupun dalam bahasa melayu ialah kejuruteraan sosial yang menggambarkan jenis gangguan teknikal yang sangat bergantung pada interaksi manusia dan sering melibatkan penipuan orang lain. Misalnya, orang yang menggunakan kejuruteraan sosial untuk masuk ke rangkaian komputer akan cuba untuk mendapatkan kepercayaan diri dari seseorang yang diberi kuasa untuk mengakses rangkaian dan membuatkan mereka mendedahkan maklumat yang membahayakan dari keselamatan rangkaian. Pengguna komputer sekarang kebanyakkannya perempuan seringkali memuat naik terlalu banyak gambar dan meletakkan maklumat peribadi dalam platform rangkaian sosial. Platform seperti Facebook, MySpace dan Twitter yang sedang hangat dalam kalangan orang muda khasnya, sangat berisiko tinggi untuk menjadi sasaran penggodam.

Terdapat pelbagai cara penggodam untuk mengenali mangsa, antaranya ialah melalui rakan-rakan si mangsa dengan memerhatikan dengan siapa si mangsa selalu berhubung dalam rangkaian sosial. dengan itu, selepas mengenal pasti rakan mangsa, penggodam boleh cuba menyamar menjadi rakan mangsa dengan menghantar email palsu untuk meminta segala maklumat peribadi bagi tujuan kepentingan mereka sendiri.

Tidak dinafikan kebanyakkan perempuan sekarang suka mendedahkan maklumat-maklumat peribadi seperti tempat tinggal, tarikh lahir, no. telefon dan sebagainya. Ada pula segelintirnya yang suka mendedahkan gambar tubuh mereka yang kononnya menggiurkan untuk tatapan semua kaum adam, meskipun hanya untuk suka-suka tetapi mereka tidak mengetahui betapa seriusnya apabila gambar sebegibi tersebar di dunia internet kerana kemungkinan gambar mereka boleh dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tertentu khususnya yang pakar dalam mengedit gambar. Dalam mencari maklumat peribadi pada enjin carian spt google, yahoo, cara yang paling senang ialah dengan memasukkan alamat email mangsa dalam kotak carian. Dengan cara begini, segala maklumat mangsa akan dapat dipaparkan.

Bersambung........... penat.. hahaha

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432h

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan dah.. kejap jee,,,.. ari ni satu ramadhan 1432h bersamaan tahun 2011.. semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih membawa berkat kepada semua umat manusia.. amin.. aku? posa cam biasa. cuma dok mai opis naik motor.. save budget sikit nak buat duit raya,,.. hahaha.. ni aku create video ni guna software sony vegas pro yang aku belajar di cameron nu..

Shooting Video di Grand Blue Wave




pada 28 Julai baru2 ni tetiba dapat panggilan dari en. Azman Md Aris meminta tolong mengambil video dan gambar untuk upacara perasmian penutup mesyuarat memperkasakan 88 buah sekolah seluruh Msia di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Datuk Dr Siti Zaleha bt abdullah Sani, Pengarah BTP. apa lagi.. bersama dengan technician aku si Deris, maka bergegas kami berdua ke BTPN mengambil peralatan dan terus ke Blue Wave. apa lagi.. dengan menggunakan skill membelasah kami.. maka kami pun memulakan tugas kami seperti biasa.. hehehe.. tepat jam 5.30 petang .. majlis pun tamat dan terus kami bergegas pulang ke BTPN dan seterusnya pulang ke rumah.

Shooting Video APC daerah Petaling Utama



pada 26 Julai bebaru ni aku terlibat di dlam mengambil gambar di hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PPD petaling Utama yang bertempat di Kolej Bandar Utama Damansara.. jam 2.00 petang.. apa lagi bergerak dengan boss aku terus ke tempat yang telah ditetapkan.. sampai sana dah ada 2 orang cikgu yang sedang menunggu.. maka lebih mudah lah sedikit kerja kami nanti.. tunggu punya tunggu jam 2.30 ptg tuan perasmi pun tiba iaitu YB Datuk Satim Diman Adun Sri Serdang.. ok lah.. ucapan tu biasalah..berbaur politik.. apapun last sekali.. 'saya derma 10,000 kepada ppd petaling utama' .. wah.. senangnya bagi duit gula2 politik.. hahahaha.. apapun aku buat tugasan aku.. ambil video dan tangkap gambar apa yang patut.. terus balik.. dan tahniah jugak kepada kengkawan yang dapat APC tahun ni yang aku jumpa kat situ iaiatu Hazwan dan Azran..

Wednesday, June 22, 2011

Tempat baru Kerja Baru


akhirnya aku telah berjaya masuk ke PKG subang Jaya berkuat kuasa 16 Julai 2011 setelah menunggu sebala sebulan di SKTJ.. rasa sedih tu ada jugak cuma aku dah tak boleh jugak mengajar prasekolah.. tak kena dengan jiwa..apapun akhirnya aku kini dah ditempat baru dengan kerja baru... Alhamdulillah.. berkat pertolongan kawan-kawan serta doa dapat jugak aku masuk kerja kat PKG ni.. satu permulaan yang baru.. dah tak pegang buku rekod dah.. deal ngan cikgu2 dan boss boss ja la.. hehehe apapun sesuatu yang baru perlu aku cuba dan tempohi sebagai satu pengalaman hidup.. so far ok je.. semoga terus ok sokmo...

Sunday, June 12, 2011

Tak sabar sabar... hehehee


hehehe memang tak sabar dah ni.. huhuhu bukan apa Liverpool nak mai Malaysia.. tiket dah booking.. 16 Julai ni.. tiket murah pun tak kisah.. janji tutun ramai2...

Thursday, June 02, 2011

4 Tips Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi

4 Tips Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi

5 Sebab untuk hidup sihat

5 Sebab untuk Hidup Sihat
Posted in Health & Fitness by Anna with No Comments
Jun 2011 01
About Anna :

Became a health-conscious person after she realized that because of her unbalanced diet, her body weight reached 60kg when she was only 18 years old. Now, her body weight is ideal after living a healthy lifestyle. Here at KevinZahri.com, she would like to share with others on how to live a healthy lifestyle.

Semua orang mahukan kehidupan yang sihat. Tapi ramai orang yang gagal untuk hidup sihat. Mengapa ini terjadi? Salah satu punca perkara ini terjadi adalah disebabkan kurangnya kesedaran di kalangan kita semua.

Terlalu banyak sebenarnya sebab dan alasan untuk hidup sihat. Dan setiap sebab dan alasan itu adalah bergantung di antara satu sama lain dan tak boleh dipisahkan sedikit pun.
Sebab ke – 5: Mengurangkan tekanan

Hidup yang sihat dan aktif dapat mengurangkan tekanan dan membantu menangani sebarang masalah dengan lebih baik. Tekanan boleh disebabkan oleh banyak faktor, antaranya: kerja di pejabat, makanan, keluarga, rakan-rakan, masalah kewangan, tidak cukup tidur, anak-anak, ibubapa, dan banyak lagi faktor lain. Kehidupan yang sihat adalah salah satu jalan terbaik dalam membantu menangani masalah seharian. Sebagai contoh, selepas bersenam, badan anda akan mengeluarkan endorfin yang akan membuatkan anda berasa lega, gembira dan berpuas hati. Luangkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari, ia pasti dapat mengubah hidup anda untuk selama-lamanya. Apabila anda menjalani kehidupan yang sihat, anda akan dapat menjadi seorang yang efisyen dan fokus dalam apa jua perkara yang anda lakukan. Jika anda katakan yang anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, apa yang anda telah katakan sebenarnaya mempunyai maksud yang anda lebih rela tertekan dari melakukan senaman.
Sebab ke – 4: Membakar lemak

