Pengenalan
Negara Malaysia merupakan sebuah negara
yang mempunyai berbilang kaum yang tinggal di dalamnya. Rakyatnya hidup harmoni
dan sejahtera. Terdapat tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Namun
masih terdapat kaum – kaum lain yang tinggal di Malaysia terutamanya etnik – etnik
lain atau lebih deknali sebagai kaum bumiputera. Terdapat kira kira 80 kaum
etnik yang menetap di Malaysia
terutama di Sarawak dan Sabah.
Di kawasan Malaysia Barat, kaum
etnik di sini lebih dikenali sebagai kaum orang Asli. Orang asli atau penduduk
pribumi biasanya merujuk kepada masyarakat asal yang terdapat dalam sesebuah
negara. Merujuk kepada laman web
Wikipedia di http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_asli,
Orang asli ditakrifkan sebagai masyarakat
pribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat.
Mereka juga telah mendiami sesuatu tempat itu sama ada sebelum ia dijajah atau
diilhak, bersama – sama dengan kumpulan budaya lain semasa pembentukan negara
bangsa, sebahagian besarnya terasing dari pengaruh pemerintahan sebuah negara,
masih mengekalkan sebahagiam ciri – ciri linguistik, budaya dan masyarakat yang
brbeza, dan dengan itu kekal berbeza sedikit sebanyak daripada penduduk di
sekita dan budaya dominant negara tersebut.
Terdapat kira – kira 140000 orang
asli di Malaysia.
Kebanyakan orang asli ni bertumpu di kawan semenanjung Malaysia.
Terdapat tiga kumpulan utama orang asli di Malaysia iaitu :
- Orang asli Negrito
- Orang asli Senoi
- Orang asli pribumi
Melalui ketiga – tiga kumpulan ini
terdapat pula pecahan masing masing antaranya :
- Negrito
- Kensiu
- Lanoh
- Mendriq
- Kintak
- Bateq
- Jahai
- Senoi
- Semai
- Temiar
- Mahmeri
- Che wong
- Jah Hut
- Semoq Beri
- Melayu Proto
- Jakun
- Orang Kuala
- Kanaq
- Temuan
- Orang Seletar
- Semelai
Inilah antara senarai kaum orang asli
yang terdapat di dalam negara Malaysia. Di Malaysia juga terdapat sebuah
jabatan yang menguruskan hal ehwal orang asli iaitu dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
yang beralamat di Jalan Ampang, Kuala
Lumpur.
Di
sini, kebajikan orang asli di Malaysia dijaga. Mereka juga menyediakan berbagai
jenis program kepada orang asli. Antara objektif di jabatan ini ialah:
·
Membasmi
kemiskinan di kalangan Orang Asli menjelang tahun 2020.
·
Mengurangkan
jurang perbezaan pendapaan, pendidikan, kesihatan dan akses kepada kemudahan –
kemudahan asas antara Orang Asli dan masyarakat umum di Malaysia.
·
Meningkatkan
keupayaan, keyakinan diri, ketabahan, ketrampilan dan imej, disiplin, daya tahan
dan daya saing masyarakat Orang Asli serta menghapuskan segala bentuk pandangan
dan tanggapan negatif serta penyisihan oleh masyarakat umum ke atas masyarakat
Orang Asli.
·
Meningkatkan
tahap kesihatan Orang Asli dan menghapuskan segala jenis penyakit berjangkit.
Dapat disimpulkan di sini sebagai
rumusan pengenalan bahawa kaum Orang Asli merupakan kumpulan minoriti yang
ketinggalan di negara ini berbanding dengan kumpulan kaum yang lain. Kebanyakan
mereka tinggal di kawasan hutan dan serba kekurangan terutama dari segi
teknologi namun usaha kerajaan kini membela nasib mereka melalui Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli yang ditubuhkan sedikit banyak dapat membantu mereka menikmati
arus kemodenan negara kita malah terdapat juga anak Orang Asli yang menjejakkan
kaki di menara gading.
Sejarah
Asal Usul
Dipercayai bahawa Orang Asli berasal
daripada golongan Austronesia di Yunan. Mereka berpindah pada Zaman Batu Baru
(2500 sebelum Masihi) ke Asia Tenggara. Kumpulan yang pertama berhijrah ini
dikenali sebagai Melayu Proto. Melalui kumpulan tersebut telah berpecah kepada
tiga kaum kumpulan iaitu kaum Senoi, Negrito dan Melayu Proto.

