Sunday, June 12, 2011

Tak sabar sabar... hehehee


hehehe memang tak sabar dah ni.. huhuhu bukan apa Liverpool nak mai Malaysia.. tiket dah booking.. 16 Julai ni.. tiket murah pun tak kisah.. janji tutun ramai2...

Thursday, June 02, 2011

4 Tips Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi

4 Tips Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi

5 Sebab untuk hidup sihat

5 Sebab untuk Hidup Sihat
Posted in Health & Fitness by Anna with No Comments
Jun 2011 01
About Anna :

Became a health-conscious person after she realized that because of her unbalanced diet, her body weight reached 60kg when she was only 18 years old. Now, her body weight is ideal after living a healthy lifestyle. Here at KevinZahri.com, she would like to share with others on how to live a healthy lifestyle.

Semua orang mahukan kehidupan yang sihat. Tapi ramai orang yang gagal untuk hidup sihat. Mengapa ini terjadi? Salah satu punca perkara ini terjadi adalah disebabkan kurangnya kesedaran di kalangan kita semua.

Terlalu banyak sebenarnya sebab dan alasan untuk hidup sihat. Dan setiap sebab dan alasan itu adalah bergantung di antara satu sama lain dan tak boleh dipisahkan sedikit pun.
Sebab ke – 5: Mengurangkan tekanan

Hidup yang sihat dan aktif dapat mengurangkan tekanan dan membantu menangani sebarang masalah dengan lebih baik. Tekanan boleh disebabkan oleh banyak faktor, antaranya: kerja di pejabat, makanan, keluarga, rakan-rakan, masalah kewangan, tidak cukup tidur, anak-anak, ibubapa, dan banyak lagi faktor lain. Kehidupan yang sihat adalah salah satu jalan terbaik dalam membantu menangani masalah seharian. Sebagai contoh, selepas bersenam, badan anda akan mengeluarkan endorfin yang akan membuatkan anda berasa lega, gembira dan berpuas hati. Luangkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari, ia pasti dapat mengubah hidup anda untuk selama-lamanya. Apabila anda menjalani kehidupan yang sihat, anda akan dapat menjadi seorang yang efisyen dan fokus dalam apa jua perkara yang anda lakukan. Jika anda katakan yang anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, apa yang anda telah katakan sebenarnaya mempunyai maksud yang anda lebih rela tertekan dari melakukan senaman.
Sebab ke – 4: Membakar lemak

Kehidupan yang sehat akan membebaskan anda dari diet yang ekstrim atau ‘crash diet’. Lupakan tentang ‘crash diet’. Sebaliknya, buat sedikit perubahan pada corak pengambilan makanan seharian anda dengan niat yang anda ingin mengubah corak pemakanan anda untuk selama-lamanya. Tapi, anda perlu realistik! Makan makan yang seimbang dan sesekali anda boleh makan kegemaran anda. Semuanya bergantung kepada bagaimana anda mengawal diri dan berdisiplin. Kalau anda sedar akan kepentingan hidup sihat, anda boleh makan apa sahaja yang anda mahukan? Mengapa? Kerana hidup sihat merangkumi senaman yang mana akan membakar banyak kalori yang anda ambil semasa anda makan! ;)
Sebab ke – 3: Penambah tenaga

Amalan hidup sihat meningkatkan jumlah maksimum oksigen yang boleh digunakan oleh otot-otot sebanyak hampir 50%! Ini bermaksud bahawa lebih banyak tenaga dan kurang pergantungan terhadap caffein, sekiranya anda seorang heavy coffee drinker. Ini juga bermaksud yang anda perlu minum lebih banyak air yang sangat baik untuk semua sistem badan dan boleh meningkatkan daya ingatan anda.
Sebab ke – 2: Meningkatkan keyakinan diri

Malu kerana badan yang berisi dan gempal? Mulakan bersenam dan anda akan perasan yang badan dan minda anda akan bekerja bersama-sama. Walaupun anda melakukan senaman selama 5 minit setiap hari, pasti anda akan merasa sedikit yakin dalam setiap perkara yang anda buat. Anda juga akan perasan yang perasaan anda yang rendah diri akan diganti oleh satu perasaan yakin diri yang baru! Pada masa itu anda akan tahu yang keyakinan tinggi boleh memberi perubahan yang besar dalam setiap perkara yang anda lakukan.
Sebab pertama: ANDA!

ANDA adalah sebab yang paling penting untuk menjalani kehidupan yang sihat. Jika anda sayangkan diri sendiri (akan mesti sayang diri sendiri!), kehidupan yang sihat adalah jalan yang terbaik untuk menunjukkan sayang anda itu. Ia membuktikan yang badan dan minda anda yang anda boleh melakukannya. Cuba anda tanya rakan-rakan anda yang sudah memulakan cara hidup yang sihat, adakah mereka berasa menyesal? Saya pasti tiada sesiapa yang menyesal! Mungkin anda akan terasa susah pada permulaannya, tetapi selepas 3 hari, anda akan dapat mula membina rasa bersemangat untuk meneruskan apa yang anda telah mulakan dan anda pasti akan rasa teruja untuk melihat hasilnya kepada seluruh hidup anda. Perspektif diri anda juga akan berubah dan anda akan dapat melihat sesuatu itu sebagai peluang yang ada, bukannya sebagai suatu halangan untuk anda melakukan sesuatu. Kehidupan yang sihat pasti akan sentiasa meningkatkan kualiti kehidupan anda!

Mengawal Tekanan Darah Tinggi

5 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
Posted in Health & Fitness by Kevin Zahri with No Comments
Jul 2010 29
About Kevin Zahri :

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

Tekanan darah tinggi is a serious condition yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti coronary heart disease, heart failure, stroke, kidney failure, and other health problems. Saya rasa ramai di kalangan anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit ini. So this post is for you.

1.

Senam 30 minit sehari! Senaman cardio seperti jogging, badminton, berbasikal dll kuatkan otot jantung. Ini kurangkan beban kepada arteri anda.
2.

Kurangkan garam! Garam nie macam pasir, ia takung air. Dengan itu, isipadu keseluruhan darah akan meningkat dan dengan itu, tekanan darah mengingkat. So take it easy on salt.

Panduan Pengambilan Garam: Badan anda hanya perlukan lebih kurang 500mg tetapi kebanyakkan pengguna biasa ambil 10x amount tersebut! Bagi merekan yang menalami penyakit tekanan darha tinggi, jangan melebihi 1500mg sehari.

3.

Tingkatkan potassium dan magnesium seperti pisang dan buah-buahan. Ia membantu mengurangkan tekanan darah systolik dan diastolik sebanyak 2-5 point.
4.

Relax. Kurangkan stress dan tenangkan diri paling kurang 30minit setiap hari untuk kurangkan tekanan darah.
5.

Jaga berat badan Obesity is directly relation dengan peningkatkan tekanan darah seseorang. Amalkan pemakanan dan senaman secara berterusan untuk menjaga berat badan …make sure your weight is kept in check!

Quick facts about high blood pressure

Blood pressure is created by the force of blood pushing against the walls of the arteries as it circulates and the force of the arteries as they resist the flow of blood. When this force is too great, it’s called high blood pressure or hypertension:

Normal blood pressure is less than 120/80 mm Hg. Prehypertension (could be the beginning of high blood
pressure): if your numbers fall between the normal and high range, you should talk to your doctor
about possible lifestyle changes you may need.

High blood pressure is 140/90 mm Hg or above.

About 1 in 3 US adults have high blood pressure
Most people with high blood pressure do not have any symptoms
High blood pressure makes the heart pump harder to pump blood throughout the body and may cause damage to blood vessels
If left untreated, high blood pressure can lead to serious health problems
High blood pressure cannot be cured, but it can be managed

Wednesday, June 01, 2011

Jalan jalan Ke Betong Thailand






sempena bercuti dikampung mertua ni aku ambik kesempatan masuk siam ngan wife.. sajer jejalan sbb adikipar aku selalu masuk betong beli barang kedai makan.. so anak2 tinggai kat tuk dan wan dia. hehehe ibu ngan ayah nak jalan2... so masuk Betong Jam 2 keluar Jam 7.. shopping sakan jugak la,, ala beli barang2 biasa ja.. barang aku nak cari tak la banyak sangat... tak kena time sama.. hehehehe ingat nak ushar jersi Liverpool warna hitam.. haram sebijik kedai pun tarak... so ronda2 le..

Monday, May 30, 2011

C6.....for my wife


so setelah 3 tahun guna xpress music maka.. phone tu dah mula menunjukkan keuzurannya maka meminta untuk ditukarkan yang baru.. beli Iphone China pun cam hampes je hahahaha susah nak guna.. apps pun tak banyak leh guna maka cari lah HP yang baru dan upto date sikit.. so dapatlah wife aku HP nokia C6 ni.. ok gak functionnye.. sam ngan N97 aku ni..

