Sunday, May 27, 2007

cuti penggal persekolahan


hmmm sedar tak sedar cuti sekolah datang lagi...yahooo...dapat la lepak dan balik kampung..hehehe..namun dalam sedang bergumbira, AB dapat faks...kena kursus kay sepang. 28hb.sampai 30hb ni...alahai..terpaksa la nak buat camna..amanah dan tanggung jawab perlu di utamakan...itulah antara pengorbanan seorang guru...sapa kata guru banyak cuti!!!
hehehehe...
petang tadi sepetang jadi pengadil futsal kat sekolah..adoi letih gak..tapi yang menghiburkan ialah apabila mengadili futsal team perempuan...hahahaha laawak giler ...hehehe depan gol pun belum tentu masuk..hehehe..semangat main bolam cam itik ribu...bola ke situ, semua serbu...hehehe..tapi AB puji semangat dia orang yang bermain bersungguh-sungguh...

Wednesday, May 16, 2007

selamat hari guru


ari ni dapat banyak wish hari guru..terima kasih kawan2 diatas ucpan kalian...hmm seronok kan ader orang ingat kat kita..aku pun nak ucapkan selamat hari guru pada semua guru dan juga guru - guru yang mengajar aku..i love you all

Tuesday, May 15, 2007

test lagi

test masukkan slide show

hmm..tak sabar menunggu masanye tiba


hmm. tak sabar rasanya menunggu masanya tiba hari perlawanan tersebut maklumla pasukan feberet aku main..adakah akan berulang kejayaan 2005..hahaha..sama2 lah kita tunggu..

apa..laa buat malu ja si mazidul ni


JOHOR BAHRU 14 Mei — Pengacara TV3, Mazidulakmal Sidik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh menyalah guna dadah.

Mazidulakmal, 40, bersama Fadzli Ramli, 40; Johari Sarkon, 34; dan dua wanita, Tumijah Adras, 34; dan Umaisyah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah methamphetamine ke dalam tubuh mereka di Bilik 88, Groove City Sdn. Bhd., Nombor 19, Jalan Abdullah Tahir di sini, pada 2.45 pagi Sabtu lepas.

Majistret Rasidah Roslee membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept. untuk perbicaraan.

Dakwaan mengikut Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman denda sehingga RM3,000 seorang, jika sabit kesalahan.

Mazidulakmal dan Fadzli diwakili peguam, A. Vimala, manakala Tumijah dan Umaisyah tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Insp. David Chong Seng Yong. - Bernama

Sunday, May 13, 2007

lagu tersedap yang di bawa oleh aswad

dinner kat nelayan restoran titiwangsa


hmm..20 april lalu aku dan keluarga ke nelayan restoran ttiwangsa untuk jamuan makan malam sempena perpisahan kdpoum ambilan januari 2007..hmm.menarik juga tempat ni..makan steamboat..ok laa..sampai san lebih kurang jam 8.00 malam..biasala jam kat kl ni..tapi ok . enjoy semua ngan pensyarah...semoga kita semua dapat berjumpa lagi.

hmm..pelik haa

Harimau tinggalkan anak di beranda rumah
Oleh SUNARTI KIBAT



Anak harimau yang ditinggalkan di beranda rumah di Kampung Belahan Tampok, Batu Pahat, Johor, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



BATU PAHAT 12 Mei – Seorang suri rumah terkejut apabila apa yang disangkanya anak kucing yang ditinggalkan di beranda rumahnya di Kampung Belahan Tampok, Rengit dekat sini rupa-rupanya anak harimau yang baru dilahirkan.

Yuniar Saiman, 41, dan suaminya yang baru pulang dari membeli-belah barang dapur kira-kira pukul 11 malam kelmarin terlihat sebuah objek kecil bergerak-gerak di beranda hadapan rumahnya lalu menyuluhnya dengan lampu kereta.

Apabila didekati rupa-rupanya ia adalah seekor binatang kecil berwarna coklat muda menyerupai anak kucing yang baru lahir serta ditinggalkan oleh ibunya.

Menurut Yuniar, beliau dan suaminya mengambil keputusan meninggalkannya di luar beranda rumah dan menghidupkan lampu di bahagian itu dengan harapan ibu kepada anak binatang itu akan datang kembali dan mengambil anaknya.

Beliau berkata, bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila tidak lama selepas itu mereka mendengar bunyi haiwan mengaum dengan kuat seperti suara harimau.

Katanya, kerana bimbangkan keselamatan, mereka tidak membuka pintu kerana yakin harimau memang wujud di sekitar kawasan rumah mereka yang sebelum ini memang semak samun.

“Sebelum ini pun, anak lelaki kami pernah terserempak dengan tiga ekor harimau kumbang di belakang kebun kami kira-kira dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka petang semalam.