Kehidupan yang sehat akan membebaskan anda dari diet yang ekstrim atau ‘crash diet’. Lupakan tentang ‘crash diet’. Sebaliknya, buat sedikit perubahan pada corak pengambilan makanan seharian anda dengan niat yang anda ingin mengubah corak pemakanan anda untuk selama-lamanya. Tapi, anda perlu realistik! Makan makan yang seimbang dan sesekali anda boleh makan kegemaran anda. Semuanya bergantung kepada bagaimana anda mengawal diri dan berdisiplin. Kalau anda sedar akan kepentingan hidup sihat, anda boleh makan apa sahaja yang anda mahukan? Mengapa? Kerana hidup sihat merangkumi senaman yang mana akan membakar banyak kalori yang anda ambil semasa anda makan! ;)
Sebab ke – 3: Penambah tenaga

Amalan hidup sihat meningkatkan jumlah maksimum oksigen yang boleh digunakan oleh otot-otot sebanyak hampir 50%! Ini bermaksud bahawa lebih banyak tenaga dan kurang pergantungan terhadap caffein, sekiranya anda seorang heavy coffee drinker. Ini juga bermaksud yang anda perlu minum lebih banyak air yang sangat baik untuk semua sistem badan dan boleh meningkatkan daya ingatan anda.
Sebab ke – 2: Meningkatkan keyakinan diri

Malu kerana badan yang berisi dan gempal? Mulakan bersenam dan anda akan perasan yang badan dan minda anda akan bekerja bersama-sama. Walaupun anda melakukan senaman selama 5 minit setiap hari, pasti anda akan merasa sedikit yakin dalam setiap perkara yang anda buat. Anda juga akan perasan yang perasaan anda yang rendah diri akan diganti oleh satu perasaan yakin diri yang baru! Pada masa itu anda akan tahu yang keyakinan tinggi boleh memberi perubahan yang besar dalam setiap perkara yang anda lakukan.
Sebab pertama: ANDA!

ANDA adalah sebab yang paling penting untuk menjalani kehidupan yang sihat. Jika anda sayangkan diri sendiri (akan mesti sayang diri sendiri!), kehidupan yang sihat adalah jalan yang terbaik untuk menunjukkan sayang anda itu. Ia membuktikan yang badan dan minda anda yang anda boleh melakukannya. Cuba anda tanya rakan-rakan anda yang sudah memulakan cara hidup yang sihat, adakah mereka berasa menyesal? Saya pasti tiada sesiapa yang menyesal! Mungkin anda akan terasa susah pada permulaannya, tetapi selepas 3 hari, anda akan dapat mula membina rasa bersemangat untuk meneruskan apa yang anda telah mulakan dan anda pasti akan rasa teruja untuk melihat hasilnya kepada seluruh hidup anda. Perspektif diri anda juga akan berubah dan anda akan dapat melihat sesuatu itu sebagai peluang yang ada, bukannya sebagai suatu halangan untuk anda melakukan sesuatu. Kehidupan yang sihat pasti akan sentiasa meningkatkan kualiti kehidupan anda!

Mengawal Tekanan Darah Tinggi

5 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
Posted in Health & Fitness by Kevin Zahri with No Comments
Jul 2010 29
About Kevin Zahri :

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

Tekanan darah tinggi is a serious condition yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti coronary heart disease, heart failure, stroke, kidney failure, and other health problems. Saya rasa ramai di kalangan anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit ini. So this post is for you.

1.

Senam 30 minit sehari! Senaman cardio seperti jogging, badminton, berbasikal dll kuatkan otot jantung. Ini kurangkan beban kepada arteri anda.
2.

Kurangkan garam! Garam nie macam pasir, ia takung air. Dengan itu, isipadu keseluruhan darah akan meningkat dan dengan itu, tekanan darah mengingkat. So take it easy on salt.

Panduan Pengambilan Garam: Badan anda hanya perlukan lebih kurang 500mg tetapi kebanyakkan pengguna biasa ambil 10x amount tersebut! Bagi merekan yang menalami penyakit tekanan darha tinggi, jangan melebihi 1500mg sehari.

3.

Tingkatkan potassium dan magnesium seperti pisang dan buah-buahan. Ia membantu mengurangkan tekanan darah systolik dan diastolik sebanyak 2-5 point.
4.

Relax. Kurangkan stress dan tenangkan diri paling kurang 30minit setiap hari untuk kurangkan tekanan darah.
5.

Jaga berat badan Obesity is directly relation dengan peningkatkan tekanan darah seseorang. Amalkan pemakanan dan senaman secara berterusan untuk menjaga berat badan …make sure your weight is kept in check!

Quick facts about high blood pressure

Blood pressure is created by the force of blood pushing against the walls of the arteries as it circulates and the force of the arteries as they resist the flow of blood. When this force is too great, it’s called high blood pressure or hypertension:

Normal blood pressure is less than 120/80 mm Hg. Prehypertension (could be the beginning of high blood
pressure): if your numbers fall between the normal and high range, you should talk to your doctor
about possible lifestyle changes you may need.

High blood pressure is 140/90 mm Hg or above.

About 1 in 3 US adults have high blood pressure
Most people with high blood pressure do not have any symptoms
High blood pressure makes the heart pump harder to pump blood throughout the body and may cause damage to blood vessels
If left untreated, high blood pressure can lead to serious health problems
High blood pressure cannot be cured, but it can be managed

Wednesday, June 01, 2011

Jalan jalan Ke Betong Thailand






sempena bercuti dikampung mertua ni aku ambik kesempatan masuk siam ngan wife.. sajer jejalan sbb adikipar aku selalu masuk betong beli barang kedai makan.. so anak2 tinggai kat tuk dan wan dia. hehehe ibu ngan ayah nak jalan2... so masuk Betong Jam 2 keluar Jam 7.. shopping sakan jugak la,, ala beli barang2 biasa ja.. barang aku nak cari tak la banyak sangat... tak kena time sama.. hehehehe ingat nak ushar jersi Liverpool warna hitam.. haram sebijik kedai pun tarak... so ronda2 le..

Monday, May 30, 2011

C6.....for my wife


so setelah 3 tahun guna xpress music maka.. phone tu dah mula menunjukkan keuzurannya maka meminta untuk ditukarkan yang baru.. beli Iphone China pun cam hampes je hahahaha susah nak guna.. apps pun tak banyak leh guna maka cari lah HP yang baru dan upto date sikit.. so dapatlah wife aku HP nokia C6 ni.. ok gak functionnye.. sam ngan N97 aku ni..

Bercuti di Kampung

hmmm.... sempena cuti sekolah ni maka satu family kami apa lagi.. balik kampung lee.. belasah cukup2 sbb hari tu janji aku masuk PKG 1hb alih2 tak jadi plak. so.. apa lagi bercuti sakan la.. kalau tidak aku takdak cuti ni dah bagi peluang .. sapu je laa. namun hati tetap berdebar dan tertunggu2 surat yang mengesahkan aku masuk ke PKG.. tak sampai2 jugak geram betoi.. dekat 6 bulan aku tunggu ...apa punya PT kat BSM ni.. buat kerja ke main2..
namun apapun mungkin ada hikmahnye hehehe sbb aku dapat jugak bercuti 2 minggu di kampung sebelum masuk PKG.. janjinye 16hb.. aku nak tunggu kalau tak jugak mau aku turun putrajaya niii,.. hehehehe.. adios

Monday, April 18, 2011

CROSSFIRE - Setelah Kau Tiada


lagu ni memang best.. kalau karaoke tu selalu gak amik lagu ni... layannnn... satu masa dulu..

Spartacus: Blood and Sand - Official HD Trailer

Sakira Technology: Incoming!!! ANDROID PHONE

Sakira Technology: Incoming!!! ANDROID PHONE: "Salam semua. Aku rasa aku kena jadi pelopor lah dalam bab gadget android base ni. Dari pemerhatian aku rakyat Malaysia kurang sangat kesedar..."