Bercuti di Kampung

hmmm.... sempena cuti sekolah ni maka satu family kami apa lagi.. balik kampung lee.. belasah cukup2 sbb hari tu janji aku masuk PKG 1hb alih2 tak jadi plak. so.. apa lagi bercuti sakan la.. kalau tidak aku takdak cuti ni dah bagi peluang .. sapu je laa. namun hati tetap berdebar dan tertunggu2 surat yang mengesahkan aku masuk ke PKG.. tak sampai2 jugak geram betoi.. dekat 6 bulan aku tunggu ...apa punya PT kat BSM ni.. buat kerja ke main2..
namun apapun mungkin ada hikmahnye hehehe sbb aku dapat jugak bercuti 2 minggu di kampung sebelum masuk PKG.. janjinye 16hb.. aku nak tunggu kalau tak jugak mau aku turun putrajaya niii,.. hehehehe.. adios

Monday, April 18, 2011

CROSSFIRE - Setelah Kau Tiada


lagu ni memang best.. kalau karaoke tu selalu gak amik lagu ni... layannnn... satu masa dulu..

Spartacus: Blood and Sand - Official HD Trailer

Sakira Technology: Incoming!!! ANDROID PHONE

Sakira Technology: Incoming!!! ANDROID PHONE: "Salam semua. Aku rasa aku kena jadi pelopor lah dalam bab gadget android base ni. Dari pemerhatian aku rakyat Malaysia kurang sangat kesedar..."

Sunday, April 17, 2011

Hmm... tak tahu nak buat apaa

hmmm.. tengok tajuk post ni pun dah tau... boring plak hari ni.. hehehe kejap lagi petang petang2 ok la kot.. bawa anak jejalan ke.. silap2 hujan duduk kat rumah je rehat... heheheheh anak2 dok main je hehehehe bersepah rumah.

Thursday, April 14, 2011

Buat donat



hari ni seperti yang dirancangkan aku dan anak2 murid ku bertungkus lumus membuat donut bersama sama dengan gembiranya.. ini kerana minggu ni tema makanan so aku dah berpakat dengan pembantu aku untuk masak donut di mana bebudak akan uli tepung pastu goreng dan celup dengan coklat dan tabur plak chocolate rice atasnya.. bukan main seornok lagi bebudak tu.. enjoy diarang.. pastu dan siap apa lagi.. melantak le donut tu.. seronok.. belemuih habih sorang sorang.. hehehehe aku pun enjoy,... nnt boleh la buat lagi tapi kuih lain le plak,,,,...

Wednesday, April 13, 2011

Gembiranya...akhirnya .. tiba masa untuk konvo,..


best tajuk post aku kali ni... yahoo..gembiranya hatiku.. mana taknya.. tarikh konvo dah keluar. InsyaAllah aku konvo pada 18 Jun 2011 nanti.. sidang 1 sesi pagi.. Alhamdulillah penat jerih lelah telah aku lalui.. berbagai masalah telah ku rempuhi .. berkat kesabaran menunggu markah dari penyarah masalah aku tu telah aku lepasi maka tiba masanya untuk aku bergembira setelah 4 tahun aku menumpu seluruh perhatian kepada pelajaran aku akhirnya kini smuanya telah berakhir.. tiba masa untuk aku menerima seggulung ijazah yang selama ini aku idam idamkan... terima kasih ya Allah berkat kuasa dan restuMu aku kini dah pun berjaya menerima segulung ijazah.. semoga semuanya akan berjalan lancar nanti.. tak sabar2 rasanya.. hehehehe.. amin....

Monday, April 04, 2011

Melawat Zoo Negara




hmm... ahad lepas bawa family jalan2 masuk zoo negara.. hmm 2 tahun jugak tak masuk.. ok laaa.. harga masuk pun dah naik... dulu RM15 dah jadi RM20.. best la walaupun haiwan yang sama je.. cuma anak2 aku le yang seronok sangat. terutama si Naufal sbb ni first time dia tengok haiwan2... seronok bukan main,,.. heheheh yang penting penat jugak dan best menangkap gambar.. penat memikul kamera.. hahahaha... apapun pentang tu enjoyyy..

Monday, March 21, 2011

Still got the Blues


entah naper hari ni tetiba layan blues pulak.. hmmm... biasa le.. tetiba terasa diri ni lapang.. tiada kesibukan seperti biasa.. mungkin ini anugerah tuhan yang berikan kepada ku... mungkin suatu ketika dulu aku cukup sibuk dengan keluar sana sini.. meeting sana sini .. sibuk buat assignment dan sebagainya kini.. aku dapat rilek sambil fb.. tiap2 malam dapat membaca Al-Quran dan bermain bersama anak2.. mungkin ini antara hikmahnya.. biarlah aku kini sebagai lay-man rilek dan buat kerja aku..sehari 4 jam.. syukurlah jika orang lain kena kerja 8 jam ataupun 12 jam.. aku kena 4 jam pun ok lah.. dah rezeki aku kali ni macam tu.. aku redha..apa pun aku baru je balik dari bercuti dikampung sempena cuti sekolah selama seminggu... ok laa.. lama gak aku tak balik.. enjoy cuma peluru tak berapa jenuh la.. hehehe.. so still got the blues..

Sunday, March 20, 2011

Koleksi aku





sajer hobi baru aku kini amik gambar cantik2 guna sony a33 dslt aku ni... pastu guna photoshop edit pic cantik2.... hehehehe mengisi masa lapang...

Friday, March 18, 2011

Birthday ku




Alhamdulillah... pejam celik pejam celik umur ku dah bertambah setahun lagi.. tahun ni genap 36 tahun aku hidup di muka bumi ini... Alhamdulillah semoga aku terus panjang umur dan sihat untuk mengerjakan ibadat serta diterimaNya.. birthday aku kali ni di sambut secara sederhana ja.. heheheala .. dah tua.. cuma hadiahnye je yang best lens Sony DT 55-200mm yahoo... leh la tangkap gambar best2 lagi dan jauh2 sikit.. thanks my wife.. I love U very much....

Saturday, March 05, 2011

Tak sihat... ..



minggu ni memang badan aku tak sihat sikit.. monday je dah muntah kat tenpat kerja.. kol 12 tgh dah cabut balik.. badan sakit2.. rupa2nya badanaku letih sangat... sbb weekend lepas main bola dekat 4 jam... gila pa... dari kol 8 malam sampai 12.30 malam bayang kan.. umur 36 buat macam 26... jem la terus... hahahaha apapun kerja tetap kerja... selamasa meeting key-in data kat PPD jalan... namun begitu minggu ni futsal tetap cam biasa... hehehehe 5.oo ptg sabtu ada friendly plak kat sg besi- TUDM..

Sunday, February 27, 2011

Sayangku pada Rasulullah...




Jumaat lepas diadakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah so apa lagi semua bebudak pakai baju cantik cantik la. yang lelaki pakai baju melayu dan yang perempuan pakai baju kurung. start dari awal pagi diikuti dengan perarakan keliling kampung seterusnya makan bubur lambuk.. lepas rehat je di adakan persembahan dan penyampaian hadiah sempena pertandingan yang diadakan sebelumnya. Aku? biasa le letih mengemas dan mengawal bebudak sbb pembantu aku cuti lagi. apa nak buat jalan jeee,... hehehe best la jugak. dapat snap gambar cantik?... letih .. balik je terlentang kat rumah.. malam plak ada game bola padang kat stadium mini.. lawan dengan warisan PNSB kalah lagi... 3-5.. tak pa... pastu sambung pulak main futsal sampai jam 12.15... adoi... letih gila... balik terus bummmmm..... badan sakit... jangan cerita lee... hehehehe

Monday, February 21, 2011

Kerja Keras


hmmmm.. minggu ni pembantu aku pi kursus la pulak.. takde seminggu so aku la bapak aku la mak kat prasekolah tu... maka terpaksa la aku bekerja keras sikit minggu ni.. hehehe siapkan makanan, mop lantai, kemas meja, cuci pinggan mangkuk dll,,, cuma masak je idak sbb order kat kantin.. takut gak kalau aku masak.. satu tak sempat, dua.. nnt bebudak tu keracunan plak jenuh nak berjawab... hahahaha .. apa pun hidup mesti terus.. kerja tetap kerja.. rezeki ku di tangan Allah.. so kena la redha dan berserah... kat rumah.. hmmm biasa le dengki tengok aku rilek.. mula la keluarkan kenyataan bukan2... lantak lee.... paham sendiri.... malas nak pikir,,,,...

Sunday, February 20, 2011

Selagi Ada Rindu


Selagi ada rindu ini khas buat mereka yg berada di SK Bukit Kerayong.. ia merupakan rakaman terakhir ketika berada di sana.. semoga warga Kerayong sentiasa berjaya selamanya

Wednesday, February 16, 2011

Hmmm penatnyee...


biasalah hari ni hari rabu.. penat la sikit sbb lepak kat sekolah sampai petang... balik rumah .. biasa le letih.. namun bila lihat wajah anak2... hilang rasa letih....