Gambar 1.1 : Carta Alir Asal Usul Orang Asli
Sumber: Nik Safiah Karim, http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
Ketiga – tiga kumpulan utama ini
dibezakan melalui bahasa kebudayaan dan fizikal. Kebiasaan sesebuah penempatan
kumpulan kecil Orang Asli terdiri
daripada 10 hingga 50 kelamin. Kehidupan mereka sering berpindah randah dan
tinggal di dalam hutan belantara dan tanah tinggi di antara 2,000 hingga 6,000
kaki dari aras laut, namun kini, terdapat 80 hingga 90 peratus yang sudah
menetap tetap di kampung – kampung. Kajian saya kali ini adalah tertumpu kepada
suku kaum Temiar yang tergolong di dalam rumpun kaum Senoi.
Apakah asal usul kaum Temiar ini? Kaum
temiar tergolong di dalam suku kaum orang asli Senoi. Kebiasaannya mereka
tinggal di lereng – lereng bukit terutamanya di banjaran Titiwangsa, di negeri
Perak, kelantan dan Pahang. Orang Temiar adalah antara masyarakat pribumi yang
terawal mendiami negara Malaysia
ini. Mereka tinggal di hutan – hutan terutama di kawasan lereng – lereng bukit.
Makanan mereka ialah hasil cucuk tanam dan hasil buruan.

Gambar
1.2 Kawasan Suku kaum Senoi
Sumber
: www.jheoa.gov.my
Suku kaum Temiar tidak membuat
penempatan di kawasan berair iaitu kawasan takungan air kerana ditakuti
berpenunggu begitu juga di kawasan air terjun dan sungai besar kerana ditakuti
puteri sungai akan menggangu. Kebanyakkan kaum Temiar di Malaysia terdapat di
negeri Kelantan, Perak, selangor dan Pahang.
Persekitaran Fizikal
Persekitaran
fizikal dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu persekitaran fizikal
penempatan suku kaum Orang Asli dan persekitaran fizikal merujuk kepada tubuh
badan mereka. Kita lihata pada aspek yang pertama, oleh kerana kita tahu bahawa
Orang Asli gemar hidup di hutan dan suka berpindah – randah, maka struktur penempatan
mereka adalah kepada yang mudah diubah. Mereka juga gemar mendirikan penempatan
mereka di lereng – lereng bukit agar mudah untuk bercucuk tanam.

Gambar 1.3 : Kampung Orang Asli
Kampung Orang asli biasanya wujud
secara tidak terancang yang mempunyai identiti tersendiri. Kebiasaanya ia jauh
di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi oleh sistem pengangkutan. Lazimnya,
kampung ini terletak di kawasan yang berdekatan dengan sungai-sungai dan bukit
bukau.
Corak petempatan adalah berselerak
mengikut suku kaum dan terdapat juga penduduk orang asli yang hidup secara
berpindah randah. Ini menyebabkan petempatan tidak statik pada sesuatu kawasan
sahaja dan menyukarkan orang asli membentuk corak petempatan yang jelas.
Aktiviti pekerjaan seharian adalah untuk sara diri sahaja seperti pertanian,
mencari hasil hutan, memburu dan menangkap ikan. (sumber : Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa, Unit7,2006)
Bagi suku kaum Temiar pula,
pemilihan penempatan mereka adalah ditentukan oleh Penghulu kaum tersebut.
Mereka akan melakukan upacara ‘Berhalaq’ iaitu jampi atau mimpi. Mimpi
bermaksud jika penghulu mereka bermimpi berpindah ke kawasan lain maka mereka
semuanya akan berpindah menurut firasat mimpi tersebut. Selain itu, tempat tersebur mestilah tidak di
kawasan perkuburan dan bebas daripada kawasan yang mempunyai kayu ‘merbau’.
Seperti yang diterangkan di atas, suku Temiar tidak akan membuat penepatan di
kawasan takungan air dan berpaya kerana ditakuti kawasan itu berpenunggu.
Mereka membina rumah daripada kayu
secara bergotong – royong. Pada peringkat permulaan, mereka akan membina rumah
panjang yang boleh didiami sebahagian kaum mereka. Setelah beberapa lama
tinggal di rumah tersebut, keluarga masing – masing akan keluar dan membina
rumah masing – masing tidak jauh dari kawasan rumah panjang tersebut.