Sunday, April 17, 2011

Hmm... tak tahu nak buat apaa

hmmm.. tengok tajuk post ni pun dah tau... boring plak hari ni.. hehehe kejap lagi petang petang2 ok la kot.. bawa anak jejalan ke.. silap2 hujan duduk kat rumah je rehat... heheheheh anak2 dok main je hehehehe bersepah rumah.

Thursday, April 14, 2011

Buat donat



hari ni seperti yang dirancangkan aku dan anak2 murid ku bertungkus lumus membuat donut bersama sama dengan gembiranya.. ini kerana minggu ni tema makanan so aku dah berpakat dengan pembantu aku untuk masak donut di mana bebudak akan uli tepung pastu goreng dan celup dengan coklat dan tabur plak chocolate rice atasnya.. bukan main seornok lagi bebudak tu.. enjoy diarang.. pastu dan siap apa lagi.. melantak le donut tu.. seronok.. belemuih habih sorang sorang.. hehehehe aku pun enjoy,... nnt boleh la buat lagi tapi kuih lain le plak,,,,...

Wednesday, April 13, 2011

Gembiranya...akhirnya .. tiba masa untuk konvo,..


best tajuk post aku kali ni... yahoo..gembiranya hatiku.. mana taknya.. tarikh konvo dah keluar. InsyaAllah aku konvo pada 18 Jun 2011 nanti.. sidang 1 sesi pagi.. Alhamdulillah penat jerih lelah telah aku lalui.. berbagai masalah telah ku rempuhi .. berkat kesabaran menunggu markah dari penyarah masalah aku tu telah aku lepasi maka tiba masanya untuk aku bergembira setelah 4 tahun aku menumpu seluruh perhatian kepada pelajaran aku akhirnya kini smuanya telah berakhir.. tiba masa untuk aku menerima seggulung ijazah yang selama ini aku idam idamkan... terima kasih ya Allah berkat kuasa dan restuMu aku kini dah pun berjaya menerima segulung ijazah.. semoga semuanya akan berjalan lancar nanti.. tak sabar2 rasanya.. hehehehe.. amin....

Monday, April 04, 2011

Melawat Zoo Negara




hmm... ahad lepas bawa family jalan2 masuk zoo negara.. hmm 2 tahun jugak tak masuk.. ok laaa.. harga masuk pun dah naik... dulu RM15 dah jadi RM20.. best la walaupun haiwan yang sama je.. cuma anak2 aku le yang seronok sangat. terutama si Naufal sbb ni first time dia tengok haiwan2... seronok bukan main,,.. heheheh yang penting penat jugak dan best menangkap gambar.. penat memikul kamera.. hahahaha... apapun pentang tu enjoyyy..

Monday, March 21, 2011

Still got the Blues


entah naper hari ni tetiba layan blues pulak.. hmmm... biasa le.. tetiba terasa diri ni lapang.. tiada kesibukan seperti biasa.. mungkin ini anugerah tuhan yang berikan kepada ku... mungkin suatu ketika dulu aku cukup sibuk dengan keluar sana sini.. meeting sana sini .. sibuk buat assignment dan sebagainya kini.. aku dapat rilek sambil fb.. tiap2 malam dapat membaca Al-Quran dan bermain bersama anak2.. mungkin ini antara hikmahnya.. biarlah aku kini sebagai lay-man rilek dan buat kerja aku..sehari 4 jam.. syukurlah jika orang lain kena kerja 8 jam ataupun 12 jam.. aku kena 4 jam pun ok lah.. dah rezeki aku kali ni macam tu.. aku redha..apa pun aku baru je balik dari bercuti dikampung sempena cuti sekolah selama seminggu... ok laa.. lama gak aku tak balik.. enjoy cuma peluru tak berapa jenuh la.. hehehe.. so still got the blues..

Sunday, March 20, 2011

Koleksi aku





sajer hobi baru aku kini amik gambar cantik2 guna sony a33 dslt aku ni... pastu guna photoshop edit pic cantik2.... hehehehe mengisi masa lapang...

Friday, March 18, 2011

Birthday ku




Alhamdulillah... pejam celik pejam celik umur ku dah bertambah setahun lagi.. tahun ni genap 36 tahun aku hidup di muka bumi ini... Alhamdulillah semoga aku terus panjang umur dan sihat untuk mengerjakan ibadat serta diterimaNya.. birthday aku kali ni di sambut secara sederhana ja.. heheheala .. dah tua.. cuma hadiahnye je yang best lens Sony DT 55-200mm yahoo... leh la tangkap gambar best2 lagi dan jauh2 sikit.. thanks my wife.. I love U very much....

Saturday, March 05, 2011

Tak sihat... ..



minggu ni memang badan aku tak sihat sikit.. monday je dah muntah kat tenpat kerja.. kol 12 tgh dah cabut balik.. badan sakit2.. rupa2nya badanaku letih sangat... sbb weekend lepas main bola dekat 4 jam... gila pa... dari kol 8 malam sampai 12.30 malam bayang kan.. umur 36 buat macam 26... jem la terus... hahahaha apapun kerja tetap kerja... selamasa meeting key-in data kat PPD jalan... namun begitu minggu ni futsal tetap cam biasa... hehehehe 5.oo ptg sabtu ada friendly plak kat sg besi- TUDM..

Sunday, February 27, 2011

Sayangku pada Rasulullah...




Jumaat lepas diadakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah so apa lagi semua bebudak pakai baju cantik cantik la. yang lelaki pakai baju melayu dan yang perempuan pakai baju kurung. start dari awal pagi diikuti dengan perarakan keliling kampung seterusnya makan bubur lambuk.. lepas rehat je di adakan persembahan dan penyampaian hadiah sempena pertandingan yang diadakan sebelumnya. Aku? biasa le letih mengemas dan mengawal bebudak sbb pembantu aku cuti lagi. apa nak buat jalan jeee,... hehehe best la jugak. dapat snap gambar cantik?... letih .. balik je terlentang kat rumah.. malam plak ada game bola padang kat stadium mini.. lawan dengan warisan PNSB kalah lagi... 3-5.. tak pa... pastu sambung pulak main futsal sampai jam 12.15... adoi... letih gila... balik terus bummmmm..... badan sakit... jangan cerita lee... hehehehe

Monday, February 21, 2011

Kerja Keras


hmmmm.. minggu ni pembantu aku pi kursus la pulak.. takde seminggu so aku la bapak aku la mak kat prasekolah tu... maka terpaksa la aku bekerja keras sikit minggu ni.. hehehe siapkan makanan, mop lantai, kemas meja, cuci pinggan mangkuk dll,,, cuma masak je idak sbb order kat kantin.. takut gak kalau aku masak.. satu tak sempat, dua.. nnt bebudak tu keracunan plak jenuh nak berjawab... hahahaha .. apa pun hidup mesti terus.. kerja tetap kerja.. rezeki ku di tangan Allah.. so kena la redha dan berserah... kat rumah.. hmmm biasa le dengki tengok aku rilek.. mula la keluarkan kenyataan bukan2... lantak lee.... paham sendiri.... malas nak pikir,,,,...

Sunday, February 20, 2011

Selagi Ada Rindu


Selagi ada rindu ini khas buat mereka yg berada di SK Bukit Kerayong.. ia merupakan rakaman terakhir ketika berada di sana.. semoga warga Kerayong sentiasa berjaya selamanya

Wednesday, February 16, 2011

Hmmm penatnyee...


biasalah hari ni hari rabu.. penat la sikit sbb lepak kat sekolah sampai petang... balik rumah .. biasa le letih.. namun bila lihat wajah anak2... hilang rasa letih....

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul... 1 Malaysia 1 Ummah


hari ni adalah sambutan Maulidur Rasul 1432h bersamaa 2011... lepak kat rumah je.. mungkin kejap lagi nak keluar jalan-jalan bawa family... semoga kami semua menjadi ummat Baginda selamanya dan bersamanya di Akhirat kelak. amin.