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul... 1 Malaysia 1 Ummah


hari ni adalah sambutan Maulidur Rasul 1432h bersamaa 2011... lepak kat rumah je.. mungkin kejap lagi nak keluar jalan-jalan bawa family... semoga kami semua menjadi ummat Baginda selamanya dan bersamanya di Akhirat kelak. amin.

Tuesday, February 08, 2011

Aku diuji lagi


mungkin tahun 2011 tahun yang banyak ujian dan dugaan buat diri aku.... terkini aku diserang rasa gatal-gatal seluruh badan.. pegi check kat farmasi katanya alahan atau alergi.. hmm terpaksa le taruh ubat dan makan ubat... namun yang penting aku redha dengan ujianNYa... semoga segalanya kembali diberi kemudahan.

Saturday, January 29, 2011

Angin Perubahan


kini aku telah berubah angin ke SK Tambak Jawa .. sesuatu yang baru dan mencabar.. mengajar prasekolah yang selama ini tidak pernah mengajar begitu memberi aku cabaran yang cukup kuat namun terpaksa kutempuhi jua. apapun kesedihan yang melanda adalah kerana cara pihak PPD menggerakkan aku dengan tidak mahu langsung mendengar masalah yang aku hadapi.. aku sememangnya tidak ada pengalaman langsung.. 10 tahun mengajar bahasa inggeris, malah aku juga telah menyambung pelajaran aku ke opsyen yang lain iaitu kajian sosial.. namun segala penerangan aku itu tidak diterima.. inikah segala balasan yang aku dapat daripada PPD setelah 10 tahun menghambakan diri pada mereka... sememangnya aku dilakukan seperti sampah... namun apakan daya aku hanya mentimun.. mereka durian.. menggolek kena, digolek pun kena.. tak pa lah.. aku redha .. kini aku cuba melakukan satu perubahan juga dalam hidup aku .. semoga ianya berjalan dengan lancar dan diberkatiNya... amin.

HMM tahun baru yang mencabar

tahun 2011 ini sememangnye mancabar betul bagi aku ini.. apa tak nya.. dipindahkan ke sekolah lain.. markah tesis belom masuk, dan macam 2 lagi namun aku tetap redha dan menerima dugaan ini dengan berpegang kuat padaNya.. semoga ada hikmah disebaliknya... nnt aku ceritakan lagi apa yang berlaku..

Thursday, December 02, 2010

Enam Persoalan Hidup


Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu ". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan
matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia" . Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Thursday, November 25, 2010

Pengenalan Ilmu Sejarah

Sejarah lisan mula mendapat tempat dalam pengajian sejarah pada hari ini kerana ia turut menyumbang kepada penambahan dari segi sumber sejarah. Sebagai seorang pengkaji yang akan membuat penulisan sejarah mengenai seorang tokoh penting negara, persiapan awal temubual adalah sesuatu perkara yang amat penting untuk disediakan.
Sebelum saya menghuraikan persiapan awal proses temubual, kita lihat takrif temubual. Menurut Mohd Amirrudin Bin Zakaria dan rakan-rakannya (2010), Temubual adalah satu perbualan antara orang yang mana seseorang itu mempunyai peranan sebagai penyelidik. Kebiasaannya, penemubual akan mempunyai satu set soalan bertulis yang berstruktur dan teratur (temubual berstruktur). Secara alternatifnya, soalan-soalan ini mungkin hanya digunakan sebagai satu catatan untuk mengingatkan penyelidik kepada maklumat penting yang perlu dikaji. Temubual juga akan memberikan pelbagai cabaran disebabkan oleh interaksi antara penemubual dan responden. Penemubual perlu mengemukakan soalan-soalan (samada dalam format berstruktur, separa struktur atau tidak berstruktur), mendengar (pengumpulan data) respon-respon dan mengemukakan soalan-soalan. Jika format temubual tidak tersusun, soalan hendaklah digubal semula. Penemubual mungkin tidak hanya mendengar kepada respon-respon berbentuk verbal tetapi juga melihat kepada elemen lain dalam proses temubual seperti gerak badan orang yang ditemubual. Walau apa pun cabaran-cabaran yang terlibat, temubual yang dikawal dengan baik adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan data berdasarkan pandangan orang ramai, sikap dan makna-makna yang dapat mempengaruhi kehidupan dan kelakuan mereka.
Menurut Modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), Sebelum temubual diadakan, penemubual dikehendaki sentiasa membiasakan dengan sejarah dan karektor respondennya. Ini membolehkan penemubual mempunyai serba sedikit pengetahuan mengenai responden. Dalam usaha mengadakan temubual, amat perlu bagi kita mengikut beberapa kaedah yang diperlukan dalam proses temubual. Ia penting bagi membolehkan sesuatu temubual itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan serta memberikan hasil sebagaimana yang diperlukan dalam menulis sesuatu laporan atau peristiwa.


Mohd Amirrudin Bin Zakaria dan rakan-rakannya (2010), juga ada menerangkan 5 jenis temubual di dalam kajian beliau bersama rakan-rakannya iaitu :
Temubual boleh dibahagikan kepda 5 kategori:
 Temubual berstruktur.
 Temubual separa struktur.
 Temubual bebas.
 Temubual tertumpu.
 Temubual perbualan tak rasmi.
Kebiasaannya, temubual yang dilakukan oleh para pengkaji lebih mengikut struktur dengan menggunakan senarai-senarai soalan dan jawapan. Bentuk-bentuk soalan juga kebiasannya adalah dalam bentuk soalan ‘open-ended’ yang berbentuk soalan yang menggunakan perkataan ‘bagaimana’, ‘kenapa’ dan ‘apakah’.
Justeru, setelah kita mengetahui apa itu temubual, maka mari kita huraikan persoalan yang pertama yang berkaitan dengan persediaan awal sebelum melakukan temubual dengan responden. Berikut adalah langkah-langkah atau persediaan awal yang terbaik yang dapat kita lakukan sebagai seorang pengkaji sejarah untuk menemubual seorang tokoh negara.
1) Tentukan dahulu tajuk, skop tajuk dan isu yang akan dikaji. Contohnya jika kita memilih tajuk berkaitan dengan sejarah kemerdekaan, pastikan responden tersebut adalah antara mereka yang teribat di dalam peristiwa tercapainya kemerdekaan tersebut. Setelah tajuk yang sesuai dipilih, maka lihat pula pada skop tajuk yang akan dibincangkan samada menjurus kepada skop rundingan bersama British, perjuangan menentang Jepun dan sebagainya serta isu-isu yang berkaitan. Seterusnya baharulah kita memilih responden yang sesuai untuk ditemubual.
2) Setelah memilih responden tersebut, selidik serba sedikit tentang latar belakangnya. Bagaimana penglibatannya pada tajuk yang dipilih serta kesahihan penglibatannya terhadap peristiwa sejarah yang kita kaji.
3) Pengkaji perlulah menyediakan set-set soalan yang akan digunakan. Set-set soalan sebolehnya berbentuk ‘open-ended’ dengan menggunakan perkataan seperti ‘bagaimana’, ‘kenapakah’ dan ‘apakah’. Lebih memudahkan sekiranya penemubual menyatakan jumlah masa yang akan diambil supaya responden boleh bersedia dengan soalan yang akan diajukan. Contohnya penemubual telah menetapkan dua jam untuk menemubual maka, responden mungkin lebih bersedia dengan soalan-soalan tersebut. Terdapat juga penemubual yang memberikan set-set soalan terlebih dahulu kep[ada responden supaya responden lebih bersedia dengan soalan yang diajukan.
4) Sediakan dan hantar surat rasmi kepada responden untuk menyatakan tujuan kajian serta meminta persetujuannya. Setelah persetujuan diterima, tetapkan tarikh temu janji untuk proses temubual. Temujanji ya ng dibuat mestilah mengikut kehendak responden supaya beliau lebih selesa dan tidak tertekan. Contohnya di pejabatnya atau di kawasan yang selesa dan kondusif. Seeloknya, sertakan sekali set soalan bersama surat temu janji agar responden dapat bersedia dan proses menemubual dapat berjalan dengan lancar.
5) Uji peralatan yang akan digunakan dan pastikan ianya berfungsi. Seeloknya sediakan pita rakaman lebih dari satu supaya jika berlaku kerosakkan ianya tidak mengganggu proses temubual.
6) Berlatih menemubual sebelum melakukan yang betul. Ini bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada penemubual.
7) Pastikan temujanji sehari atau dua hari sebelum temubual supaya responden tidak terlupa dan pada hari yang ditetapkan, peruntukkan masa yang secukupnya untuk tiba di tempat yang dijanjikan.
8) Jalankan temubual dan rakaman di tempat yang sesuai seperti di tempat sunyi atau di dalam pejabat dan pastikan responden memahami tujuan temubual dilakukan.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk menjalankan temubual untuk mengadakan sejarah lisan, terdapat banyak perkara yang perlu diberi perhatian seperti perkara-perkara yang disebutkan di atas. Persiapan awal yang baik dan terperinci akan membantu seseorang ahli sejarah menjalankan tugas menjalankan temubual dengan berkesan dan berhasil.