Yuniar memberitahu, penemuan haiwan itu telah dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berdekatan dan kemudian mengesahkan ia adalah anak harimau

bersiar di taman shah alam



hari ahad selalu bawa aiman jalan jalan di taman tasik shah alam..main2 kat sana..seronok betul si aiman kalau dapat main. sampai nak balik pun taknak..

Tuesday, April 03, 2007

Friday, March 30, 2007

Maulidur Rasul

SELAMAT SEJAHTERA> RINDU LAH PADA RASULULLAH... Sesungguhnya Nabi Muhammad amat sayang padakita umatnya. Bagaimana kita?

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisahtentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melaluikehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikankhutbah...
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang> mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap> sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah> masih tertutup.Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai RasulAllah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurg bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan> tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh> tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka

Saturday, March 24, 2007

dah beralih tahun


hmm..lama sangat tak masuk sampai dah beralih tahun dahn pun..lamanya..

aiman pun dah besar..hmmm


Tuesday, October 17, 2006

Syawal

hmm..syawal dah dekat..huuu..tak sabar raasanya nak balik kampung jumpa sanak saudara..harap2 tak der apa yang berlaku dalam perjalanan..hmm kena tunggu anuar dulu..tak pa la ..balik malam sejuk sikit. harap2 juga jalan tak la berapa jem..hehehehe..harap2 la..
tahun ni raya rumah mertua..nasib la..tak per biasa le ..tahun depan raya sebelah sini pulak ..sama jer..sebenarnya ada nikmatnya tu..

Friday, October 06, 2006

lama tak masuk


hmm...lama tak tulis dalam bolg ni..bukan apa sebab dah ada satu blog kat odc..apapun kena masuk sini gak la..saja update..diam tak diam..aku dah anak seorang yang nama nya arif aiman azman..selain tu sekarang ni dah masuk hari ke 13 ramadhan 1427 bersamaan oktober 2006..hmm dah nak raya la pula..best nya..raya kali ni bersama anak yang tersayang..
yang tak best nya cuti raya kejapa jer .. alahai dapat seminggu je..hmm jadi la asalkan dapat balik kampung beraya ngan keluarga..
Inilah gamar aiman..cute tak hehehe

Saturday, May 20, 2006

Selamat Hari Guru

selamat hari guru kepada semua guru di malaysia ini..juga kepada aku..hehehe isteri aku...arghhh..16 mi..ari tu sambut cam biasa jer..pastu aku kena pi BTN...kat ampang pecah..masuk kubor ooo...olok2 jer tapi ya Allah..insafnya..enjoy jugak la kat sana sbb am pun ada..tak la boring sangat. so hari guru sekolah aku sambut pada hari jumaat ari tu..ok jugak la..aku yang garang ni dapat jugak hadiah..hehehe..enjoy laa..

ari ni pulak dok lepak kat seklah sbb ada motivasi..ok laa..yazid and the gang..aku tolong2 jaa..hmm nak tulis apa lagi aa..kesian jugak kat bini sbb kena tinggal kat umah tapi tak pa..adik ipar aku ada..hmm..kertas soalan tak bungkus lagi..adoi malasnyaaa.....minggu depan nak kena jadi pegawai sukan kat kuala selangor pulak..adoi..

Saturday, May 13, 2006

HARI IBU.....


bebaru ni kita menyambut ari ibu...best nye kepada mereka yang masih mempunyai ibu..macam aku ni...ibu dah lama meninggal dunia..sedihnya...apakan daya..suratan telah menentukan..tapi kepada yang masih mempunyai ibu harap hargailah dia sementara dia masih hidup....nanti menyesal pulak...
Hmmm..bercerita tentang ibu ni..tak lama lagi org umah nak bersalin..seronok nya..anak yang pertama pulak tu harap2 semuanya selamat...amin..tk sabar rasanya menunggu hari yang bahagia tu...

Lama tak tulis..

adoi..lamanya rasa tak tulis..hehehe..entayh kenapa ..lupa pulak id nak masuk sini nasib baik ingat balik..hehehe..argh...pc kat umah problem pulak..hard disk kong kot..alahai banyak data dalam situ entah laaa...tension..sbb nak tolong member pc aku pulak kong....aduihhhhh

Sunday, January 15, 2006

selamat tahun baru

selamat tahun baru 2006 kepada semua.. tahun ni gembira sangat ..InsyaAllah aku akan menimang cahaya mata yang sulung pada bulan june nanti..
gembira sangat..

Monday, October 03, 2005

Ramadhan

Bulan puasa kembali lagi..selamat berpuasa semua umat islam di dunia ini..banyak pahala dalam bulan ni.. baru je selesai sukan kat sekolah..rumah aku kalah teruk...tapi tak pa..maintain...hehehe apa pun selamat menyambut Ramadhan tak lama lagi..ari ni tengok anak bulan kot.