Tuesday, February 08, 2011

Aku diuji lagi


mungkin tahun 2011 tahun yang banyak ujian dan dugaan buat diri aku.... terkini aku diserang rasa gatal-gatal seluruh badan.. pegi check kat farmasi katanya alahan atau alergi.. hmm terpaksa le taruh ubat dan makan ubat... namun yang penting aku redha dengan ujianNYa... semoga segalanya kembali diberi kemudahan.

Saturday, January 29, 2011

Angin Perubahan


kini aku telah berubah angin ke SK Tambak Jawa .. sesuatu yang baru dan mencabar.. mengajar prasekolah yang selama ini tidak pernah mengajar begitu memberi aku cabaran yang cukup kuat namun terpaksa kutempuhi jua. apapun kesedihan yang melanda adalah kerana cara pihak PPD menggerakkan aku dengan tidak mahu langsung mendengar masalah yang aku hadapi.. aku sememangnya tidak ada pengalaman langsung.. 10 tahun mengajar bahasa inggeris, malah aku juga telah menyambung pelajaran aku ke opsyen yang lain iaitu kajian sosial.. namun segala penerangan aku itu tidak diterima.. inikah segala balasan yang aku dapat daripada PPD setelah 10 tahun menghambakan diri pada mereka... sememangnya aku dilakukan seperti sampah... namun apakan daya aku hanya mentimun.. mereka durian.. menggolek kena, digolek pun kena.. tak pa lah.. aku redha .. kini aku cuba melakukan satu perubahan juga dalam hidup aku .. semoga ianya berjalan dengan lancar dan diberkatiNya... amin.

HMM tahun baru yang mencabar

tahun 2011 ini sememangnye mancabar betul bagi aku ini.. apa tak nya.. dipindahkan ke sekolah lain.. markah tesis belom masuk, dan macam 2 lagi namun aku tetap redha dan menerima dugaan ini dengan berpegang kuat padaNya.. semoga ada hikmah disebaliknya... nnt aku ceritakan lagi apa yang berlaku..

Thursday, December 02, 2010

Enam Persoalan Hidup


Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu ". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan
matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia" . Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Thursday, November 25, 2010

Pengenalan Ilmu Sejarah

Sejarah lisan mula mendapat tempat dalam pengajian sejarah pada hari ini kerana ia turut menyumbang kepada penambahan dari segi sumber sejarah. Sebagai seorang pengkaji yang akan membuat penulisan sejarah mengenai seorang tokoh penting negara, persiapan awal temubual adalah sesuatu perkara yang amat penting untuk disediakan.
Sebelum saya menghuraikan persiapan awal proses temubual, kita lihat takrif temubual. Menurut Mohd Amirrudin Bin Zakaria dan rakan-rakannya (2010), Temubual adalah satu perbualan antara orang yang mana seseorang itu mempunyai peranan sebagai penyelidik. Kebiasaannya, penemubual akan mempunyai satu set soalan bertulis yang berstruktur dan teratur (temubual berstruktur). Secara alternatifnya, soalan-soalan ini mungkin hanya digunakan sebagai satu catatan untuk mengingatkan penyelidik kepada maklumat penting yang perlu dikaji. Temubual juga akan memberikan pelbagai cabaran disebabkan oleh interaksi antara penemubual dan responden. Penemubual perlu mengemukakan soalan-soalan (samada dalam format berstruktur, separa struktur atau tidak berstruktur), mendengar (pengumpulan data) respon-respon dan mengemukakan soalan-soalan. Jika format temubual tidak tersusun, soalan hendaklah digubal semula. Penemubual mungkin tidak hanya mendengar kepada respon-respon berbentuk verbal tetapi juga melihat kepada elemen lain dalam proses temubual seperti gerak badan orang yang ditemubual. Walau apa pun cabaran-cabaran yang terlibat, temubual yang dikawal dengan baik adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan data berdasarkan pandangan orang ramai, sikap dan makna-makna yang dapat mempengaruhi kehidupan dan kelakuan mereka.
Menurut Modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), Sebelum temubual diadakan, penemubual dikehendaki sentiasa membiasakan dengan sejarah dan karektor respondennya. Ini membolehkan penemubual mempunyai serba sedikit pengetahuan mengenai responden. Dalam usaha mengadakan temubual, amat perlu bagi kita mengikut beberapa kaedah yang diperlukan dalam proses temubual. Ia penting bagi membolehkan sesuatu temubual itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan serta memberikan hasil sebagaimana yang diperlukan dalam menulis sesuatu laporan atau peristiwa.


Mohd Amirrudin Bin Zakaria dan rakan-rakannya (2010), juga ada menerangkan 5 jenis temubual di dalam kajian beliau bersama rakan-rakannya iaitu :
Temubual boleh dibahagikan kepda 5 kategori:
 Temubual berstruktur.
 Temubual separa struktur.
 Temubual bebas.
 Temubual tertumpu.
 Temubual perbualan tak rasmi.
Kebiasaannya, temubual yang dilakukan oleh para pengkaji lebih mengikut struktur dengan menggunakan senarai-senarai soalan dan jawapan. Bentuk-bentuk soalan juga kebiasannya adalah dalam bentuk soalan ‘open-ended’ yang berbentuk soalan yang menggunakan perkataan ‘bagaimana’, ‘kenapa’ dan ‘apakah’.
Justeru, setelah kita mengetahui apa itu temubual, maka mari kita huraikan persoalan yang pertama yang berkaitan dengan persediaan awal sebelum melakukan temubual dengan responden. Berikut adalah langkah-langkah atau persediaan awal yang terbaik yang dapat kita lakukan sebagai seorang pengkaji sejarah untuk menemubual seorang tokoh negara.
1) Tentukan dahulu tajuk, skop tajuk dan isu yang akan dikaji. Contohnya jika kita memilih tajuk berkaitan dengan sejarah kemerdekaan, pastikan responden tersebut adalah antara mereka yang teribat di dalam peristiwa tercapainya kemerdekaan tersebut. Setelah tajuk yang sesuai dipilih, maka lihat pula pada skop tajuk yang akan dibincangkan samada menjurus kepada skop rundingan bersama British, perjuangan menentang Jepun dan sebagainya serta isu-isu yang berkaitan. Seterusnya baharulah kita memilih responden yang sesuai untuk ditemubual.
2) Setelah memilih responden tersebut, selidik serba sedikit tentang latar belakangnya. Bagaimana penglibatannya pada tajuk yang dipilih serta kesahihan penglibatannya terhadap peristiwa sejarah yang kita kaji.
3) Pengkaji perlulah menyediakan set-set soalan yang akan digunakan. Set-set soalan sebolehnya berbentuk ‘open-ended’ dengan menggunakan perkataan seperti ‘bagaimana’, ‘kenapakah’ dan ‘apakah’. Lebih memudahkan sekiranya penemubual menyatakan jumlah masa yang akan diambil supaya responden boleh bersedia dengan soalan yang akan diajukan. Contohnya penemubual telah menetapkan dua jam untuk menemubual maka, responden mungkin lebih bersedia dengan soalan-soalan tersebut. Terdapat juga penemubual yang memberikan set-set soalan terlebih dahulu kep[ada responden supaya responden lebih bersedia dengan soalan yang diajukan.
4) Sediakan dan hantar surat rasmi kepada responden untuk menyatakan tujuan kajian serta meminta persetujuannya. Setelah persetujuan diterima, tetapkan tarikh temu janji untuk proses temubual. Temujanji ya ng dibuat mestilah mengikut kehendak responden supaya beliau lebih selesa dan tidak tertekan. Contohnya di pejabatnya atau di kawasan yang selesa dan kondusif. Seeloknya, sertakan sekali set soalan bersama surat temu janji agar responden dapat bersedia dan proses menemubual dapat berjalan dengan lancar.
5) Uji peralatan yang akan digunakan dan pastikan ianya berfungsi. Seeloknya sediakan pita rakaman lebih dari satu supaya jika berlaku kerosakkan ianya tidak mengganggu proses temubual.
6) Berlatih menemubual sebelum melakukan yang betul. Ini bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada penemubual.
7) Pastikan temujanji sehari atau dua hari sebelum temubual supaya responden tidak terlupa dan pada hari yang ditetapkan, peruntukkan masa yang secukupnya untuk tiba di tempat yang dijanjikan.
8) Jalankan temubual dan rakaman di tempat yang sesuai seperti di tempat sunyi atau di dalam pejabat dan pastikan responden memahami tujuan temubual dilakukan.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk menjalankan temubual untuk mengadakan sejarah lisan, terdapat banyak perkara yang perlu diberi perhatian seperti perkara-perkara yang disebutkan di atas. Persiapan awal yang baik dan terperinci akan membantu seseorang ahli sejarah menjalankan tugas menjalankan temubual dengan berkesan dan berhasil.