(B) Bincangkan etika yang harus ada pada diri anda ketika menjalankan temubual.
Kita telah pun mengetahui secara mendalam maksud temubual melalui soalan (a) di atas. Sebelum kita membincangkan etika yang perlu ada ketika proses temubual, mari kita lihat maksud etika itu sendiri. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dan sebagainya) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm mengamalkan ilmu perubatan masing-masing. beretika mempunyai etika atau berpegang pd etika: Amalan yg tidak ~ itu mesti dihentikan segera.
Menurut modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), etika dan kaedah penyelidikan adalah perkara penting yang dapat memberikan panduan kepada para penyelidik menghasilkan penyelidikan yang berkesan. Antaranya ialah mempelajari apakah kategori bukti yang ada, elemen yang kritikal yang membezakan mereka dan apakah maknanya kepada penyelidik.
Chuah Kim Hwa dalam Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 6, (2005), menyatakan,
“…Pada dasarnya, pengumpulan data adalah berkaitan dengan amalan saya dan ini bukan merupakan dilemma yang saya hadapi. Dilema timbul semasa saya mengumpul data tentang jawapan yang diberi oleh partisipan dan jelas kelihatan partisipan kursus tidak berasa selesa. Ada di kalangan peserta kursus yang bersikap defensive semasa tembual terutama sekali bila soalan yang ditanya itu berkaitan dengan jawapan yang mereka hasilkan tentang PT. Ini jelas dari segi nada suara, air muka serta ketidakselesaan yang ditunjukkan dari segi body language. Saya mendapati temubual tersebut telah menceroboh ruang partisipan dan akhirnya saya berputus untuk menerangkan kepada peserta kursus kenapa saya menanya soalan. Saya juga menceritakan tentang interpretasi saya atas jawapan yang mereka beri.’
Setelah kita memahami makna etika dan kegunaanya maka dapat kita bincangkan di sini antara etika-etika yang perlu ada ketika proses menemubual ialah antaranya temubual haruslah dilakukan dalam bentuk berhemah dan tidak berunsur paksaan. Perkara asas yang utama ialah meminta kebenaran sebelum melakukan proses temubual. Ini ialah etika yang pertama harus dilaksanakan dengan bentuk yang berhemah agar kerjasama yang maksimum dapat diperolehi.sebaik-baiknya meminta kebenaran secara bertulis agar kebenaran tersebut dapat disimpan sebagai rekod.
Perkara kedua ialah etika di dalam penggunaan nama responden. Sebelum memulakan kajian penulisan sejarah, kita perlu pastikan samada responden membenarkan kita menggunakan namanya yang sebenar atau nama samaran. Ini penting sebagai rekod dan kebiasaannya, sesebuah kajian yang dilakukan tidak menggunakan nama sebenar tetapi sekadar nama samaran atau wujudkan sistem kod nama mudah seperti Doktor A, doktor B dan sebagainya. Ini penting agar mengelakkan kita menjatuhkan air muka responden apabila berkaitan dengan isu-isu sensitif dan sebagainya.
Ketiga, ketika mengadakan sesi temubual, seeloknya penemubual mestilah berpakaian kemas serta tidak menjolok mata yang mampu mengundang rasa tidak selesa responden. Kemas bermaksud jika penemubual itu lelaki, maka sesuainya memakai kemeja, berseluar panjang dan berkasut. Bagi penemubual perempuan pula seeloknya memakai baju kurung atau blaus yang labuh dan sesuai. Elakkan memakai pakaian jeans dan kemeja berkolar bulat serta bagi yang perempuan pula, elakkan pakaian yang menjolok mata. Etika berpakaian ini penting bagi menunjukkan kepada responden bahawa penemubual adalah seorang yang professional serta melakukan kajiannya dengan bersungguh-sungguh.
Perkara keempat pula ialah etika di dalam mengajukan soalan kepada responden. Mulakan soalan dengan soalan yang mudah dan menyenangkan sebelum ke soalan yang lebih mendalam dan sukar. Seterusnya, seboleh-boleh, ajukan soalan menurut susunan logical. Eloakkan soalan-soalan yang bercampur aduk kerana ia akan membuatkan responden kurang selesa dan tidak dapat menjawab dengan jawapan yang dikehendaki. Selain itu, antara perkara-perkara lain yang patut dielakkan semasa mengajukan soalan ialah ;
1. Elakkan munggunakan soalan yang panjang. Ini kerana akibat terlalu panjang ianya mungkin akan mengelirukan responden.
2. Kurangkan penggunaan ayat majmuk. Lebih sesuai jika ayat soalan tersebut dipecahkan kepada dua agar lebih mudah difahami.
3. Elakkkan menggunakan soalan yang mempunyai andaian tertentu (leading questions) contohnya: “Kenapa anda suka……”. Ini kerana ia mampu membuatkan responden kurang selesa dan memberikan jaawapan yang kabur.
4. Elakkan menggunakan soalan yang bias tanpa disedari. Seringkali soalan seperti ini akan melibatkan bias dari segi jantina.
5. Mulakan soalan dengan mudah seperti secara ringkas berkaitan biografi. Berhati-hati apabila mahu menyoal soalan berbentuk peribadi dan emosional. Jangan memulakan sesi temubual dengan menyoal soalan-soalan berbentuk ‘mengejutkan’.

Seterusnya, etika yang sesuai dapat diaplikasikan ialah dengan kebijaksanaan menggunakan Probes dan Prompts. Probes (siasatan) dapat digunakan apabila untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu perkara atau fakta. Contohnya, “Ada apa-apa yang anda perlu tambah berkenaan hal ini?” Prompts (galakan) pula digunakan apabila penemubual ingin member galakan serta membantu ingatan responden mengingati sesuatu fakta atau nama. Contoh penggunaan Prompt ialah “Ya, teruskan”, “Ya, saya faham”, dan sebagainya.
Seterusnya, antara etika-etika lain yang perlu ada ketika menjalankan sesi temubual ialah dengan memastikan hanya satu soalan ditanya pada satu-satu masa. Berikanlah masa yang secukupnya kepada responden untuk menjawab soalan yang diajukan. Selain itu, jadilah pendengar yang baik. Jangan menunjukkan bahasa badan (body language) yang tidak selesa seperti memandang kearah lain, mengetuk-ngetuk meja, menguap dan sebagainya. Gunakanlah bahasa badan yang sesuai seperti memandang kepada responden, mengangguk dan tersenyum bagi menggalakkan dan memberikan gambaran anda berminat.
Menurut modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), menyatakan beberapa etika yang sesuai digunakan ketika melakukan sesi temubual. Antaranya ialah;
1. Jika perlu, gunakan percakapan yang boleh menggalakkan sesi temubual seperti ‘Maklumat ini amat berguna” atau “Ianya sungguh menarik”. Bagaimanapun perlulah berhati-hati agar tidak mencelah dengan menggunakan bahasa-bahasa seperti “uh-huh”, atau sebagainya ketika responden sedang bercakap.
2. Tanyakan contoh yang terperinci jika responden member kenyataan umum yang mana perlu dijelaskan dengan lebih jelas seperti mengggunakan perkataan atau ayat seperti “Maaf, saya tidak faham, bolehkah diterangkan dengan lebih lanjut?”
3. Selitkan beberapa soalan mudah ( Cool of Period) untuk mengurangkan tekanan.
4. Sebagai penutup jangan lupa ucapkan terima kasih.

Kesimpulannya, etika ketika menjalankan sesi temubual amat penting bagi menggambarkan kesungguhan pengkaji atau penemubual pada kaca mata responden. Dengan menerapkan etika yang bertepatan, responden pastinya akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada penemubual. Selain itu, ia juga mampu membantu responden untuk memberikanm jawapan yang diingini serta menyakinkan responden dengan keupayaan mereka yang menemubualnya. Etika yang baik amat penting bagi mewujudkan suasana yang selesa kepada responden serta membantu belia mengingat perkara-perkara serta fakta penting.
Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa segala perbincangan berkaitan dengan etika di atas adalah bertujun membantu penemubual untuk mendapatkan kajian lisan dengan lebih mudah, tepat dan betul. Berurusan dengan manusia adalah berbeza apabila berurusan dengan benda bukan manusia seperti mesin dan haiwan. Etika yang baik melambangkan keperibadian penemubual seterusnya memperlihatkan kesungguhannya di dalam melakukan sesi temubual serta melaksanakan kajian sejarah lisannya.

















( C ) Huraikan bagaimana anda mengenalpasti keaslian sejarah lisan yang telah anda laksanakan.