Gambar 1.4: Rumah Kaum Temiar
Sumber : http://www.temiar.com/assam.html
Suku
kaum Temiar menyara keluarga mereka dengan bercucuk tanam dan mencari tumbuh –
tumbuhan di hutan.

Gambar
1.5 :
Kaum Temiar di Kelantan
Sumber : http://www.temiar.com/temiar.html

Sistem
Sosial
Kehidupan sosial Orang Asli hanya
tertumpu kepada kaum mereka sahaja kerana mereka lebih suka hidup di dalam
kawasan mereka sahaja. Lagi pun, kawasan penempatan mereka terletak jauh ke
pedalaman, ini menyukarkan untuk mereka bergaul dengan masyarakat lain. Secara
umumnya, Orang Asli tidak mempunyai agama iaitu fahaman ananisme. Namun
terdapat juga yang telah menganut agama Islam atau Kritian. Namun begitu, mereka
masih lagi kuat dengan pantang larang nenek moyang mereka dari segi cara berhubung dengan manusia dan alam. Masih lagi
terdapat penyembahan atau ‘semahan’ yang dilakukan untuk menghalau mahkluk
halus.
Seperti juga dengan suku kaum
Temiar, kehidupan sosial mereka hanya tertumpu di dalam lingkungan masyarakat
mereka sahaja. Dari segi fahaman agama dan cara berpakaian, masih lagi mengikut
turunan nenek moyang mereka. Dari segi perkahwinan pula, mereka hanya berkahwin
sesama kaum mereka sahaja. Begitu juga dari aspek pendidikan, kaum Temiar
kurang mendapat pendidikan yang secukupnya.
Namun kini, Jabatan hal Ehwal Orang
Asli telah melakukan berbagai kebajikan untuk memberikan kehidupan sosial yang
lebih baik kepada kaum Orang Asli. Program Penempatan Semula dan Program
Penyusunan Semula Kampung (PSK) telah diperkenalkan di dalam Rancangan Malaysia
ke-7 telah digariskan bagi bertujuan menyusun semula kampung – kampung orang
Asli yang sedia ada agar dapat disalurkan segala kemudahan asas untuk mempertingkatkan
kualiti hidup mereka.
Kementerian Pendidikan juga telah
memainkan peranan di dalam memberikan pendidikan kepada kaum Orang Asli.
Terdapat 5 buah asrama telah dibina dan diserahkan kepada JHEOA untuk digunakan
oleh anak – anak orang asli bersekolah. Selain itu, mereka juga dibekalkan
dengan segala peralatan pendidikan dengan secara percuma.
Sistem Ekonomi
Secara umumnya sumber pendapatan
Orang Asli adalah berlandaskan kepada persekitaran sekeliling mereka iaitu
pertanian sara diri, berburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan.
Sehingga kini ada diantara kaum Orang Asli yang masih mengamalkan sistem barter
iaitu pertukaran barang dengan barang namun jumlahnya hanya sedikit. Kini Orang
Asli telah juga tahu untuk menggunakan wang untuk membeli barang – barang.
Orang Temiar terkenal dengan hasil
cucuk tanam dan hasil hutan. Mereka menanam padi huma atau padi bukit di
kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu mereka juga terkenal dengan
kepandaian mencari hasil – hasil hutan contohnya seperti rotan, buluh, kayu
cendana, damar dan akar kayu. Hasil – hasil makanan hutan seperti petai,
kerdas, jering dan madu juga adalah antara punca pendapatan mereka.

