Tuesday, October 17, 2006

Syawal

hmm..syawal dah dekat..huuu..tak sabar raasanya nak balik kampung jumpa sanak saudara..harap2 tak der apa yang berlaku dalam perjalanan..hmm kena tunggu anuar dulu..tak pa la ..balik malam sejuk sikit. harap2 juga jalan tak la berapa jem..hehehehe..harap2 la..
tahun ni raya rumah mertua..nasib la..tak per biasa le ..tahun depan raya sebelah sini pulak ..sama jer..sebenarnya ada nikmatnya tu..

Friday, October 06, 2006

lama tak masuk


hmm...lama tak tulis dalam bolg ni..bukan apa sebab dah ada satu blog kat odc..apapun kena masuk sini gak la..saja update..diam tak diam..aku dah anak seorang yang nama nya arif aiman azman..selain tu sekarang ni dah masuk hari ke 13 ramadhan 1427 bersamaan oktober 2006..hmm dah nak raya la pula..best nya..raya kali ni bersama anak yang tersayang..
yang tak best nya cuti raya kejapa jer .. alahai dapat seminggu je..hmm jadi la asalkan dapat balik kampung beraya ngan keluarga..
Inilah gamar aiman..cute tak hehehe

Saturday, May 20, 2006

Selamat Hari Guru

selamat hari guru kepada semua guru di malaysia ini..juga kepada aku..hehehe isteri aku...arghhh..16 mi..ari tu sambut cam biasa jer..pastu aku kena pi BTN...kat ampang pecah..masuk kubor ooo...olok2 jer tapi ya Allah..insafnya..enjoy jugak la kat sana sbb am pun ada..tak la boring sangat. so hari guru sekolah aku sambut pada hari jumaat ari tu..ok jugak la..aku yang garang ni dapat jugak hadiah..hehehe..enjoy laa..

ari ni pulak dok lepak kat seklah sbb ada motivasi..ok laa..yazid and the gang..aku tolong2 jaa..hmm nak tulis apa lagi aa..kesian jugak kat bini sbb kena tinggal kat umah tapi tak pa..adik ipar aku ada..hmm..kertas soalan tak bungkus lagi..adoi malasnyaaa.....minggu depan nak kena jadi pegawai sukan kat kuala selangor pulak..adoi..

Saturday, May 13, 2006

HARI IBU.....


bebaru ni kita menyambut ari ibu...best nye kepada mereka yang masih mempunyai ibu..macam aku ni...ibu dah lama meninggal dunia..sedihnya...apakan daya..suratan telah menentukan..tapi kepada yang masih mempunyai ibu harap hargailah dia sementara dia masih hidup....nanti menyesal pulak...
Hmmm..bercerita tentang ibu ni..tak lama lagi org umah nak bersalin..seronok nya..anak yang pertama pulak tu harap2 semuanya selamat...amin..tk sabar rasanya menunggu hari yang bahagia tu...

Lama tak tulis..

adoi..lamanya rasa tak tulis..hehehe..entayh kenapa ..lupa pulak id nak masuk sini nasib baik ingat balik..hehehe..argh...pc kat umah problem pulak..hard disk kong kot..alahai banyak data dalam situ entah laaa...tension..sbb nak tolong member pc aku pulak kong....aduihhhhh

Sunday, January 15, 2006

selamat tahun baru

selamat tahun baru 2006 kepada semua.. tahun ni gembira sangat ..InsyaAllah aku akan menimang cahaya mata yang sulung pada bulan june nanti..
gembira sangat..

Monday, October 03, 2005

Ramadhan

Bulan puasa kembali lagi..selamat berpuasa semua umat islam di dunia ini..banyak pahala dalam bulan ni.. baru je selesai sukan kat sekolah..rumah aku kalah teruk...tapi tak pa..maintain...hehehe apa pun selamat menyambut Ramadhan tak lama lagi..ari ni tengok anak bulan kot.

Wednesday, September 07, 2005

Ulang Tahun Perkahwinan

Hari ni adalah hari Ulang Tahun Perkahwinan aku yang ke 3...
bahagia tak?..bahagia..ala gaduh2 sikit2 tu biasa la adat berumah tangga..hehe

UPSR dah abis

ari ni upsr dah abis.Alhamdulillah..semua spot aku keluar harap2 budak2 pun boleh buat la
bestnye...budak2 lagi la..dah merdeka...
lepak tiga hari ni..esok start mengajar balik..adoi malasnya...settlekan laman web sekolah ni..ok lah










Monday, September 05, 2005

UPSR

ari ni upsr dah mula..anak murid aku mula menduduki peperiksaan itu.
Harap2 korang dapat jawab dengan baik lah ye...