UKM, Pusat Kajian Sejarah Lisan (2007), menyatakan Sejarah lisan adalah satu kaedah di mana kenang-kenangan seseorang tokoh yang dirakamkan secara temubual. Tokoh-tokoh yang dipilih biasanya terdiri daripada mereka yang dapat menyumbang maklumat bersejarah dari penglibatan dan pengalaman diri mereka sendiri, atau oleh kerana perhubungan mereka secara langsung dengan watak, masa atau peristiwa tertentu. Maklumat yang diperolehi dari temubual tersebut kemudiannya disalin dan salinan itu selepas disemak dan ditaip dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan penyelidikan.
Objektif dokumentasi sejarah lisan adalah untuk menghasilkan suatu dokumen lisan dari keterangan proto, keterangan saksimata atau tradisi lisan dalam bentuk rakaman atau transkrip. Tugas penemubual adalah membantu seseorang itu membuat penuturan dan analisis yang sebaik mungkin tentang peranan penting seseorang dalam tajuk yang dikaji. Objektif ini boleh dicapai melalui lima langkah utama:
a) Mengatur temubual dengan baik
b) Persediaan yang baik untuk temubual
c) Merakamkan temubual dengan baik
d) Menggunakan teknik temubual yang baik
e) Memproses rakaman mengikut kaedah yang tertentu.

Modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), menyatakan bahawa asas penting adalah kerana sejarah lisan bergantung kepada sumber yang diberikan oleh manusia, membolehkan kita mengimbau kembali cerita yang disampaikan. Sejarah lisan berasaskan percakapan dan bukannya sumber bertulis dan berpotensi menjadikan peristiwa itu berkembang. Walaupun dalam keadaan ketiadaaan dokumen bertulis, kumpulan seperti wanitas, minoriti dan yang tidak terkenal akan berusaha mencatatkan sejarah mereka dan sejarah yang mereka anggap penting. Sejarah tidak bermakna ia penting kepada kumpulan yang berkuasa, terkenal, kaya dan terpelajar sahaja. Sejarah itu mencatatkan peristiwa yang berlaku kepada masyarakat secara menyeluruh. Malahan ia sebenarnya dapat memberikan kita maklumat dan juga gambaran masa lampau dengan lebih tepat.
Menurut Bimo Adriawan (2010) di dalam penulisannya, terdapat empat tahap untuk mengenalpasti keaslian sesuatu penulisan sejarah lisan. Tahap yang pertama ialah tahap Heuristik (pencarian sumber). Tahap ini merupakan tahap pertama yang harus dilakukan dalam merekod masa lampau. Sumber-sumber itu tidak datang dengan sendirinya oleh itu, sumber harus dicari dan dikumpulkan. Ketika kita harus melakukan pencarian sumber, dalam pencarian sumber perlu diketahui mengenai jenis-jenis sumber. Sumber dapat dibahagi kepada dua bahagian iaitu sumber bertulis (dokumen, transkrip, surat, buku, Al-Quran), sumber benda (foto, makam, masjid), dan sumber lisan. Berdasarkan asal-usulnya, sumber dapat dibahagi menjadi tiga (dua yang utama), iaitu sumber primer (pelaku, saksi), sumber sekunder (orang yang tidak sezaman dengan peristiwa), dan sumber tersier (karya ilmiah). Berdasarkan sumber yang telah diperolehi, maka keaslian sejarah lisan tersebut dapat dikekalkan. Berdasarkan sumber yang diperolehi juga menunjukkan bahawa sejarah lisan tersebut adalah benar seperti yang diceritakan oleh responden.
Tahap yang kedua ialah Kritikan iaitu melihat kepada material sumber tersebut apakah sesuai dengan zamannya atau tidak, jika sesuai maka sumber tersebut kemungkinan besar merupakan sumber asli. Contohnya, jika sumber yang diperolehi tersebut adalah sesuai seperti barangan peninggalan sejarah yang terdapat di sesuatu tempat ataupun muzium, nama tempat yang betul dan sebagainya, maka dapatlah dikatakan bahawa kajian sejarah lisan tersebut adalah asli. Selain itu, kredibiliti pencerita juga perlu dinilai dan dilihat pada keseluruhan aspek. Pengkaji juga perlu melakukan triangulasi iaitu menemubual teman atau rakan kepada responden untuk mendapatkan kesahihan sumber dan fakta yang diberikan oleh responden. Jika temubual triangulasi ini menunjukkan kebenaran segala penceritaan yang disampaikan oleh responden pertama maka, kemungkinan besar sejarah lisan tersebut adalah asli.
Bimo Adriawan(2010) juga menyatakan tahap yang ketiga ialah interprestasi. Ianya merujuk kepada kronologi penceritaan sejarah lisan tersebut. Jika penceritaan yang disampaikan sememangya mengikut susunan kronologi dan bertepatan dengan peristiwa, maka sudah pasti peratus keaslian sejarah lisan tersebut adalah tinggi. Keaslian sesebuah sejarah lisan mungkin sedikit kabur jika susunan ceritanya tidak mengikut kronologi serta berterabur. Ini kebiasaannya akan mengelirukan fakta dan kesahihan cerita tersebut boleh dipertikaikan.
Tahap yang keempat menurut Bimo Adriawan ialah tahap historiografi. Pada peringkat ini ialah peringkat kepada penulisan sejarah lisan tersebut. Penulisan yang baik yang mempunyai fakta sejarah yang berkaitan, susunan peristiwa yang tepat dan berkaitan serta rujukan sumber yang boleh diterima memainkan peranan di dalam menerima karya tersebut sebagai asli. Sumber-sumber yang telah didapati merupakan sumber yang berkaitan dan mempunyai kekuatan di dalam menerangkan keaslian cerita tersebut. Maka secara keseluruhan dapat dikatakan jika sesebuah kajian sejarah lisan melalui keempat tahap ini maka dapatlah dikatakan bahawa kajian sejarah lisan tersebut adalah asli.
Menurut Modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), ahli sejarah bersetuju bagi menentukan ketepatan sumber maka bebarapa ujian atau ukuran perlu dilakukan. Sumber-sember akan dinilai dari empat perkara umum iaitu:
1) Aspek Biaografi. Nama-nama mereka yang terlibat akan diuji untuk memastikan adakah mereka benar-benar terlibat di dalam peristiwa tersebut. Sumber yang digunakan merupakan sumber yang berautoriti dalam sesuatu peristiwa yang dikaji. Ini bermaksud sumber yang terlibat adalah benar-benar berada pada peristiwa tersebut dan bukannya mendengar dari pihak lain. Selain itu, ujian juga penting di dalam menentukan rekod yang digunakan adalh merupakan rekod-rekod tulen yang mencatatkan peristiwa yang berkaitan.
2) Aspek Geografi. Ianya bertujuan menguji mengenai tempat berlakunya peristiwa yang ingin dikaji. Catatan sumber atau sumber yang dikaji mestilah merujuk kepada tempat yang benar-benar terlibat. Contohnya cerita raja bersiong yang mana tempatnya masih wujud di negeri Kedah di daerah Baling yang terdapat sebuah tempat yang bernama Siong. Catatan hikayat Merong Mahawangsa ada menceritakan sebahagian kawasan ini di mana kerajaan Merong Mahawangsa yang berasal di Kedah terdapat rajanya yang bersiong.
3) Aspek Kronologi. Ia juga memainkan peranan penting di dalam menentukan ketepatan sesebuah sumber. Seperti pendapat Bimo Adriawan, di dalam modul ini juga tempoh peristiwa mengikut kronologi dapat membantu sesebuah cerita itu adalah asli taupun bukan.
4) Aspek fungsional. Ia merujuk kepada sumber yang digunakan haruslah telah berfungsi pada ketika sesuatu peristiwa itu dikaji. Contohnya, apabila kita mengkaji dasar perang kerajaan British ketika Perang Dunia Kedua, sumber yang berfungsi sebenarnya ialah yang dikelarkan oleh Kabinet Britain dan jabatan-jabatan yang terlibat di bawahnya. Sumber selain itu dianggap tidak relevan.

Kesimpulannya, adalah amat penting untuk seseorang pengkaji mengambil langkah – langkah yang teliti sebelum memulakan kajian agar ianya adalah asli. Keaslian sesebuah karya sejarah lisan amat penting untuk dijadikan sejarah pada negara kita. Oleh itu semangnya bukan mudah untuk menulis sesebuah sejarah lisan. Pihak pengkaji haruslah mengambil semua faktor yang diterangkan di atas agar keaslian kajian sejarah lisannya terjamin dan diterima.





