(B) Bincangkan etika yang harus ada pada diri anda ketika menjalankan temubual.
Kita telah pun mengetahui secara mendalam maksud temubual melalui soalan (a) di atas. Sebelum kita membincangkan etika yang perlu ada ketika proses temubual, mari kita lihat maksud etika itu sendiri. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dan sebagainya) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm mengamalkan ilmu perubatan masing-masing. beretika mempunyai etika atau berpegang pd etika: Amalan yg tidak ~ itu mesti dihentikan segera.
Menurut modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), etika dan kaedah penyelidikan adalah perkara penting yang dapat memberikan panduan kepada para penyelidik menghasilkan penyelidikan yang berkesan. Antaranya ialah mempelajari apakah kategori bukti yang ada, elemen yang kritikal yang membezakan mereka dan apakah maknanya kepada penyelidik.
Chuah Kim Hwa dalam Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 6, (2005), menyatakan,
“…Pada dasarnya, pengumpulan data adalah berkaitan dengan amalan saya dan ini bukan merupakan dilemma yang saya hadapi. Dilema timbul semasa saya mengumpul data tentang jawapan yang diberi oleh partisipan dan jelas kelihatan partisipan kursus tidak berasa selesa. Ada di kalangan peserta kursus yang bersikap defensive semasa tembual terutama sekali bila soalan yang ditanya itu berkaitan dengan jawapan yang mereka hasilkan tentang PT. Ini jelas dari segi nada suara, air muka serta ketidakselesaan yang ditunjukkan dari segi body language. Saya mendapati temubual tersebut telah menceroboh ruang partisipan dan akhirnya saya berputus untuk menerangkan kepada peserta kursus kenapa saya menanya soalan. Saya juga menceritakan tentang interpretasi saya atas jawapan yang mereka beri.’
Setelah kita memahami makna etika dan kegunaanya maka dapat kita bincangkan di sini antara etika-etika yang perlu ada ketika proses menemubual ialah antaranya temubual haruslah dilakukan dalam bentuk berhemah dan tidak berunsur paksaan. Perkara asas yang utama ialah meminta kebenaran sebelum melakukan proses temubual. Ini ialah etika yang pertama harus dilaksanakan dengan bentuk yang berhemah agar kerjasama yang maksimum dapat diperolehi.sebaik-baiknya meminta kebenaran secara bertulis agar kebenaran tersebut dapat disimpan sebagai rekod.
Perkara kedua ialah etika di dalam penggunaan nama responden. Sebelum memulakan kajian penulisan sejarah, kita perlu pastikan samada responden membenarkan kita menggunakan namanya yang sebenar atau nama samaran. Ini penting sebagai rekod dan kebiasaannya, sesebuah kajian yang dilakukan tidak menggunakan nama sebenar tetapi sekadar nama samaran atau wujudkan sistem kod nama mudah seperti Doktor A, doktor B dan sebagainya. Ini penting agar mengelakkan kita menjatuhkan air muka responden apabila berkaitan dengan isu-isu sensitif dan sebagainya.
Ketiga, ketika mengadakan sesi temubual, seeloknya penemubual mestilah berpakaian kemas serta tidak menjolok mata yang mampu mengundang rasa tidak selesa responden. Kemas bermaksud jika penemubual itu lelaki, maka sesuainya memakai kemeja, berseluar panjang dan berkasut. Bagi penemubual perempuan pula seeloknya memakai baju kurung atau blaus yang labuh dan sesuai. Elakkan memakai pakaian jeans dan kemeja berkolar bulat serta bagi yang perempuan pula, elakkan pakaian yang menjolok mata. Etika berpakaian ini penting bagi menunjukkan kepada responden bahawa penemubual adalah seorang yang professional serta melakukan kajiannya dengan bersungguh-sungguh.
Perkara keempat pula ialah etika di dalam mengajukan soalan kepada responden. Mulakan soalan dengan soalan yang mudah dan menyenangkan sebelum ke soalan yang lebih mendalam dan sukar. Seterusnya, seboleh-boleh, ajukan soalan menurut susunan logical. Eloakkan soalan-soalan yang bercampur aduk kerana ia akan membuatkan responden kurang selesa dan tidak dapat menjawab dengan jawapan yang dikehendaki. Selain itu, antara perkara-perkara lain yang patut dielakkan semasa mengajukan soalan ialah ;
1. Elakkan munggunakan soalan yang panjang. Ini kerana akibat terlalu panjang ianya mungkin akan mengelirukan responden.
2. Kurangkan penggunaan ayat majmuk. Lebih sesuai jika ayat soalan tersebut dipecahkan kepada dua agar lebih mudah difahami.
3. Elakkkan menggunakan soalan yang mempunyai andaian tertentu (leading questions) contohnya: “Kenapa anda suka……”. Ini kerana ia mampu membuatkan responden kurang selesa dan memberikan jaawapan yang kabur.
4. Elakkan menggunakan soalan yang bias tanpa disedari. Seringkali soalan seperti ini akan melibatkan bias dari segi jantina.
5. Mulakan soalan dengan mudah seperti secara ringkas berkaitan biografi. Berhati-hati apabila mahu menyoal soalan berbentuk peribadi dan emosional. Jangan memulakan sesi temubual dengan menyoal soalan-soalan berbentuk ‘mengejutkan’.

Seterusnya, etika yang sesuai dapat diaplikasikan ialah dengan kebijaksanaan menggunakan Probes dan Prompts. Probes (siasatan) dapat digunakan apabila untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu perkara atau fakta. Contohnya, “Ada apa-apa yang anda perlu tambah berkenaan hal ini?” Prompts (galakan) pula digunakan apabila penemubual ingin member galakan serta membantu ingatan responden mengingati sesuatu fakta atau nama. Contoh penggunaan Prompt ialah “Ya, teruskan”, “Ya, saya faham”, dan sebagainya.
Seterusnya, antara etika-etika lain yang perlu ada ketika menjalankan sesi temubual ialah dengan memastikan hanya satu soalan ditanya pada satu-satu masa. Berikanlah masa yang secukupnya kepada responden untuk menjawab soalan yang diajukan. Selain itu, jadilah pendengar yang baik. Jangan menunjukkan bahasa badan (body language) yang tidak selesa seperti memandang kearah lain, mengetuk-ngetuk meja, menguap dan sebagainya. Gunakanlah bahasa badan yang sesuai seperti memandang kepada responden, mengangguk dan tersenyum bagi menggalakkan dan memberikan gambaran anda berminat.
Menurut modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), menyatakan beberapa etika yang sesuai digunakan ketika melakukan sesi temubual. Antaranya ialah;
1. Jika perlu, gunakan percakapan yang boleh menggalakkan sesi temubual seperti ‘Maklumat ini amat berguna” atau “Ianya sungguh menarik”. Bagaimanapun perlulah berhati-hati agar tidak mencelah dengan menggunakan bahasa-bahasa seperti “uh-huh”, atau sebagainya ketika responden sedang bercakap.
2. Tanyakan contoh yang terperinci jika responden member kenyataan umum yang mana perlu dijelaskan dengan lebih jelas seperti mengggunakan perkataan atau ayat seperti “Maaf, saya tidak faham, bolehkah diterangkan dengan lebih lanjut?”
3. Selitkan beberapa soalan mudah ( Cool of Period) untuk mengurangkan tekanan.
4. Sebagai penutup jangan lupa ucapkan terima kasih.

