Wednesday, September 07, 2005

Ulang Tahun Perkahwinan

Hari ni adalah hari Ulang Tahun Perkahwinan aku yang ke 3...
bahagia tak?..bahagia..ala gaduh2 sikit2 tu biasa la adat berumah tangga..hehe

UPSR dah abis

ari ni upsr dah abis.Alhamdulillah..semua spot aku keluar harap2 budak2 pun boleh buat la
bestnye...budak2 lagi la..dah merdeka...
lepak tiga hari ni..esok start mengajar balik..adoi malasnya...settlekan laman web sekolah ni..ok lah










Monday, September 05, 2005

UPSR

ari ni upsr dah mula..anak murid aku mula menduduki peperiksaan itu.
Harap2 korang dapat jawab dengan baik lah ye...

Friday, September 02, 2005

Mr.Re 98

Kejujuran Sebuah Cinta
Aku coretkan sebuah nukilan hati
Tatkala hati ku gundah dan gersang …
Kehausan air yang bernama kasih sayang

Suatu ketika aku hanyut dengan mainan kusendiri
Kini kesedaran telah menjelma
Namun terlewat untuk ku jejaki
Tunduk aku kini mengalah

Segalanya berlalu
Bak senja singgah menanti lagit untuk seketika
Hilang ditelan kabut malam

Sunyi sepi deruan ombak menyapa
Jujurkah seorang insan itu
Kecewakah seorang insan itu
Andai miliknya digengaman insan lain?
Akibat kelekaannya

Tidak!..bentak sebuah sanubari
Untuk apa aku kecewa..
Bagi ku kebahagiaan insan itu adalah kebahagiaan ku jua.

Kesilapan ..adat serta sebuah harapan yang harus aku titipkan dulu
Bukannya soal cinta
Cinta itu luhur dan perlukan pengorbanan
Tiada cinta yang tiada pengorbanannya.


Khas untuk Alang

Di dalam kemelut yang melanda hati ku
Berdiri bagaikan seorang pahlawan
Memegang kata janji dan sumpah
Yang mampu menggeruni segenap buana

Pantai kembali sepi
Desir ombak lemah memukul pantai
Lambaian kelapa lemah disapu angin
Batu – batu bersih tegap memaku bumi
Karang berkilauan di lautan

Keusangan terasa amat di dalam diri
Dimanakah semangatnya dahulu
Yang berbaur mencabar
Yang mampu merobohkan biar
Seteguh kota Melaka.
Biar setebal tembok China
Kemarahannya itu bagai luahan Krakatoa yang memuncak ganas
Bagai greg yang menghembus bencana
Diam
Diam
Diam
Dimana kemana bagaimana
Entahlah..
Sepi seorang perwira
Sepi seorang pria
Sepi seorang lelaki
Seorang jejaka
Seorang pemuda
Seorang teruna
Bagaimana dunia harus mengetahuinya
Bahawa disaat ini
Seorang perwira yang gagah
Tertewas dengan sebuah kepalsuan cinta
Dari seorang yang bergelar wanita.

Thursday, September 01, 2005

Sambutan hari merdeka



kayuhan merdeka. naik basikal keliling kampung membawa jalur gemilang. salah satu acara sambutan kat sekolah aku pada 30 Ogos lalu