KESIMPULAN
Akhirnya dapat disimpulkan di sini bahawa setelah saya menyiapkan tugasan ini, ianya banyak memberi pengetahuan yang baru kepada saya. Pertamanya, melalui tugasan ini, saya telah mempelaji cara-cara persiapan awal untuk menjalankan sesebuah temubual. Persiapan yang teliti dan terperinci dari awal banyak membantu pera penemubual untuk melaksanakan sesi temubual dengan jayanya. Persediaan yang rapi dan awal sedikit sebanyak membantu kedua belah pihak untuk melakukan proses temubual dengan lancar.
Kedua, melalui tugasaan ini juga banyak memberi pengetahuan kepada saya berkaitan dengan etika – etika yang perlu diamalkan ketika melakukan sesi temubual. Selain persediaan awal, etika ketika menemubual amat penting untuk mendapatkan mood responden serta kerjasama yang maksimum lantas proses tersebut akan menjadi lancar. Pasti untuk elakkan perkara-perkara negatif ketika temubual kerana ini akan mengundang rasa kurang selesa kepada responden. Amalkan etika yang terbaik dan positif di dalam melaksanakan sesebuah temubual.
Akhir sekali, sesebuah karya sejarah lisan adalah amat penting untuk diketahui keasliannya. Untuk mengetahui keaslian sesebuah sejarah lisan, terdapat beberapa aspek yang dinilai dan tahap yang perlu dilakukan oleh pengkaji. Apabila sumber-sumber sejarah lisan tersebut telah dinilai melalui empat aspek utama diikuti dengan pelaksaan tahap yang telah diterangkan di atas, maka dapatlah dikatakan bahawa sejaran lisan tersebut adalah asli. Sesungguhnya bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai, ibarat pepatah Melayu; Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Prinsip FITT

Prinsip FITT merujuk kepada prinsip – prinsip asas senaman. Sebelum kita meneruskan pengetahuan lebih lanjut tentang prinsip FITT, kita perlu ketahui dahulu apa itu senaman. Menurut Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat : 73 (2008), ada menyatakan bahawa senaman merupakan satu aktiviti fizikal yang dirancang, pergerakan struktur oleh badan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Ia dilakukan oleh individu ataupun berkumpulan secara kerap selama 20 hingga 60 minit sehari, sekurang – kurangnya tiga hingga lima kali seminggu. Contoh aktiviti senaman yang biasa dilakukan adalah seperti berlari, berjalan, berenang, berkayak dan berbasikal. Aktiviti senaman seperti ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur, jantina mahupun taraf kedudukan.
K. Pathmanathan (2007) dalam Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008) ada menakrifkan senaman sebagai salah satu daripada aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan. Setelah kita mengetahui apa itu senaman maka dapat dirumuskan bahawa senaman merupakan sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tetapi dengan secara kerap, tetap dan memberi pulangan yang berfaedah kepada pelaksananya.
Antara prinsip – prinsip asas senaman yang paling terkenal ialah prinsip asas senaman FITT. Apa itu FITT? Ia merujuk kepada :
F : Frequency atau kekerapan senaman.
I : Intensity atau bebanan
T : Time atau merujuk kepada masa senaman
T : Type merujuk kepada jenis senaman yang dilakukan.
Setelah kita mengetahui makna perkataan FITT maka dapatlah kita kupaskan satu persatu agar lebih dapat difahami. Merujuk kepada Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008), Senaman hendaklah dilakukan dengan konsisten. Jumlah hari melakukan senaman boleh dijadikan ukuran kekerapan. Kebanyakkan komponen kecergasan memerlukan sesuatu aktiviti dijalankan sekurang – kurangnya 3-5 kali seminggu pada intensiti yang cukup. Ini bermakna untuk mengkalkan kecergasan, sesorang itu perlu melakukan senaman secara konsisten dalam masa seminggu. Dengan cara ini ia dapat memberi kesan kepada tahap kecergasan seseorang berbanding melakukan aktiviti senaman yang hanya acap kali walaupun melakukan senaman yang berat. Untuk mengira latihan bagi pemain bola sepak, latihan kecergasan amatlah perlu bagi mengekalkan stamina agar dapat memberi tenaga yang maksimum sehingga 90 minit pada setiap perlawanan. Maka adalah perlu bagi seorang pemain bola sepak untuk turun ke padang seeloknya setiap hari bagi mengekalkan kecergasannya.






Gambar 1: Aktiviti Larian
Sumber : http://kusandriadi27.wordpress.com
Prinsip FITT yang kedua ialah Intensity atau bebanan. Ia merujuk kepada tahap senaman yang dilakukan samada senaman tersebut cukup lasak di mana ianya melebihi kadar biasa atau tidak untuk mencapai kecergasan yang sebenar. Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008), sekali lagi ada menyatakan bahawa kelenturan atau kelembutan memerlukanotot diregangkan melebihi had biasa. Kecergasan jantung juga memerlukan senaman yang dapat meningkatkan kadar nadi melebihi kadar nadi normal. Kadar nadi maksimum yang perlu dicapai adalah 60%-80%. Dengan kata lain. Sebelum melakukan senaman, seseorang itu perlulah memilih dan mengetahui bebanan atau kemampuan tahap senaman itu samada memadai, kurang atau melebihi tahap yang dikehendaki untuk mencapai tahap kecergasan yang maksimum. Individu tersebut perlulah memilih senaman yang sesuai dengan tahap maksimum kecergasannya agar tidak mengundang keadaan yang tidak diingin seperti kecederaan otot dan sebagainya. Sebagai seorang pemain bola sepak, pemilihan bebanan amat penting, ia perlu mengikut keseuai tahap senaman agar yidak berlaku kecederaan terutama pada otot kaki sewaktu melakukan senaman. Joging dan lari ulang alik adalah senaman ringan yang wajib dilakukan, namun adalah juga perlu melakukan senaman berat bagi mengimbangi dan membina fizikal yang sesuai sebagai seorang pemain bola sepak.







Gambar 2: Bebanan
Sumber : http://www.infosihat.gov.my
Prinsip FITT yang seterusnya ialah merujuk kepada Time atau masa senaman. Masa senaman perlulah dilakukan dengan keadaan dan cara yang sesuai. Untuk sesuatu sesi senaman yang baik masa yang disarankan adalah 20 minit tidak termasuk aktiviti memanas dan menyejukkan badan sebelum dan selepas melakukan aktiviti senaman. Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008), menyatakan, pada amnya, masa bersenam bergantung kepada intensiti atau bebanan. Jika senaman yang mempunyai bebanan yang rendah, ia memerlukan masa yang lebih panjang. Contoh senanaman intensiti rendah ialah berjoging atau berjalan. Untuk mencapai masa yang sesuai, senaman jenis ini perlu dilakukan dengan mengambil masa yang lebih panjang. Jika hanya 5 minit sahaja kita berjoging, ia tidak memberi makna apa apa pada tahap kecergasan kita. Berbanding pula dengan aktiviti senaman berintensiti tinggi seperti mengangkat berat atau sebagainya, memadai dengan masa yang lebih pendek kerana bebanan yang melebihi kadar biasa. Jelas di sini, masa senaman memainkan peranan penting di dalam kita mengekalkan kecergasan badan kita. Kebiasaan masa tidak diambil berat oleh sesetengah individu. Senaman hanya mengeluarkan peluh dan apabila penat terus berhenti. Penting juga masa yang sesuai untuk senaman ialah kebiasaannya pada waktu pagi dan petang adalah lebih sesuai berbanding waktu tengahari. Bagi latihan kepada pemain bola sepak, sebaik baiknya adalah waktu pagi dan petang. Namun bagi seorang pelajar sekolah seeloknya waktu petang sahaja. Adakan aktiviti memanaskan badan antara 3-5 minit, mulakan latihan dengan larian lima pusingan padang dan seterusnya latihan asas menyepak dan mengawal bola yang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Seterusnya membuat latihan taktikal seperti menyerang dan pertahanan. Akhirnya 3-5 minit diperlukan untuk menyejukkan badan. Ini adalah contoh biasa waktu latihan bagi sebuah pasukan bola sepak di sekolah rendah.






Gambar 3: Masa Senaman
Sumber : http://ismadhl.wordpress.com
Prinsip FITT yang terakhir merujuk kepada Type atau jenis senaman. Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008), ada menyatakan bahawa sesuatu jenis senaman harus dilakukan mengikut komponen kecergasan yang berbeza. Pilihlah aktiviti mengikut keupayaan dan minat serta pelbagaikan senaman yang dilakukan. Sebaiknya lakukan senaman bercorak aerobik, berbasikal, berenang, berjalan pantas, berjoging atau aktiviti yang menggunakan banyak pergerakan. Jenis senaman mestilah sesuai dengan tahap kecergasan yang diingini. Bagi seorang pemain bolah sepak, selain kecergasan stamina, senaman menguatkan oto kaki amatlah penting bagi memberi kekuatan sepenuhnya ketika bermain bola sepak. Antara contoh senaman bagi pemain bola sepak ialah larian dan latihan sepakan.







Gambar 4: Jenis Senaman
Sumber : http://www.pkukmweb.ukm.my
Kesimpulannya, prinsip asas senaman ini amat penting kita ketahui kerana ianya memberi impak kepada senaman yang kita lakukan. Perancangan amat penting dilakukan agae segala aktiviti senaman yang kita lakukan dapat memberi kesan yang maksimun kepada kecergasan yang kita ingini serta tidak membazirkan masa kita. Sebagai seorang jurulatih bola sepak amatlah penting bagi seorang guru untuk merancang dan menggunakan prinsip FITT ini pada latihan yang dijalankan kepada pemain bolasepaknya.