Kesimpulannya, etika ketika menjalankan sesi temubual amat penting bagi menggambarkan kesungguhan pengkaji atau penemubual pada kaca mata responden. Dengan menerapkan etika yang bertepatan, responden pastinya akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada penemubual. Selain itu, ia juga mampu membantu responden untuk memberikanm jawapan yang diingini serta menyakinkan responden dengan keupayaan mereka yang menemubualnya. Etika yang baik amat penting bagi mewujudkan suasana yang selesa kepada responden serta membantu belia mengingat perkara-perkara serta fakta penting.
Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa segala perbincangan berkaitan dengan etika di atas adalah bertujun membantu penemubual untuk mendapatkan kajian lisan dengan lebih mudah, tepat dan betul. Berurusan dengan manusia adalah berbeza apabila berurusan dengan benda bukan manusia seperti mesin dan haiwan. Etika yang baik melambangkan keperibadian penemubual seterusnya memperlihatkan kesungguhannya di dalam melakukan sesi temubual serta melaksanakan kajian sejarah lisannya.

















( C ) Huraikan bagaimana anda mengenalpasti keaslian sejarah lisan yang telah anda laksanakan.

UKM, Pusat Kajian Sejarah Lisan (2007), menyatakan Sejarah lisan adalah satu kaedah di mana kenang-kenangan seseorang tokoh yang dirakamkan secara temubual. Tokoh-tokoh yang dipilih biasanya terdiri daripada mereka yang dapat menyumbang maklumat bersejarah dari penglibatan dan pengalaman diri mereka sendiri, atau oleh kerana perhubungan mereka secara langsung dengan watak, masa atau peristiwa tertentu. Maklumat yang diperolehi dari temubual tersebut kemudiannya disalin dan salinan itu selepas disemak dan ditaip dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan penyelidikan.
Objektif dokumentasi sejarah lisan adalah untuk menghasilkan suatu dokumen lisan dari keterangan proto, keterangan saksimata atau tradisi lisan dalam bentuk rakaman atau transkrip. Tugas penemubual adalah membantu seseorang itu membuat penuturan dan analisis yang sebaik mungkin tentang peranan penting seseorang dalam tajuk yang dikaji. Objektif ini boleh dicapai melalui lima langkah utama:
a) Mengatur temubual dengan baik
b) Persediaan yang baik untuk temubual
c) Merakamkan temubual dengan baik
d) Menggunakan teknik temubual yang baik
e) Memproses rakaman mengikut kaedah yang tertentu.

Modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), menyatakan bahawa asas penting adalah kerana sejarah lisan bergantung kepada sumber yang diberikan oleh manusia, membolehkan kita mengimbau kembali cerita yang disampaikan. Sejarah lisan berasaskan percakapan dan bukannya sumber bertulis dan berpotensi menjadikan peristiwa itu berkembang. Walaupun dalam keadaan ketiadaaan dokumen bertulis, kumpulan seperti wanitas, minoriti dan yang tidak terkenal akan berusaha mencatatkan sejarah mereka dan sejarah yang mereka anggap penting. Sejarah tidak bermakna ia penting kepada kumpulan yang berkuasa, terkenal, kaya dan terpelajar sahaja. Sejarah itu mencatatkan peristiwa yang berlaku kepada masyarakat secara menyeluruh. Malahan ia sebenarnya dapat memberikan kita maklumat dan juga gambaran masa lampau dengan lebih tepat.
Menurut Bimo Adriawan (2010) di dalam penulisannya, terdapat empat tahap untuk mengenalpasti keaslian sesuatu penulisan sejarah lisan. Tahap yang pertama ialah tahap Heuristik (pencarian sumber). Tahap ini merupakan tahap pertama yang harus dilakukan dalam merekod masa lampau. Sumber-sumber itu tidak datang dengan sendirinya oleh itu, sumber harus dicari dan dikumpulkan. Ketika kita harus melakukan pencarian sumber, dalam pencarian sumber perlu diketahui mengenai jenis-jenis sumber. Sumber dapat dibahagi kepada dua bahagian iaitu sumber bertulis (dokumen, transkrip, surat, buku, Al-Quran), sumber benda (foto, makam, masjid), dan sumber lisan. Berdasarkan asal-usulnya, sumber dapat dibahagi menjadi tiga (dua yang utama), iaitu sumber primer (pelaku, saksi), sumber sekunder (orang yang tidak sezaman dengan peristiwa), dan sumber tersier (karya ilmiah). Berdasarkan sumber yang telah diperolehi, maka keaslian sejarah lisan tersebut dapat dikekalkan. Berdasarkan sumber yang diperolehi juga menunjukkan bahawa sejarah lisan tersebut adalah benar seperti yang diceritakan oleh responden.
Tahap yang kedua ialah Kritikan iaitu melihat kepada material sumber tersebut apakah sesuai dengan zamannya atau tidak, jika sesuai maka sumber tersebut kemungkinan besar merupakan sumber asli. Contohnya, jika sumber yang diperolehi tersebut adalah sesuai seperti barangan peninggalan sejarah yang terdapat di sesuatu tempat ataupun muzium, nama tempat yang betul dan sebagainya, maka dapatlah dikatakan bahawa kajian sejarah lisan tersebut adalah asli. Selain itu, kredibiliti pencerita juga perlu dinilai dan dilihat pada keseluruhan aspek. Pengkaji juga perlu melakukan triangulasi iaitu menemubual teman atau rakan kepada responden untuk mendapatkan kesahihan sumber dan fakta yang diberikan oleh responden. Jika temubual triangulasi ini menunjukkan kebenaran segala penceritaan yang disampaikan oleh responden pertama maka, kemungkinan besar sejarah lisan tersebut adalah asli.
Bimo Adriawan(2010) juga menyatakan tahap yang ketiga ialah interprestasi. Ianya merujuk kepada kronologi penceritaan sejarah lisan tersebut. Jika penceritaan yang disampaikan sememangya mengikut susunan kronologi dan bertepatan dengan peristiwa, maka sudah pasti peratus keaslian sejarah lisan tersebut adalah tinggi. Keaslian sesebuah sejarah lisan mungkin sedikit kabur jika susunan ceritanya tidak mengikut kronologi serta berterabur. Ini kebiasaannya akan mengelirukan fakta dan kesahihan cerita tersebut boleh dipertikaikan.
Tahap yang keempat menurut Bimo Adriawan ialah tahap historiografi. Pada peringkat ini ialah peringkat kepada penulisan sejarah lisan tersebut. Penulisan yang baik yang mempunyai fakta sejarah yang berkaitan, susunan peristiwa yang tepat dan berkaitan serta rujukan sumber yang boleh diterima memainkan peranan di dalam menerima karya tersebut sebagai asli. Sumber-sumber yang telah didapati merupakan sumber yang berkaitan dan mempunyai kekuatan di dalam menerangkan keaslian cerita tersebut. Maka secara keseluruhan dapat dikatakan jika sesebuah kajian sejarah lisan melalui keempat tahap ini maka dapatlah dikatakan bahawa kajian sejarah lisan tersebut adalah asli.
Menurut Modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), ahli sejarah bersetuju bagi menentukan ketepatan sumber maka bebarapa ujian atau ukuran perlu dilakukan. Sumber-sember akan dinilai dari empat perkara umum iaitu:
1) Aspek Biaografi. Nama-nama mereka yang terlibat akan diuji untuk memastikan adakah mereka benar-benar terlibat di dalam peristiwa tersebut. Sumber yang digunakan merupakan sumber yang berautoriti dalam sesuatu peristiwa yang dikaji. Ini bermaksud sumber yang terlibat adalah benar-benar berada pada peristiwa tersebut dan bukannya mendengar dari pihak lain. Selain itu, ujian juga penting di dalam menentukan rekod yang digunakan adalh merupakan rekod-rekod tulen yang mencatatkan peristiwa yang berkaitan.
2) Aspek Geografi. Ianya bertujuan menguji mengenai tempat berlakunya peristiwa yang ingin dikaji. Catatan sumber atau sumber yang dikaji mestilah merujuk kepada tempat yang benar-benar terlibat. Contohnya cerita raja bersiong yang mana tempatnya masih wujud di negeri Kedah di daerah Baling yang terdapat sebuah tempat yang bernama Siong. Catatan hikayat Merong Mahawangsa ada menceritakan sebahagian kawasan ini di mana kerajaan Merong Mahawangsa yang berasal di Kedah terdapat rajanya yang bersiong.
3) Aspek Kronologi. Ia juga memainkan peranan penting di dalam menentukan ketepatan sesebuah sumber. Seperti pendapat Bimo Adriawan, di dalam modul ini juga tempoh peristiwa mengikut kronologi dapat membantu sesebuah cerita itu adalah asli taupun bukan.
4) Aspek fungsional. Ia merujuk kepada sumber yang digunakan haruslah telah berfungsi pada ketika sesuatu peristiwa itu dikaji. Contohnya, apabila kita mengkaji dasar perang kerajaan British ketika Perang Dunia Kedua, sumber yang berfungsi sebenarnya ialah yang dikelarkan oleh Kabinet Britain dan jabatan-jabatan yang terlibat di bawahnya. Sumber selain itu dianggap tidak relevan.

