Monday, May 19, 2008
Cuti Hari Wesak
Hari ni cuti hari wesak.. lepak jer kat rumah., ada kenduri tahlil rumah jiran depan rumah. lepas tu ingat nak keluar jalan - jalan , Aiman pula tidur so semua tidur jer sampai petang.. petang bangun terus ke Giant shah alam shopping... heheh barang mahal la sekarang ni...
Tuesday, May 13, 2008
Peperiksaan Pertengahan Tahun
hmm hari ni start periksa pertengahan tahun kat sekolah aku.. sementara menunggu untuk jaga kelas yang lambat lagi ni sempat la aku masuk kat sini dulu.. biasa la.. hari ni lepak la sikit sebab tak payah mnengajar.. tapi lepas ni sibuk la sikit sebb kena marks paper. Alhamdulillah aiman juga dah baik dapd deman.. hampir seminggu juga dia demam. lani cuma selsemadan batuk2 sikit ja.. harap2 sembuh sepenuhnya.
apapun keta waja aku pun dah cat skirting nya.. rm 400 juga kena tapi tak pa la sekali sekala.. nampak cantik sikit dan yang kemek tu pun dah hilang.
apapun keta waja aku pun dah cat skirting nya.. rm 400 juga kena tapi tak pa la sekali sekala.. nampak cantik sikit dan yang kemek tu pun dah hilang.
Sunday, May 11, 2008
Selamat hari Ibu
Selamat Hari Ibu buat ibu seluruh dunia... selamat hari ibu buat ibu mertuaku.. rasa nak juga ucap kat ibu tersaayang namun.. ibu ku telah pergihampir 25 tahun sudah.. setiap kali solat akan ku tetap mendoakan mu ibu agar kau sentiasa sejahtera di sana bersama ayah dan sentiasa diiringi rahmatNya.. hanya doa yang dapat man berikan dan hadiahkan buat ibu dan ayah yang tersayang.. memang sedih kalau tengok semua orang dok sambut hari ibu hari bapa tapi ku tak dapat semuanya itu.. cuma apapun ku berdoa semoga roh ibubapa ku sentiasa ditempatkan disamping orang yang beriman.. amin..
dan buat isteri tersayang semoga akan menjadi seorang ibu yang solehah menjaga dan mendidik anak - anak ku.. amin.
dan buat isteri tersayang semoga akan menjadi seorang ibu yang solehah menjaga dan mendidik anak - anak ku.. amin.
Saturday, May 10, 2008
Tuesday, April 29, 2008
perginya Adam Haikal Iman

hari ni dapat berita sedih tentang kematian anak member baik aku iaitu faizal ismail atau lebih dikenali sebagai FBI yang bertugas sebagai DJ radio hot fm dan pengacara muzik muzik tv3.. al Fatihah buat Adam Haikal Iman b. Mohd Faizal yang pulang ke rahmatullah pada jam 5.30 pagi tadi. semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmatNya. kepada faizal sekeluarga semoga tabah menempuh dugaan Allah ini. InsyaAllah ada rahmat menanti..amin.
Thursday, April 24, 2008
dapatan mesyuarat
hmm.. baru balik dari melaka. lepas kat sekolah sementara menunggu nak masuk kelas sempat la menulis kat sini sikit .. bukan apa saja nak buat rajin sikit... apapun enjoy jugak masa meeting ari tu.. dan apa yang penting dah dapat gambaran sedikit tentang modul untuk year 5 nanti. dan yang best jugak ialah dapat enjoy bowling dan layan karaoke kat sana.. heheheh letih betul.. tapi nasib baik semua kerja sempat settle. so.. en joy jugakk
Monday, April 21, 2008
Meeting kat Melaka
Hri ni start meeting kat straight Meridian Melaka.. ok la mai ngan jumain..naik gen2 skyline dia.. bertolak dari rumah jam 2 sampai sini dalam kul 4 petang.. lepad la.. bilik ok jugak dan ada access internet tu yang boleh tulis blog ni tu. makan pun sedap..menambah2 lagi.. so far ok la enjoy cuma malam ni la baru nak start apa yang nak dibincangkan. semoga mesyuarat ini berjalan dengan lancarnya.. cuma badan ni dok sakit2 sikit lenguh urat.. memang nak kena pi berurut la..heheheh
Sunday, April 20, 2008
April 2008

hmm . lama jugak tak masuk. bukan apa malas sikit. lagi pun dok sibuk exam.la dah abis rilex la sikit. doj ralitmain game generals zero hour la pulak.. aiman pun dah makin besar dan pandai.. pandai cakap jugak.. apa pun esok kena ke Melaka.. mesyuarat ICTL untuk bengkel year 5 pulak.. boleh la makan angin sikit lagipun exam sem 2 dah abis. hhehehe
Tuesday, February 12, 2008
Saturday, January 05, 2008
selamat tahun baru 2008
hmm walaupun lambat sikit tapi nak ucap jugak setelah pening memikirkan password yang terlupa.. lawak betoii..last2 nasib baik dapat ingat balik..
Wednesday, June 20, 2007
Happy Birthday Aiman
15 jun yang lepas selepas sembahyang jumaat..sambut birthday aiman..kecil2an sahaj kami sekeluarga..bini beli kek so makan kek la ari tu...seronok sungguh aiman tu lagi pun dok tengah cargas berjalan semua nya dia dok explore la ni...seronok hati aku melihatnya...kejap ja dah setahun anak aku ni...semoga sihat sentiasa dan cepat besar menjadi orang yang soleh dan berguna,...hehehe oleh kerana ari tu makan kek jer perut terus terasa lapar balik..keluar cari makan kat wan telor berlada..baru kenyang..hehehe apapun hapi birthday aiman ikhlas dari ayahmu.....muaaahh
Tuesday, June 19, 2007
siapalah aku...
siapalah aku ini
hanya sebutir pasir dipantai nan bersih
hanya buih-buih dilautan luas.
hmm saja terpikir mengnangkan diri ini yang semakin dilupakan
biasalah bila usia kian meningkat dan prestasi kita semakin menurun ..kita mula dilupakan...aku tak kisah dan aku redha..kalau tak ader pun tak jejas hidup aku...biarlah aku melihat dari jauh..mungkin sampai masa nya untuk aku mengundur kan diri..hehehehe
Sunday, May 27, 2007
cuti penggal persekolahan
hmmm sedar tak sedar cuti sekolah datang lagi...yahooo...dapat la lepak dan balik kampung..hehehe..namun dalam sedang bergumbira, AB dapat faks...kena kursus kay sepang. 28hb.sampai 30hb ni...alahai..terpaksa la nak buat camna..amanah dan tanggung jawab perlu di utamakan...itulah antara pengorbanan seorang guru...sapa kata guru banyak cuti!!!
hehehehe...
petang tadi sepetang jadi pengadil futsal kat sekolah..adoi letih gak..tapi yang menghiburkan ialah apabila mengadili futsal team perempuan...hahahaha laawak giler ...hehehe depan gol pun belum tentu masuk..hehehe..semangat main bolam cam itik ribu...bola ke situ, semua serbu...hehehe..tapi AB puji semangat dia orang yang bermain bersungguh-sungguh...
Wednesday, May 16, 2007
selamat hari guru
Tuesday, May 15, 2007
hmm..tak sabar menunggu masanye tiba
Subscribe to:
Posts (Atom)