Thursday, November 18, 2010

Idul Adha


semalam adalah hari yang besar dalam kalender Islam iaitu hari ke 10 Zulhijjah yang menandakan umat islam menyambut hari raya korban. TAhun ni raya ku diperantauan.. hehehe biasa lee.. sekiaan lama hari raya haji jatuh dalam cuti sekolah namun pada tahun ini ianya jatu dipenghujung minggu terakhir persekolahan.. sekolah isteriku memang bercuti terus namun sekolah aku cuma cuti sehari sahaja.. maka tahun ni aku raya kat Klang,,... hehehe.. apa pun bangun pepagi pegi masjid sembahyang sunat aidil adha.. ok laaa,,,.. masji buat korban pada hari sabtu nnt. balik rumah lepak je.. raya kat sini langsung tak rasa apa2.. hahaha bebudak pun tak mai ruma.. naufal ngan aiman lepak jee.. tak tau nak buat apa.. last2 layan cerita The Gladiator Extended Uncut... boleh laa.. last2 jam 1.00 onn chak ngan nabil nak mai rumah.,..wife terus goreng bihun.. layannn... petang je hujan lebat.. sooo buat taik mata laaa... hehehehe... malam sambung habiskan assignment................................
(gambar yang tiada kaitan... hehehehe)

Sunday, November 14, 2010

Melepak kat rumah


saja aku tulis melepak.. yang sebenarnya keja belambak nak buat tapi dok rilek lagi... assignment saja ada 3.. baru sentuh satu tu pun tak siap lagi... adoiii... esok dah dekat2 baru kelam kabut nak buat.. hari ni cam biasa ..rilek je kat rumah jaga anak sebab bini ada kelas oum.. tak pa laaa.. nak buat camna.. cuma petang tadi ke Plaza Alam Sentral.. beli charger laptop aku ni.. dah kong semalam.. ok laa RM199.. yang penting charger yang rosak.. aku risau gak takut2 laptop ni yang rosak.. alhamdulillah... tak la mahai sangat... esok plak nak kena bagi kursus powerpoint kat cikgu2 sekolah menengah pulak... adooiii apa pun tak prepare lagi....

Wednesday, September 08, 2010

idul Fitri 1431H


pejam celik pejam celik danh tinggal lagi sehari lagi nak berpuasa untuk tahun 1431H ni.. sediah gembira bercampur baur.. sedih dengan kepemergiannya bulan yang penuh berkat .. gembiranya apabila dah tamat sebulan berpuasa dan disunatkan kita bergembira menandakan kemenangan kita di dalam melawan hawa nafsu.. semoga amalan yang dilakukan sepanjang ramadhan kali ini diterimaNya.. amin..

Thursday, August 12, 2010

Second day berpuasa


hmm letih gak hari ni.. namun itulah dugaan berpuasa...alah bisa tegal biasa cuma belom lagi nak ajar Aiman berpuasa.. biarlah.. 2 tahun lagi ok laa.. hari ni tanya boss sbb nak daftar aiman masuk prasekolah tahun depan.. hmm dah besar rupanya aiman ni.. semoga menjadi pelajar dan insan yang cemerlang.. amin..

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa


Nak ucap kepada semua rerakan dan taulan selamat menjalani ibadah puasa.. semoga ibadat kita dentida diterima oleh Allah.. Rasanya dah lama tak masuk sini kerana dunia kini telah dilanda demam FaceBook. maka, teknologi blog kini dah agak jauh kebelakang.. nak buat camna.. namun aku mengambil langkah untuk tersu juga menulis disini biarpun setahun hanya sekali.. hehehe

Saturday, February 13, 2010

Lamanya....


Rasanya agak lama aku tak masuk sini..dah beralih tahun dah.. hehehe bukan apa..tak dan. dok layan face book ja..sampai sini pun tak masuk. apapun tahun dah beralih, anak pun dah bertambah. hehehe tak sempat nak update kat sini.. apapun mengharapkan permulaan ynag baik untuk tahun 2010 ni.. amin.

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009


Alhamdulillah ketika menulis blog ini aku masih di kampung bercuti sempena menyambut hari lebaran pada tahun ini. Tahun ini sambut raya pertama di Penaga dan pada malam tu terus balik rumah mertua pula di Baling Kedah. Alhamdulillah juga semua berjalan dengan lancar dan teratur. cuma aku jer kena selsema dan batuk sikit.. hmm banyak sangat minum air batu kot dan tentunya terlebih sedut asap rokok.. hehehe bila nak berhenti pun tak tau. hari ni cam biasa pusing kampung pi beraya rumah sedara oarng rumah. ok la pekena nasi ulam sampai kenyang. so semoga kehadiran lebaran ini akan terus memancar kebahagian buat kami sekeluarga hendakNya. esok kenduri rumah abang aku (awang).. so kena pi la tolong2 sikit. dan di hari lebaran tu sempat juga la aku ambil gambar keluarga aku ni... hehehe InsyaAllah bulan depan tambah lagi sorang.

Wednesday, September 09, 2009

Mesyuarat transformasi kat melaka


hmm sekarang ni di Melaka memecahkan kepala meeting untuk transformasi tahun 2.. ok laaa. dari 7 sampai 10 september. cuma ..ralat sikit sebab bulan posa. dari pagi start sampai petang je.. ,malam freee. yang best kat sini internet boleh access 24 jam.. so cantik laa... layan tenet sampai sahur.. tapi yang frust sahur kena tapau.. adeh... sejuk sikit la lauk tu. apa pu hari ni dah settle sikit kerja.. esok boleh siap2 nak balik.. hehehe.. apa nak buat kerjaaaa... tak sangka sesibuk sampai camni kerja aku .. nasib laa sementara ada peluang.. bukan senang orang lain nak dapat. so rebut sje laaa.

Wednesday, August 26, 2009

Balik Kampung...

Sempena cuti penggal persekolahan aku pun balik kampung laa.. selepas menjalani peperiksaan PTK di SMK Jeram.. terus bergegas membayar segala bil2 dan htg2 bank. terus aku ke puchong ngan family melawat biras aku yang baru selamat melahirkan anak yang keempat.., . alhamdulillah semuanya sihat. kami pun terus menuju ke utara.. berbuka ngan burger king je tapi alhamdulillah kenyang ya amat. aiman tidur je kat belakang... singgah tapah makan aiskrim pulak.. melayan si aiman yang dah terjaga tu. hehehe tapi sedap jugak ye la.. harganya pun boleh tahan. apa namaya ..baskin robin ke apa tah. then.. terus meluncur ke utara.. sampai seberang jaya layan roti canai pulak kat retoran subaidah. hehehe asyik makan dan minum jer.. al maklomlah.. setelah penat sehari berpuasa dan drive.. lebih kurang jam 12 mlm kami pun selamat sampai di rumah mertua aku kat baling..

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan


hmm.. hari ni dah masuk hari yang ke 3 ramadhan. baru aku nak menaip balik. bukan apa dok buka selalu cuma malas nak masuk sini ja.. hehehe perangai lama. apapun aku masih lagi di klang walaupun sekarang ni musim cuti sekolah. awat aku tak balik kampung lagi??? heheh esok exam PTK laaa.. lepas tu baru laa nak balik kampuung... Sempena ramadhan yang mulia ini aku berharap dapat meneruskannya sampai habis serta juga dengan keluarga aku dan semoga ibu dapat terus mengandung dan tidak membvawa kemudaratan jika berpuasa.. amin. hari ni juga aku pi servis keta waja. bukan apa dah 90,000 dah meter pun. ni nak balik kampung lagi.. so.. semoga ramdhan kali ini terus membawa berkat dan rezeki kami anak beranak teerus bertambah.. amin.

Monday, August 03, 2009

exam OUMM3203

adusss... hari ni exam paper profesional ethics... susahnyaa.. walaupun dalam bentuk MCQ tapi susuahnyaaa... pening gilaaa... apapun belasah jaa.. harap harap banyak yang betul. kali ni aku target harap dapat C pun jadi laaa. Hari aku cuti sebab ada exam laa.. lepak rumah ngan aiman je. tak buat apa selain daripada mentelaah buku.