Kesimpulannya, adalah amat penting untuk seseorang pengkaji mengambil langkah – langkah yang teliti sebelum memulakan kajian agar ianya adalah asli. Keaslian sesebuah karya sejarah lisan amat penting untuk dijadikan sejarah pada negara kita. Oleh itu semangnya bukan mudah untuk menulis sesebuah sejarah lisan. Pihak pengkaji haruslah mengambil semua faktor yang diterangkan di atas agar keaslian kajian sejarah lisannya terjamin dan diterima.





















KESIMPULAN
Akhirnya dapat disimpulkan di sini bahawa setelah saya menyiapkan tugasan ini, ianya banyak memberi pengetahuan yang baru kepada saya. Pertamanya, melalui tugasan ini, saya telah mempelaji cara-cara persiapan awal untuk menjalankan sesebuah temubual. Persiapan yang teliti dan terperinci dari awal banyak membantu pera penemubual untuk melaksanakan sesi temubual dengan jayanya. Persediaan yang rapi dan awal sedikit sebanyak membantu kedua belah pihak untuk melakukan proses temubual dengan lancar.
Kedua, melalui tugasaan ini juga banyak memberi pengetahuan kepada saya berkaitan dengan etika – etika yang perlu diamalkan ketika melakukan sesi temubual. Selain persediaan awal, etika ketika menemubual amat penting untuk mendapatkan mood responden serta kerjasama yang maksimum lantas proses tersebut akan menjadi lancar. Pasti untuk elakkan perkara-perkara negatif ketika temubual kerana ini akan mengundang rasa kurang selesa kepada responden. Amalkan etika yang terbaik dan positif di dalam melaksanakan sesebuah temubual.
Akhir sekali, sesebuah karya sejarah lisan adalah amat penting untuk diketahui keasliannya. Untuk mengetahui keaslian sesebuah sejarah lisan, terdapat beberapa aspek yang dinilai dan tahap yang perlu dilakukan oleh pengkaji. Apabila sumber-sumber sejarah lisan tersebut telah dinilai melalui empat aspek utama diikuti dengan pelaksaan tahap yang telah diterangkan di atas, maka dapatlah dikatakan bahawa sejaran lisan tersebut adalah asli. Sesungguhnya bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai, ibarat pepatah Melayu; Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Prinsip FITT

Prinsip FITT merujuk kepada prinsip – prinsip asas senaman. Sebelum kita meneruskan pengetahuan lebih lanjut tentang prinsip FITT, kita perlu ketahui dahulu apa itu senaman. Menurut Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat : 73 (2008), ada menyatakan bahawa senaman merupakan satu aktiviti fizikal yang dirancang, pergerakan struktur oleh badan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Ia dilakukan oleh individu ataupun berkumpulan secara kerap selama 20 hingga 60 minit sehari, sekurang – kurangnya tiga hingga lima kali seminggu. Contoh aktiviti senaman yang biasa dilakukan adalah seperti berlari, berjalan, berenang, berkayak dan berbasikal. Aktiviti senaman seperti ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur, jantina mahupun taraf kedudukan.
K. Pathmanathan (2007) dalam Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008) ada menakrifkan senaman sebagai salah satu daripada aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan. Setelah kita mengetahui apa itu senaman maka dapat dirumuskan bahawa senaman merupakan sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tetapi dengan secara kerap, tetap dan memberi pulangan yang berfaedah kepada pelaksananya.
Antara prinsip – prinsip asas senaman yang paling terkenal ialah prinsip asas senaman FITT. Apa itu FITT? Ia merujuk kepada :
F : Frequency atau kekerapan senaman.
I : Intensity atau bebanan
T : Time atau merujuk kepada masa senaman
T : Type merujuk kepada jenis senaman yang dilakukan.
Setelah kita mengetahui makna perkataan FITT maka dapatlah kita kupaskan satu persatu agar lebih dapat difahami. Merujuk kepada Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008), Senaman hendaklah dilakukan dengan konsisten. Jumlah hari melakukan senaman boleh dijadikan ukuran kekerapan. Kebanyakkan komponen kecergasan memerlukan sesuatu aktiviti dijalankan sekurang – kurangnya 3-5 kali seminggu pada intensiti yang cukup. Ini bermakna untuk mengkalkan kecergasan, sesorang itu perlu melakukan senaman secara konsisten dalam masa seminggu. Dengan cara ini ia dapat memberi kesan kepada tahap kecergasan seseorang berbanding melakukan aktiviti senaman yang hanya acap kali walaupun melakukan senaman yang berat. Untuk mengira latihan bagi pemain bola sepak, latihan kecergasan amatlah perlu bagi mengekalkan stamina agar dapat memberi tenaga yang maksimum sehingga 90 minit pada setiap perlawanan. Maka adalah perlu bagi seorang pemain bola sepak untuk turun ke padang seeloknya setiap hari bagi mengekalkan kecergasannya.






Gambar 1: Aktiviti Larian
Sumber : http://kusandriadi27.wordpress.com
Prinsip FITT yang kedua ialah Intensity atau bebanan. Ia merujuk kepada tahap senaman yang dilakukan samada senaman tersebut cukup lasak di mana ianya melebihi kadar biasa atau tidak untuk mencapai kecergasan yang sebenar. Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008), sekali lagi ada menyatakan bahawa kelenturan atau kelembutan memerlukanotot diregangkan melebihi had biasa. Kecergasan jantung juga memerlukan senaman yang dapat meningkatkan kadar nadi melebihi kadar nadi normal. Kadar nadi maksimum yang perlu dicapai adalah 60%-80%. Dengan kata lain. Sebelum melakukan senaman, seseorang itu perlulah memilih dan mengetahui bebanan atau kemampuan tahap senaman itu samada memadai, kurang atau melebihi tahap yang dikehendaki untuk mencapai tahap kecergasan yang maksimum. Individu tersebut perlulah memilih senaman yang sesuai dengan tahap maksimum kecergasannya agar tidak mengundang keadaan yang tidak diingin seperti kecederaan otot dan sebagainya. Sebagai seorang pemain bola sepak, pemilihan bebanan amat penting, ia perlu mengikut keseuai tahap senaman agar yidak berlaku kecederaan terutama pada otot kaki sewaktu melakukan senaman. Joging dan lari ulang alik adalah senaman ringan yang wajib dilakukan, namun adalah juga perlu melakukan senaman berat bagi mengimbangi dan membina fizikal yang sesuai sebagai seorang pemain bola sepak.