Friday, September 02, 2005

Mr.Re 98

Kejujuran Sebuah Cinta
Aku coretkan sebuah nukilan hati
Tatkala hati ku gundah dan gersang …
Kehausan air yang bernama kasih sayang

Suatu ketika aku hanyut dengan mainan kusendiri
Kini kesedaran telah menjelma
Namun terlewat untuk ku jejaki
Tunduk aku kini mengalah

Segalanya berlalu
Bak senja singgah menanti lagit untuk seketika
Hilang ditelan kabut malam

Sunyi sepi deruan ombak menyapa
Jujurkah seorang insan itu
Kecewakah seorang insan itu
Andai miliknya digengaman insan lain?
Akibat kelekaannya

Tidak!..bentak sebuah sanubari
Untuk apa aku kecewa..
Bagi ku kebahagiaan insan itu adalah kebahagiaan ku jua.

Kesilapan ..adat serta sebuah harapan yang harus aku titipkan dulu
Bukannya soal cinta
Cinta itu luhur dan perlukan pengorbanan
Tiada cinta yang tiada pengorbanannya.


Khas untuk Alang

Di dalam kemelut yang melanda hati ku
Berdiri bagaikan seorang pahlawan
Memegang kata janji dan sumpah
Yang mampu menggeruni segenap buana

Pantai kembali sepi
Desir ombak lemah memukul pantai
Lambaian kelapa lemah disapu angin
Batu – batu bersih tegap memaku bumi
Karang berkilauan di lautan

Keusangan terasa amat di dalam diri
Dimanakah semangatnya dahulu
Yang berbaur mencabar
Yang mampu merobohkan biar
Seteguh kota Melaka.
Biar setebal tembok China
Kemarahannya itu bagai luahan Krakatoa yang memuncak ganas
Bagai greg yang menghembus bencana
Diam
Diam
Diam
Dimana kemana bagaimana
Entahlah..
Sepi seorang perwira
Sepi seorang pria
Sepi seorang lelaki
Seorang jejaka
Seorang pemuda
Seorang teruna
Bagaimana dunia harus mengetahuinya
Bahawa disaat ini
Seorang perwira yang gagah
Tertewas dengan sebuah kepalsuan cinta
Dari seorang yang bergelar wanita.

Thursday, September 01, 2005

Sambutan hari merdeka



kayuhan merdeka. naik basikal keliling kampung membawa jalur gemilang. salah satu acara sambutan kat sekolah aku pada 30 Ogos lalu

Monday, August 29, 2005

mula sekolah balik

ari ni mula sekolah balik..adoi malasnya..
apa nak buat dah tugas..settle kan pendaftaran ptk. lega sikit.esok dah nak kena hantar.
meeting plak ari ni. nak settlekan ptk dan ppsmi..macam2 lani..letih woo.
tapi ada masa gak nak update blog aku ni hehe..
orang kampung semua nya sehat..ok lah.
esok sambutan hari kemerdekaan..
semalam ronda kl dengan isteri..shoping heheh
rapt juga takpe lah sekali sekala..bini dapat anjakan gaji
apa lagi suami tumpang sekaki hehehe

Friday, August 26, 2005

Friday, August 19, 2005

gambar cikgu sekolah



ni la gambr cikgu2 sekolah aku..tapi ni gambr lama..ada yang dah pindahdah..tahun lepas punya..guru besar pun dah tukar. gambar aku?

waaa tak dela sbb aku yang ambil gambar..kesian kat aku kan

kereta waja baru



ini pula kereta waja aku.. heheh baru ambil sbb dah tolak wira lama tu..boleh la..ada rezeki sikit..

baalik kampung naik waja la..harap2 tak ader problem. malam ni kut Insyaallah. malam sejuk sikit. amacam cun tak keta ni...

perasmian pembukaan kemerdekaan

semalam sekolah aku buat perasmian sambutan hari kemerdekaan..ha.. nila gambarnya..
semangat betul budak-budak ni..heheh
yang dok ambil gambar tu cikgu azizi.
aku ambil ni pakai handpone aku heheh
atas bangunan.

balik kampung

ari ni last sekolah sebab esok cuti seminggu..boleh la balik kampung
heheh naik kereta baru..
tapi........banyak keje laaa.. data ptk ke siapkan adoiii
balik sini awal plak tu..
sbb ganti kelas sbt ari jumaat..ok laa janji cuti dulu..

Wednesday, August 17, 2005


..ambilah masa untuk berfikir kerana berfikir itu asas keluasan.. ..ambilah masa untuk membaca kerana membaca asas kebijaksanaan.. ..ambilah masa untuk berkerja kerana kejayaan tidak akan datang tanpa usaha.. ..ambilah masa untuk sembahyang kerana sembahyang itu asas ketaatan.. ..ambillah masa untuk bermain kerana bermain itu asas kecergasan.. ..ambilah masa untuk bersedekah kerana masa terlalu singkat untuk diri sendiri.. ..ambilah masa untuk tertawa kerana tertawa itu penawar jiwa.. ..ambilah masa untuk sahabat kerana sahabat itu jalan kebahagian.. ..ambilah masa untuk berkasih sayang kerana kasih sayang itu kurniaan Allah..
"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera."

Tuesday, August 16, 2005

jerebu

baru2 ni jerebu melanda selangor...
darurat..sekolah cuti dua ari..ingat nak balik kampung
tak jadi laaa lepak kat umah je