Gambar : 1.6:
Kawasan tanaman Kaum Temiar
Sumber :
http://www.temiar.com/logging1.html
Namun kini, oleh kerana pembalakan
secara haram yang berleluasa di hutan – hutan, maka hasil sumber hutan dan
punca ekonomi suku kaum Temiar sudah terancam. Hasil buruan jua semakin
berkurangan dan pokok – pokok kayu yang boelh dijadikan herba ubat – ubatan
banyak yang telah di tebang. Ini sedikit sebanyakj memberi kesan kepada
pendapatan mereka.

Gambar 1.7 :
Pembalakan di Kampung Temiar
Sumber
: http://www.temiar.com/logging1.html
Merujuk kepada gambar di atas yang
diambil oleh Colin Nicholas pada tahun 2004, menunujukkan bagaimana lori lori
balak yang melintasi kampong suku kaum Temiar di Kampung Komris, RPS Legap
membawa keluar balak – balak yang di ambil di hutan. Inilah aktiviti – aktiviti
yang mengganggu ekonomi kaum orang Asli terutama kaum Temiar.
Namun begitu, pihak JHEOA telah
menbambil langakh – langkah untuk membantu kaum orang asli dari segi ekonomi
mereka. Antaranya ialah dengan membangunkan tanah di luar RPS dengan tanaman
seperti getah, kelapa sawit dan juga tanaman jangka pendek untuk diusahakan
oleh golongan orang asli. Bantuan sabsidi juga di berikan kepada mereka seperti
subsidi peralatan pertanian, alat torehan, baja dan sebagainya. Kerajaan juga
telah membantu golongan orang asli dengan memberi peluang dan modal kepada
mereka untuk menjalankan perniagaan. Contohnya jika anda melalui lebuh raya
utara selatan (PLUS) anda akan dapat melihat golongan Orang Asli terutamanya kaum
Temiar yang berniaga di hentiah Rehat dan Rawat Sungai Perak.
Kesimpulannya, ekonomi Orang Asli
kini bertambah maju dan kehadapan. Mereka tidak lagi berada di bawah tempurung
malah terpaksa akur dengan arus kemodenan.
Adat Resam dan Budaya
Sesungguhnya adapt dan budaya Orang
Asli masih lagi menebal di kalangan mereka terutamanya kaum Temiar. Contohnya
upacara sewang. Sewang merupakan satu jenis tarian tradisional yang dilakukan
apabila menyambut tetamu, perubatan dan kesyukuran. Terdapat banyak adapt resam
dan budaya kaum Temiar kalau hendak dibincangkan satu persatu.
Di sini biarlah kita melihat contoh
adapt dan budaya menyambut kelahirasn anak suku kaum Temiar. Sewaktu
mengandung, mereka telah menempah seorang bidan. Bidan tersebut akan melakukan
adapt ‘melenggang perut’. Kemudian, bidan tersebut akan menjampi ibu hamil
tersebut untuk menghalau semangat jahat. Semasa mengandung juga, ibu tidak
dibenarkan mentertawakan haiwan seperti monyet, dilarang memakan ikan berwarna
merah, dilarang bekerja pad waktu subuh dan maghrib dan mengetuk paku pada kayu
pada waktu sebelah petang.
Selepas bayi dilahirkan pula, tali
pusatnya akan dipotong dengan menggunakan serpih buluh yang tajam. Uri bayi
tersebut mestilah ditanam dengan sempurna kerana mereka menganggap ia sebagai
abang atau kakak kepada bayi tersebut. Lampu akan dipasang pada tempat uri
ditanam selama tujuh hari.

