Thursday, September 24, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Alhamdulillah pagi yang syahdu.. Takbir bergema di masjid... Allahu Akbar.. Allahu Akbar walillah ilham... Syukur kehadrst ilahi dapat jua aku menyambut Aidil adha pada thun ini.. Cemburu aku kepada mereka yang dapat pergi menunaikan haji.. Aku ni bila entah berpeluang namun tetap berhajat dan bermohon padaNya di beri peluang menjadi tetamu Allah di sana.. Semoga diperkenankan doa ku ini. 
      Seperti biasanya pepagi lepas solat subuh.. Terus baca surah Al- Mulk..msarapan dan siap sedia nak ke masjid..tahun ni balik beraya pertama di penaga dahulu.. Malam tadi ramai2 tidur di rumah makcik... Oh sebelum tu hampir terlupa, kelmarin aku culup sibuk di rumah kak chah.. Kakak aku yang sulung kerana abang ipar ku telah pulang ke rahmatullah .. Innalillah.. Abg lah pergi pada usia 75 tahun pada jam 1.15 pagi sehari sebelum kita menyambut aidiladha. Alhamdullah arwah telah selamat dikebumikan jam 3 pada petang itu.  Semoga arwah ditempatkan bersama dengan org2 yang beriman... Amin.
      Selesai bab tu, balik semula cerita hari ni.. Lepas solat raya, terus balik ke rumsh .. Melepak saja hari ni di rumsh mskcik.. Menu hari ni nasik tomato daging dengan mee kuah...mterbsik.. Kenyang swngat. Alhamdulillah... Malam plak bergerak balik baling pulak... Turn raya di sana pulak.. Hmmm... Mata pun dah lali.. Jom nak beradu dulu... Assalammualaikum..

Tuesday, September 22, 2015

Balik Baling

Di saat jari ini menaip, aku berada nun di Baling di rumah mertua aku.. Hari ini tiada yang menarik cuma seperti biasa rutin seharian waktu cuti... Pepagi je auntie cermin ngan husband dia datang rumah untuk pasang cermin.. Alhamdulillah satu bab dah selesai. Lepas itu, terus siap2 untuk balik Baling namun sempat singgah jap ke OSK menghantar borang defect rumah. Terus selepas itu balik ke Baling.. Rest je pun kat sini.. Relax le.. Malam malam biasa di sini.. Jom.. InsyaAllah esok puasa sunat Hari Arafah... Insya Allah..

21/09/2015

Bismillah... Hari ni mcmam biasa bangun waktu cuti cuti sekolah ni...sedikit lewat macam biasa. Planning hari ni pertams nak settle duit renovate rumah. Alhamdulillah jam 10 mr Loo tu mai.. Settle semua.. Alhamdulillah abis 50k juga... Rezeki Allah semuanya. Lepas a tu teruih pi penang. Jumpa huzaid minta tolong ejas transfer nak balik penang.. Harap hArap semuanya berjalan seperti yang dirancang. Amin ya Allah.. Semoga urusan ku itu dipermudahkan oleh Mu. Habis ja di ppd timur laut.. Apa lagi, meronda sakan la kat penang. 3D art museum la, ghost museum la dan upside down museum.. Ok laaaa yg penting anak anak suka.. Lepas maghrib terus balik.. Singgah tesco sat beli barang masak.. Sampai rumah teruih bummmmmmm..... Alhamdulillah biarpun penat seharian namun semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Nya...

Monday, September 21, 2015

20/09/2015

Bertemu lagi diruangan ini. Alhamdulillah dspat bertemu lagi sebelum melabuhkan diri untuk tidur. Alhamdulillah hari ini berjalan dengan lancar dengan izinnya. Hari ni bermula dengan keluar pergi pekan sp membeli sedikit barangan rumah.. Hahah sedikit pun abis dekat 4k.. Huhu apa nak buat. Janji selesa. Petang ni dapat bermain sepak raga dengan kawan staman.. Terbaik.. Malam pula berjumpa dengan rakan lama semaktab di subaidah sp. orait.. Jom tidur...jumpa lagi esok pagi.. Insya Allah...

Sunday, September 20, 2015

Cuti penggal persekolahan

Alhamdulillah hari ni start balik kampung aka balik rumah sendiri di sp. Betapa riangnya di hati apabila dapat balik ke kampung bercuti bersama keluarga. Abis je meeting hari ni aku terus berkemas dan bertolak balik menyusuri highway utara selatan... Alhamdulillah sepanjang perjalanan yang lancar aku bertolak jam 2 petang dan tiba di sp pada jam 6.00 petang. Hujan sekejap sekejap namun semuanya berjalan lancar biarpun seketika tiba tiba lampu enjin exora menyala. Tiba sahaja di sp singgah makan dulu di big mouth restoran.. Terbaik juga makanan di situ. Beli sedikit kelengkapan terus kami sekeluarga menuju ke bandar puteri aka puteri residen. Syukur ya Allah kerana kami selamat tiba... Jom dah nak tidur.. Rest penat memandu.. Jumpa lagi esok hari insyaAllah...

Saturday, September 19, 2015

19/09/2015

Allhamdulillah hari ini masih dapat menghirup udara yang segar milik Allah. Mama biasa hari sabtu dapat membaca al quran selepas solat. Hari ni last day meeting kat dewan bahasa dan pustaka. Pembikinan buku teks digital yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Allahu Akbar... Moga dengan semangat ini dapat aku menulis kembali bicara hidup aku setiap hari di atas tinta maya ini. Semoga ianya menjadi rutin seharian aku sebagai satu muhasabah diri aku setiap hari. Semoga aku dapat terus istiqamah dalam melakukannya. Amin. 
( tingkat lapan DBP)