Saturday, August 24, 2013

Sekolah Ganti

Hari sekolah ganti.. Adoi.. malasnyee.. hehehe maklom la malam tadi dah belasah main futsal. Pagi ni mula la rasa macam2 namun tugas tetap perlu dilaksanakan. Cam biasa kalau Sabtu sekolah mestinye budak tak ramai yang datang.. mcam sekarang la ni.. hehehe kelas moral aku sorang je yang datang.. heheh semangat.. tahniah.. yang lain.. hampeh..
HAri ni bermula juga aku memikul tugas sebagai cameraman.. tu lah.. nak buat camna .. ingat nak dok diam2 je kat sekolah tapi tu lah.. susah.. moga2 aku dapat laksanakan amanah yang di beri dengan sebaiknya. amin.. so.. jom.. sampai sini dulu.. tunggu aku dah dapat tugasan yang baru juga.. next episod aku cerita.. da da

Sunday, August 18, 2013

Balik Ke Sekolah

Punya lah lama aku tak menulis kat sini.. Emm untuk pengetahuan semua . aku dah balik ke sekolah untuk melayakkan aku mendapat lantikan dg41 aku..Mungkin sebab tu aku lama tak masuk sini.. tak sempat walaupun banyak masa.. hehehe Bulan Ramadhan pun belalu macam tu sahaja tanpa sempat aku nak coretkan dalam blog ini.. kini dah Syawal dah dan esok dah abis cuti dan perlu kembali ke sekolah..
Sini Nak story sikit lah.. seminggu sebelum puasa, aku dah menerima panggilan dari pihak jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang mengatakan telah terima surat untuk aku di lantik menerima gred dg41 di sekolah. Malah kerani JPS dah call dan meletakkan aku di sekolah SK Seksyen 9 Shah Alam. Sekali sekolah anak daa.. tak per lah.. senang sikit.. cuma masalahnya anak aku sekolah petang tapi aku kena mengajar sekolah pagi.. nasib laa.  petang2 kena ke sekolah semula nak ambil dia balik sekolah. Di sini aku mengajar BM tahun 4 da 5, matematik dan moral tahun 3. Guru kelas tahun 4 Delima.. masa mengajar full.. penuh.. nasib lah.. malas nak demand2 terima je laa.. tahun depan boleh la kot.. biasa la.. lupa nak cakap yang sekolah ni sekolah SBT.. Sekolah Berprestasi Tinggi... banyak kerjaa oooiii.. hehehe.. ambil habuan.. sambil tu planning nak balik kampung dah.. dah boleh isi borang pindah ke utara.. moga2 di luluskan...
Raya tahun ni?.. walaupun cuti panjang tapi macam tak best je.. entah kenapa? heemmm.. panjang ceritanya.. biarlah rahsia.. terusnya aku terus redha dan bersyukur... semoga aku terus kuat sehingga akhir hayat aku..
Esok?  ..dah start sekolah balik.. moga aku terus kuat untuk terus mendidik anak didik aku menjadi orang yang berguna... amin