Gambar 1.8 :
Anak Kaum Temiar
Rumusan
Kesimpulannya, Orang Asli
terutamanya suku kaum Temiar adalah merupakan sesuatu masyarakat yang unik dari
segi cara hidup dan budaya. Namun begitu, kita tidak seharusnya
mengabaikan dan melupakan mereka dari
mengecapi dan menikmati arus kemajuan dan pembangunan negara. Mereka sebenarnya
amat penting kepada kita sebagai penghubung sejarah dan ketamadunan awal bangsa
dan negara kita. Usaha kerajaan menubuhkan satu jabatan iaitu Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli amatlah sesuai dan betul. Kebajikan mereka haruslah dijaga kerana
merekalah penduduk awal negara kita. Justeru, marilah kita sama – sama
berganding bahu membantu merka dan berharap suatu hari nanti mereka tidak lagi
ketinggalan jauh di belakang kita.
BIBLIOGRAFI
________,
2003, Kenali Kami Masyarakat Orang Asli, Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn. Johor
Arkib
Negara Malaysia,
, Orang
Asli ‘Sehari Bersamamu’, Diperolehi pada 26
Oktober 2007 di http://www.arkib.gov.my/PS_orangasli.htm
Bernama.com,
Orang Asli Perlu Diberi Hak Corak Masa Depan Sendiri,
diperolehi pada 26 Oktober dari
Jabatan
Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Kaum Orang Asli, Diperolehi pada 26
Oktober 2007, http://www.jheoa.gov.my
Jabatan
Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Program Jabatan, Diperolehi pada 26
Oktober 2007, http://www.jheoa.gov.my
Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa, Unit7,2006), Kampung Orang Asli,
Nik
Safiah Karim, Carta Alir Asal Usul Orang Asli, diperolehi pada 26 Oktober
The
Temiars, diperolehi pada 03 Oktober 2007,
Warisan
Budaya Malaysia,
Adat
Resam Masyarakat Orang Asli, diperolehi
pada 26 Oktober 2007,
Wikipedia,
Orang
asli, diperolehi pada 25 Oktober 2007 dari
1 comment:
Info yang baik dan bermanfaat. Tapi sayang sedikit penyunting tak berhati-hati menyusun fakta. Takut jika dirujuk, orang yg merujuk itu terus ambil tanpa silang semak dengan info yg lain.
Ia berkaitan dengan Asal Usul Orang Asli. Dari tiga ras Orang Asli ini, hanya Melayu Proto saja dari rumpun Austronesia. Dua yg lain dari kumpulan Austroasiatik. Apa beza kedua rumpun ini? Bezanya ialah bahasa. Austronesia menurunkan bahasa-bahasa yg dominan di pulau-pulau Asia Tenggara, termasuk Melayu. Austroasiatik menurunkan bahasa-bahasa yg dominan di daratan Asia Tenggara, termasuk Siam, Khmer dan Viet. Kedua-dua bahasa ini berbeza tatabahasa dan ciri. Antara yg menonjol ialah perbezaan kita dan kami (dlm bahasa Austronesia) tak ada pada bahasa Austroasiatik. Juga, bahasa Austronesia boleh ditambah imbuhan di depan dan belakang untuk membentuk satu kata terbitan lain, tapi ciri ini tak ada pada mana-mana bahasa Austroasiatik. Jadi ini membuktikan bukan kesemua Orang Asli itu terdiri dari rumpun Austronesia. Jika ia sekalipun, tak mungkin dua kumpulan orang Asli yg lain boleh terubah jadi bahasa Auatroasiatik kerana Semenanjung Malaysia bukan tempat dominan untuk bahasa itu, jadi tak mungkin mereka mendapat pengaruh.
Seperkara lagi, Austronesia bukan berasal dari Yunan kerana tak ditemui bukti atau sebarang peninggalan yg masih ada di sana yg dapat dikaitkan dengan Austronesia. Yunan lebih dekat dengan rumpun Tai-Kadai dan Austroasiatik berbanding Austronesia yg lebih dominan di selatan Indochina
Post a Comment