Gambar 2: Bebanan
Sumber : http://www.infosihat.gov.my
Prinsip FITT yang seterusnya ialah merujuk kepada Time atau masa senaman. Masa senaman perlulah dilakukan dengan keadaan dan cara yang sesuai. Untuk sesuatu sesi senaman yang baik masa yang disarankan adalah 20 minit tidak termasuk aktiviti memanas dan menyejukkan badan sebelum dan selepas melakukan aktiviti senaman. Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008), menyatakan, pada amnya, masa bersenam bergantung kepada intensiti atau bebanan. Jika senaman yang mempunyai bebanan yang rendah, ia memerlukan masa yang lebih panjang. Contoh senanaman intensiti rendah ialah berjoging atau berjalan. Untuk mencapai masa yang sesuai, senaman jenis ini perlu dilakukan dengan mengambil masa yang lebih panjang. Jika hanya 5 minit sahaja kita berjoging, ia tidak memberi makna apa apa pada tahap kecergasan kita. Berbanding pula dengan aktiviti senaman berintensiti tinggi seperti mengangkat berat atau sebagainya, memadai dengan masa yang lebih pendek kerana bebanan yang melebihi kadar biasa. Jelas di sini, masa senaman memainkan peranan penting di dalam kita mengekalkan kecergasan badan kita. Kebiasaan masa tidak diambil berat oleh sesetengah individu. Senaman hanya mengeluarkan peluh dan apabila penat terus berhenti. Penting juga masa yang sesuai untuk senaman ialah kebiasaannya pada waktu pagi dan petang adalah lebih sesuai berbanding waktu tengahari. Bagi latihan kepada pemain bola sepak, sebaik baiknya adalah waktu pagi dan petang. Namun bagi seorang pelajar sekolah seeloknya waktu petang sahaja. Adakan aktiviti memanaskan badan antara 3-5 minit, mulakan latihan dengan larian lima pusingan padang dan seterusnya latihan asas menyepak dan mengawal bola yang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Seterusnya membuat latihan taktikal seperti menyerang dan pertahanan. Akhirnya 3-5 minit diperlukan untuk menyejukkan badan. Ini adalah contoh biasa waktu latihan bagi sebuah pasukan bola sepak di sekolah rendah.






Gambar 3: Masa Senaman
Sumber : http://ismadhl.wordpress.com
Prinsip FITT yang terakhir merujuk kepada Type atau jenis senaman. Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008), ada menyatakan bahawa sesuatu jenis senaman harus dilakukan mengikut komponen kecergasan yang berbeza. Pilihlah aktiviti mengikut keupayaan dan minat serta pelbagaikan senaman yang dilakukan. Sebaiknya lakukan senaman bercorak aerobik, berbasikal, berenang, berjalan pantas, berjoging atau aktiviti yang menggunakan banyak pergerakan. Jenis senaman mestilah sesuai dengan tahap kecergasan yang diingini. Bagi seorang pemain bolah sepak, selain kecergasan stamina, senaman menguatkan oto kaki amatlah penting bagi memberi kekuatan sepenuhnya ketika bermain bola sepak. Antara contoh senaman bagi pemain bola sepak ialah larian dan latihan sepakan.







Gambar 4: Jenis Senaman
Sumber : http://www.pkukmweb.ukm.my
Kesimpulannya, prinsip asas senaman ini amat penting kita ketahui kerana ianya memberi impak kepada senaman yang kita lakukan. Perancangan amat penting dilakukan agae segala aktiviti senaman yang kita lakukan dapat memberi kesan yang maksimun kepada kecergasan yang kita ingini serta tidak membazirkan masa kita. Sebagai seorang jurulatih bola sepak amatlah penting bagi seorang guru untuk merancang dan menggunakan prinsip FITT ini pada latihan yang dijalankan kepada pemain bolasepaknya.

Thursday, November 18, 2010

Idul Adha


semalam adalah hari yang besar dalam kalender Islam iaitu hari ke 10 Zulhijjah yang menandakan umat islam menyambut hari raya korban. TAhun ni raya ku diperantauan.. hehehe biasa lee.. sekiaan lama hari raya haji jatuh dalam cuti sekolah namun pada tahun ini ianya jatu dipenghujung minggu terakhir persekolahan.. sekolah isteriku memang bercuti terus namun sekolah aku cuma cuti sehari sahaja.. maka tahun ni aku raya kat Klang,,... hehehe.. apa pun bangun pepagi pegi masjid sembahyang sunat aidil adha.. ok laaa,,,.. masji buat korban pada hari sabtu nnt. balik rumah lepak je.. raya kat sini langsung tak rasa apa2.. hahaha bebudak pun tak mai ruma.. naufal ngan aiman lepak jee.. tak tau nak buat apa.. last2 layan cerita The Gladiator Extended Uncut... boleh laa.. last2 jam 1.00 onn chak ngan nabil nak mai rumah.,..wife terus goreng bihun.. layannn... petang je hujan lebat.. sooo buat taik mata laaa... hehehehe... malam sambung habiskan assignment................................
(gambar yang tiada kaitan... hehehehe)

Sunday, November 14, 2010

Melepak kat rumah


saja aku tulis melepak.. yang sebenarnya keja belambak nak buat tapi dok rilek lagi... assignment saja ada 3.. baru sentuh satu tu pun tak siap lagi... adoiii... esok dah dekat2 baru kelam kabut nak buat.. hari ni cam biasa ..rilek je kat rumah jaga anak sebab bini ada kelas oum.. tak pa laaa.. nak buat camna.. cuma petang tadi ke Plaza Alam Sentral.. beli charger laptop aku ni.. dah kong semalam.. ok laa RM199.. yang penting charger yang rosak.. aku risau gak takut2 laptop ni yang rosak.. alhamdulillah... tak la mahai sangat... esok plak nak kena bagi kursus powerpoint kat cikgu2 sekolah menengah pulak... adooiii apa pun tak prepare lagi....

Wednesday, September 08, 2010

idul Fitri 1431H


pejam celik pejam celik danh tinggal lagi sehari lagi nak berpuasa untuk tahun 1431H ni.. sediah gembira bercampur baur.. sedih dengan kepemergiannya bulan yang penuh berkat .. gembiranya apabila dah tamat sebulan berpuasa dan disunatkan kita bergembira menandakan kemenangan kita di dalam melawan hawa nafsu.. semoga amalan yang dilakukan sepanjang ramadhan kali ini diterimaNya.. amin..

Thursday, August 12, 2010

Second day berpuasa


hmm letih gak hari ni.. namun itulah dugaan berpuasa...alah bisa tegal biasa cuma belom lagi nak ajar Aiman berpuasa.. biarlah.. 2 tahun lagi ok laa.. hari ni tanya boss sbb nak daftar aiman masuk prasekolah tahun depan.. hmm dah besar rupanya aiman ni.. semoga menjadi pelajar dan insan yang cemerlang.. amin..

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa


Nak ucap kepada semua rerakan dan taulan selamat menjalani ibadah puasa.. semoga ibadat kita dentida diterima oleh Allah.. Rasanya dah lama tak masuk sini kerana dunia kini telah dilanda demam FaceBook. maka, teknologi blog kini dah agak jauh kebelakang.. nak buat camna.. namun aku mengambil langkah untuk tersu juga menulis disini biarpun setahun hanya sekali.. hehehe

Saturday, February 13, 2010

Lamanya....


Rasanya agak lama aku tak masuk sini..dah beralih tahun dah.. hehehe bukan apa..tak dan. dok layan face book ja..sampai sini pun tak masuk. apapun tahun dah beralih, anak pun dah bertambah. hehehe tak sempat nak update kat sini.. apapun mengharapkan permulaan ynag baik untuk tahun 2010 ni.. amin.