Thursday, July 30, 2009

Perjumpaan dengan pegawai tanah di BM


balik kampung. sampai lebih kurang 9.00 malam setelah drive sorang diri ngan kelisa. letih jugak laa tapi alhamdulillah dapat sampai jugak ke kampung. lepak kat rumah je malas nak keluar sbb letih. Esok pepagi ngan nurul dan makcik terus ke rumah Abg Lee. sampai sana kak chah, sarimah dan abg dee dah ada. so terus ke pejabat Gamuda kat depan High school BM. terpacak menunggu punya lah lamaaaaaa. bayangkan dari jam 9 pagi sampai pukul 2 baru dapat masuk jumpa dengan pegawai tanah tu.. geram betoi sbb kena tunggu lama. masuk2 pulak adoi.. tanah kena bagi sama rata walaupun pemilik tanah tu tanahnya tak kena. dah tension satu bab, harga tanah pulak tak berpatutan.. bayangkan sekaki cuma RM11.90 saja.. gila apa orang ni.. mana ada tanah harga tu la sekarang.. memang menyamun betoi kerajaan pusat niii.. depa untung gila2 orang kampung kena tipu, tanah tergadai.. merempat tempat duduk. depa kaut makan juta2.. adil ka macam ni.. dok canang bukan main,.. apa.. rakyat di dahulukan.. puihhh pi mampos lahhh... yang merana rakyat .. kena tipu hidup2.. kalau tak bersetuju pun depan nak ambik juga.. tu kira merompak merampas la tu...pukoi 4 abis.. tendang pi tendang mai.. aku mungkin dapat la dalam RM 20,000.. hmmm.. nasib laa. dah rezeki.. tapi yang aku terkilan sangat sebb harga tanah yang ditawarkan tu memang tak patut sangat... rendah...RM14 jaa...memang makan duit betoi.. kalau betoi depa main tipu memang aku tak halai lah.. kurang2 bagilah adil pada rakyat.. tanah dah jadi kecik dah..hmm.. nasib badan namun aku tetap bersyukur.. mungkin ini rezeki anak2 aku nanti. amin..
5.00 pm terus ke station bus butterworth.. tinggai kelisa kat nurul, aku terus ambik bas balik ke klang.. boring gila naik bas.. tido jee.. arghhh.. jam 10.30pm sampai klang. turun kat esso jaya jusco terus jalan kaki ke perodua. nasib baik cik azhar dah ada. terus aku ambik viva yang dah dibooking.. alhamdulillah.. segala perancangan berjalan lancar. BKL 3203. hari ni.. terus ke putrajaya balik.. sambung meeting....................oiiiiiii...tesis aku tak settle lagiiiiiiiiiiiiiiiii....InsyaAllah.. esok lusa aku siapkan ..amin.

Tuesday, July 28, 2009

Mesyuarat di BPK Putrajaya


27-20hb Julai.. meeting kat BPK. translate bali modul bahasa Inggeris ke bahasa melayu.. camni laa.. penat2 buat modul dalam bahasa inggeris kena tukar pulak. ini adalah rentetan PPSMI yang akan dimansuhkan pada 2012 nanti. biasa la kita ni orang bawah apa disuruh itu yang kita buat kan. naasib la.. nasib baik dia tak suruh tukar ke bahawa jawa pulak hehehe. apa pun enjoy jugak kat sini sebab boleh jumpa member member BPK.. nanti kejap aku kena balik penang pula.. esok ada perjumpaan dengan lawyer berkaitan dengan pengambilan tanah di penanti. harap 2 dapat la pampasan banyak sikit.. boleh la tampung mana2 hutang dan boleh ganti tayar waja yang dah nak botak tu. tapi entah bila baru nak dapat aku pun tak tau.. tak pa laa. lagi pun kalau viva nurul keluar hari ni boleh la aku terus hantar balik penang. kalau tak aku pakai dulu la biaq dia pakai kelisa aku dulu.

Tuesday, July 21, 2009

adussss....


peliknya title hari ni kan.. bukan apa proposal kajian aku ni tak siap lagii... tengah blur betull.. harap2 malam ni dapat la ku siapkan .. InsyaAllah...kusut betulll.. tapi dah print sikit bahan dan contoh kajian buat panduan. Hari ni mentua aku ada kat sini.. kat rumah abang ipar aku kat puchong. malam ni mungkin ke sana kot. biasala bawah buah2 kayu untuk anak menantu dia. hehehe ni lagi satu, semalam motor elegan tu meragam pulak tak nak hidup. adoii bunyik duit le tu apa lagi.. elok laaa dah lama pun aku tak servis..

Monday, July 20, 2009

booking viva


semalam ke perodua klang.. pi tengok tengok nak booking viva kat nurul.. ok la aku tengok.. harga pun boleh tahan viva 850 ja.. loan kalau approve RM27500 bulan2 bayaq dalam RM 341. ok la tu jangan tak bayaq sudah. jenuh aku kena cover. selesai.. hari bawa pay slip jer dia nak tengok. sabtu lepaih pun sit exam for profesional ethics.. susah jugak.. haru betoi.. terus pi copy yang BM punya. senang sikit nak baca oii. jangan eksen terre sangat hehehe.

Tuesday, July 14, 2009

Coral Bay Pangkor Island


hari ni ..bangun tidur di pangkor.. fuh sejuk betul .. maklom la aircond macam ribut bunyinya.. start bengkel audit data guna sistem DOSR.. banyak juga kena update. ni cerita semalam ibu korek telinga aiman sampai berdarah.. dah kena ke klinik check ngan doktor. InsyaAllah tak dak masalah kot.. haarap2 la... sempat juga mandi manda kat pool ngan am dan abg rizal... hehehe

Monday, July 13, 2009

Shahida balik dari Rome


pepagi hari ni pi sekolah ambil laptop dan print data guru.. settle. terus speed pi ambik shahida kat KLIA. dia baru balik dari rome, buat praktikal kat sana.. selesai saja ambik dia dalam pukul 10 terus ke Klang sentral ambik bas terus dia balik Penaga. settle keja aku satu. pastu balik rumah .. siap2 nak bertolak ke pangkor pulak.. adoi malas nya nak kena naik bot pulak laa.. nasib laa. sapa suruh jadi guru data..

Sunday, July 12, 2009

Futsal

hari ni bangun lewat sikit . heheh biasa la ahad.. tapi semayang subuh tau... tengah hari ikut aidil pi kenduri adik dia kawin kat kapar.. ok la .. ramai gak orang.. balik terus ke carefour beli flask aiman.. yang lama dah rosak.. kena tukar la. balik jer dari sana rehat kejap terus ke frenzy futsal. ada friendly ari ni ngan staff OUM.. heheh kena ayam ngan kita orang.. hehhehe namun berita sedihnya apabila diberitahu oleh chot yang kita orang kena tarik diri sbb tidak menepati syarat pertandingan yang mana akan berlangsung jumaat depan.. aduss penat ja dok training tiap2 minggu. apa nak buat.. depa nak international student bukan nya local. local sorang ja boleh masuk.. hampeh betoi.. awat OUM tak habaq awai2 haru betoi.. tak pa la.. sekurang2nya dapat jumpa member dan exercise sikit.. hehehe.. esok kena meeting akat Pangkor pulak 4 hari..

Saturday, July 11, 2009

Tesis!!!!!


hari ni sibuk sikit.. bukan apa.. bangun pagi terus ke Ulu Kelang untuk berjumpa dengan tutor aku Dr. Wan untuk tutorial Kajian sosial.. dah la sesat pulak tu .. adoi. nasib baik H/p ada GPS.. jumpa juga la ofis dia. Lepas tu terus tembak ke Starbucks uptown.. berjumpa dengan tutor penyelia untuk tesis research aku ni.. adoi.. banayk kejakena buat .. tak lengkap lagi proposal aku tu.. memang tak lengkap pun.. mana sempat nak buat .. sibuk sikit. tak pa.. InsyaAllah akan aku siapkan secepat mungkin.

Friday, July 10, 2009

Fakta menarik Liverpool musim 2008/2009


We only lost two league games this season - our­ best record since 1987-88 when we also lost twice That­ season we drew 12 games but still won the title by nine­ points from Manchester United.

We became the first­ team ever to lose only two games in a season and not go­ on to win the league. Chelsea in 2007-08, 2006-07 and­ Nottingham Forest 1978-79 were all runners-up having­ lost three games

Liverpool ended Chelsea's­ 86-match unbeaten home record with a 1-0 victory at­ Stamford Bridge.

We recorded the club's first­ league ‘double’ over Chelsea for 19 years.

A Yossi­ Benayoun goal ensured we became only the second English­ team to win in the Bernabeu.

And at Anfield we­ inflicted upon Real Madrid their biggest ever Champions­ League defeat as we went goal crazy with a 4-0 win.­

Overall we sent Madrid crashing to their heaviest­ two-legged European defeat in the knockout stages for­ 20 years.

We recorded our biggest win at Old Trafford­ for 72 years. It was also the first time four Liverpool­ players had scored at United in the same game.

Rafael­ Benitez broke Bill Shankly’s record of 65 European­ matches as Liverpool manager.

The boss also broke Bob­ Paisley’s record of 40 European wins.

Rafa recorded­ his 100th league win as manager in his 181st game. It­ was the 3rd quickest ever by a Liverpool manager and 50­ games faster than Alex Ferguson.

Liverpool have lost­ only six league games in total in the last two seasons.­ Manchester United have lost nine. Arsenal have also­ lost nine and Chelsea eight.

Liverpool finished the­ season as leading scorers in the Premier League. They­ scored 77 compared to Manchester United, Chelsea and­ Arsenal, who all scored 68.

The Reds boast the­ highest goals per game average of any team in all four­ divisions in England (1.93 goals per game) and will­ finish the season as such unless one of the following­ happens – Manchester United score nine in the Champions­ League Final or Chelsea score six